Klik Jangan Tak Klik

Sunday, February 27, 2011

Suami Ku Baru Balik Kerja


kul 11.30 baru dia sampai rumah...biasa la keja sendiri kejap balik 
awal kejap balik lewat.
kadang2 kesian kat dia pergi awal balik lewat... 
tapi nak buat macam mana
ni je punca pendapatan kami buat masa sekarang. 
fiza pun belum cari keja lagi.

bila dengar ja bunyi keta dia masuk halaman rumah, fiza terus tunggu dia 
kat pintu depan rumah...hehehe... bila nak masuk rumah dia 
" kiss pipi " dan  " kiss dahi " 
tu memang perkara wajib setiap kali dia balik dari keja...

i love sayang...
terima kasih untuk semuanya...
semoga cinta kita berdua sentiasa mekar 
berkembang hingga hujung nyawa......

10 Perkara Jangan Lakukan Di Faceb00k.......


1. status mengatakan kamu seorang diri di rumah atau kerja
 lebih masa di pejabat.bukan itu saja, malah kamu 
siap beritahu berapa lama kamu berseorangan.
bahaya betul!!!!!!!

2. gambar helaian dokumen sulit seperti penyata akaun.
bukan saja kamu bakal dituduh "suka menunjuk", 
tanpa sedar kamu juga sebenarnya mendedahkan
 butiran peribadi yang tak sepatutnya
duketahui orang lain.

3. upload gambar "terlampau", walaupun hanya orang
tertentu saja yang boleh melihatnya. bayangkan jika
mereka sebarkan foto tersebut.

4. merungut perihal kerja walhal majikan kamu juga
ada dalam senarai tetamu kamu di FB. ia pasti akan
menjejaskan reputasi kerjayamu.

5. syok sendiri. kamu suka " LIKE" dan komen
pada gambar atau status kamu sendiri.

6. beri pandangan peribadi mengenai perkara yang 
menyentuh sensitiviti teman FB yang berlainan
bangsa dan agama.

7. katakan sesuatu yang belum pasti seperti
"saya dapat kereta mewah bulan depan"
malangnya bank tak luluskan pinjaman kamu.

8. status marah kamu. walau sedang "panas",
elak lakukannya di FB. ada potensi untuk orang
yang tak berkenaan pula yang terasa. kamu juga akan 
dilihat sebagai "minah baran".

9. butiran lengkap seperti nombor telefon dan alamat 
rumah. kamu memudahkan penjahat merancang
sesuatu yang tidak baik.

10. jawapan tulus. apa saja yang ditanya, kamu pasti akan
jawab, termasuklah angka gaji. kamu mesti bijak 
rahsiakan sesetengah perkara di laman web sosial ya!!..

Panduan Beli Rumah Untuk Pasangan Baru Berumah Tangga....


bagi pasangan muda yang ingin membeli rumah, biasanya suami dan isteri akan
 mengabungkan pendapatan masing2. ia bergantung sama ada mereka
ingin membeli rumah yang besar atau pun rumah yang kecil dan sebagainya. 
namun beberapa langkah berikut perlu diambil kira oleh mereka ini dalam
 membuat keputusan untuk membeli rumah...

Hitung dahulu kemampuan kewangan
untuk membeli sesebuah rumah, pastikan kemampuan kewangan anda.
layak atau tidak layak untuk membeli rumah tersebut.
fikirkan juga sama ada anda ingin membeli rumah yang baru atau rumah terpakai.
pastikan juga apabila anda membeli rumah, keperluan lain tidak akan terabai.

Hitung kemampuan membeli rumah
hitung kemampuan membeli rumah. bank umumnya hanya akan membayar 90% dari
harga rumah, dan bakinya iaitu 10% akan di langsaikan oleh anda yang biasanya 
diambil melalui simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ).
setelah menentukan memastikan kemampuan kewangan dan kemampuan membeli rumah,
barulah anda mencari rumah yang sesuai untuk anda.
ada beberapa pilihan:

....Rumah baru....
harganya agak murah sedikit berdanding rumah terpakai
( mengikut nilai harga rumah tersebut )
namun menunggu rumah untuk siap sepenuhnya memakan masa yang ajak lama,
 sekurang-kurangnya dua tahun dalam tempoh tersubut anda perlu menyewa.

....Rumah terpakai....
sebenarnya ia mempunyai pilihan yang menarik. selain lokasinya yang lebih dekat
startegik kerana terletak di kawasan yang sudah lengkap segala-galanya, membeli rumah terpakai memberikan anda 'jiran segera' apabila anda berpindah nanti.
rumah terpakai lebih menguntungkan terutama dari segi lokasinya namun rumah baru
sebenarnya pilihan yang terbaik. di samping harganya lebih murah, keadaan bangunannya masih baik.

7 Perkara diambil kira
jika anda merancang untuk membeli rumah ada baik anda membuat beberapa kajian 
dan mencari infomasi secukupnya sebelum membuat keputusan.
berikut beberapa perkara yang perlu anda ambil kira sebelum bersetuju untuk sesebuah kediaman:

1. Pengakutan
pastikan kawasan perumahan mudah untuk ' dicapai ' menggunakan kenderaan awam
jika anda tidak memiliki kenderaan. pilihan menderaan awam bas, teksi atau 
yang lebih pratikal seperti kemudahan LRT memberi kelebihan kepada anda namun
biasanya lokasi sebegini lebih mahal harganya.

2. Sekolah
jika anda ada anak yang bersekolah, pastikan juga lokasi tempat tinggal baru anda
berhampiran dengan sekolah bagi memudahkan anak2 anda ke sekolah.
pastikan juga jarak ke sekolah tidak terlalu jauh daripada rumah anda bagi mengelakkan
 anak2 anda terpaksa berulang alik dalam jarak yang jauh.

3. Kedai runcit
pastikan juga lokasi rumah baru anda memiliki kedai2 yang sudah beroperasi
untuk memudahkan anda membeli barang2 keperluan. setidak-tidaknya
satu pasar mini sudah memadai.

4. Kawasan beriadah
apabila anda memilih untuk membeli rumah di kawasan yang serba lengkap,
pastikan juga kawasan perumahan baru anda memiliki taman permainan kanak2, padang tenis,
 padang bola dan taman untuk beriadah. rasanya setiap kawasan perumahan 
baru diwajipkan untuk menyediakan semua keperluan tersebut.

5. Klinik dan hospital
kemudahan klinik dan hospital amat penting kerana kita tidak tahu bila masanya 
kita akan jatuh sakit dan sebagainya. oleh itu, pastikan juga ketika hendak membeli 
rumah baru,kawasan perumahan itu berhampiran dengan klinik dan juga hospital.

6. Dewan orang ramai
dewan orang ramai juga amat penting untuk kegunaan penghuni di sesebuah 
taman perumahan.namun bukan semua kawasan perumahan
 menyediakan kemudahan ini tetapi jika ada ini lebih baik.

7. Masjid
kehidupan rohani yang sihat sangat penting. oleh itu masjid juga perlu diberi keutamaan
apabila anda memilah untuk membili rumah di kawasan perumahan baru.

Tahniah Kepada Shuib Sepah Dan Siti Sarah Raisudin


fiza memang minat diorang nie....memang sesuai sangat2...semoga berkekalan 
hingga hujung nyawa...amin....


dengan sekali lafaz je shuib sepah sah menjadi milik siti sara...
caya la......


wang hantaran dirahsiakan...biasala artis kan..kalau tak puluh2 ribu 
tak sah...tapi kalau mampu tak salah kan???


shuib sepah memberi 5 dulang hantaran dibalas dengan 7 dulang hantaran dari siti sarah..


bagai pinang dibelah 2....
tahniah sekali lagi dari FieZaimi.....
semoga berkekalan ke anak cucu, cicit, piut, miut dan hingga hujung nya...amin.

sumber dari beautifulnara.

Saturday, February 26, 2011

Untuk Wanita Yang Baru Kahwin Macam Fiza...


Di sebalik tubuh yang tegap lagi sasa, lelaki sebenarnya mempunyai kekuatan mereka 
tersendiri. biar tidak akan diakui secara terus terang oleh kaum ni tapi hakikatnya
berikut adalah antara 10 kekuatan yang dirasai oleh setiap lelaki tak kecuali suami anda sendiri...

10 Perkara ditakuti suami....

1. Kerjaya isteri lebih hebat
suami akan merasa rendah diri dan tidak berharga sekiranya 
pendapatan yg diperolehi kurang daripada isteri. bab pencarian nafkah
selalunya dikendalikan oleh suami begitu juga mahupun anak2, keduanya di bawah
tanggungan suami tapi bagaimana pula jika pendapatannya kurang daripada isteri???
biarpun si suami itu menpunyai perkerjaan baik tapi kalau wang
yang dibawanya ke rumah kurang dari wang yang dibawa oleh isteri,
kemungkinan dia akan berasa rendah diri. dia tidak akan berasa begitu berharga
sebagaimana lelaki lain yang punya pendapatan yang tinggi...

2. Kehilangan keyakinan diri
lelaki pada dasarnya takut sekali jika berasa tidak mampu atau tidak dapat
menguasai sesuatu keadaan. sebagai contoh suami tidak lagi mampu
mencukupkan keperluan ekonomi keluarga.
ini adalah aspek yang cukup menakut kan lelaki kerana dirinya
tidak mampu lagi menyediakan apa yang seharusnya disediakan
dan dituntut oleh keluarga.
ketakutan ini berpunca kerana persepsi lelaki yang harus perlu
memenuhi segala tugas atau tuntutan yang diserahkan kepadanya.
ketidakmampuan memenuhi tuntutan ini disamakan dengan kelemahan 
dan lelaki cukup takut dicap sebagai lemah.

3. Hilang perkejaan
lelaki selalunya mengalami kesukaran memisahkan dirinya dari karier
ataupun pekerjaannya. kehilangan pekerjaan bagi lelaki adalah seperti kehilangan
diri. lelaki bukan hanya berasa tidak lagi bekerja, tapi juga merasa kehilangan harga dirinya sendiri.
situasi ini menyebabkan dia kadang kala tidak tahu apa yang harus dilakukan
dengan dirinya. begitu dekatnya pekerjaan dengan diri lelaki jadi 
sebab itulah ramai suami sanggup berada di pejabatnya sehingga lewat malam
semata2 untuk menghabiskan kerjanya.

4. Dikatakan tidak bagus
memang suatu pukulan yang cukup kuat bagi seorang lelaki jika isterinya berkata
bahawa hasil pekerjaannya kurang memuaskan. kritikan daripada seorang isteri akan membuatkan 
dirinya susah hati dan berasa gagal menjadi suami.
sampai satu tahap, suami berasa tidak lagi dicintai isteri dan tidak diterima oleh
anak2nya. kritikan isteri terhadap hasil kerja suami memberi impak yang cukup besar buat dirinya.

5. Nafsu seks menurun
hampir semua suami akan berasa takut bila mengalami situasi ghairah seksual menurun.
mereka bimbang tidak mampu lagi memberi nafkah batin pada isterinya.
jika itu terjadi, maka lelaki akan menganggap dunianya sudah kiamat.
lelaki merasakan tanpa ada ghairah seks kehidupan rumah tangga seakan tiada maknanya.
hidupnya terasa kosong selain itu akan timbul pula kerisauan dan 
ketakutan ditinggalkan oleh pasangannya.

6. Menemani isteri bersalin
biar secara luaran nampak kuat dan gagah namun ada lagi sebahagian lelaki yang 
berasa takut untuk mendampingi isteri yang bakal melahirkan bayi.
mereka takut untuk melihat darah yang banyak dan juga proses kelahiran seorang bayi.
meskipun anaknya sendiri. justeru berbagai alasan yang akan diberi oleh sang suami 
tatkala isteri meminta ditemani di bilik bersalin sewaktu bakal melahirkan
cahaya mata mereka. antara alasannya adalah takut pitam melihat darah, 
tak sampai hati melihat isteri menerang kesakitan ataupun mahu melayan 
ibu dan ayah yang menunggu di luar bilik bersalin.

7. Meminta maaf terlebih dahulu
sejak kecik lelaki diberi peranan sebagai peranan pelindung, pemimpin dan pemegang
tanggungjawab.dalam peranan2 yang bersifat meminpin itu seseorang lelaki 
harus mempertahankan kewajipannya.
akibat terlalu menjaga peranan itu, timbul satu masalah dalam menyatakan dirinya salah. 
jika seseorang lelaki mengakui kesalahannya mereka bimbang kewajipannya 
sebagai ketua rumahtangga akan dipertikaikan, lagi satu mereka juga takut
untuk mengakui kesalahannya kerana bimbang dianggap takut kepada isteri.

8. Periksa kesuburan
baik lelaki bujang ataupun sudah berkahwin mereka memang takut 
melakukan pemeriksaan kesuburan. tapi bila sudah berkahwin keengganan 
melakukannya semakin besar. sebabnya lelaki selalu menganggap dirinya perkasa dan subur.
sekiranya isterinya masih belum hamil setelah berapa tahun berkahwin maka ramai lelaki
akan mengatakan bahawa pasangannyalah yang tidak subur. akan tetapi bila diajak 
untuk melakukan pemeriksaan kesuburan spermanya, kebanyakan lelaki menolak.
sedangkan bagi memastikan kesuburan, baik suami ataupun isteri harus menjalani pemeriksaan.

9. Menceritakan masa lampau
terutama sekali berkaitan dengan masalah percintaannya yang tidak kesampaian.
mereka tidak mahu menceritakan kesalahan yang pernah dia lakukan. seberapa kerap dia menyakiti
hati pasangan dan sebagainya. seperti wanita, lelaki juga punya perasan 
trauma terhadap kegagalan sebuah perhubungan.

10. Penolakan
kebanyakan lelaki merasa wanita bersikap terlalu kritikal pada mereka. 
akibatnya mereka takut jika bersifap terbuka, pasangan akan mentertawakannya. 
sekiranya menaruh minat terhadap seseorang wanita sesekali mereka akan berfikir 
banyak kali untuk meluahkan isi hatinya. itu pun setelah ambil kira respons2 dari wanita itu sendiri.

Tak Sabar Tunggu Pukul 2 pm....


memang fiza tak sabar nak tengok citer hindustan nie...
huhuhu...kuar gak kat tv 3...
xleh tido la tengah hari nie...hehehehe....



filem ni la fiza tunggu tu...fiza suke sangat2 filem ni...
dulu ada vcd...tapi dah hilang mana pun tak tau la...
nak beli lain puas dah cari kat kedai cd tak ada la...
ada 1 lagi filem hindi yang fiza suke..suke...suke...sangat2...



filem nie fiza tengok 10 kali tak jemu2... sekali tengok sekali nangis...
hahaha....felling lebih...memang best giler cite nie...
jalan cite dia pun best sangat2....bila la nak kuar filen nie lak kat tv ye...??



kahona pyar hai


Selamat Pagi Teman2........


ha korang dah sarapan ke belum....fiza sarapan bubur nasi...
 mak mertua fiza masak...
fiza makan skit je sebab just teman husband fiza makan...
hehehe...dia nie manja skit kalau fiza tak makan dia tak nak makan...
hari nie husband fia p keja awal...kalau tak ramai orang dia leh balik awal malam nie...
kadang2 dia balik lewat fiza kecian...nampak sangat dia penat..

bubur nasi dengan ikan bilis dan sambal tauhu...

tadi husband fiza tiba2 mintak pen...

dia: sayang ada pen tak.bagi kat abg. abg nak bawak p kat tmpat keja la..

fiza: ermm..rasanya ada, jap by p amik...
terus fiza amik pen dalam beg tangan fiza,dan kat husband fiza.

fiza: eh sayang nak wat pe pen nie, dulu tak payah pun bawak pen?
terus dia keluarkan buku cek Am Bank... ( muka blurrrr )

dia: sekarang ni abang yang kena bagi cek, bukan abg long lagi..
( sambil sain 2, 3 keping cek tu )

fiza: o0o0o0 ye ke...buku cek ni pun nama sayang kan...
heheheh....



 terus dia simpan pen dengan buku cek dia...
dan terus pegi keja...
fiza pun terus amik lappy nie dan korang faham2 la ye...
hehehehehe......

kalau tak buka FB, Twitter, Ohbulan, Beautifulnara dan updated blog tak sah...
tapi fiza baru je jinak2 nak tulis blog nie...sebab dulu fiza tak amik tau sangat 
pasal blog2 nie...mungkin boring dok sini...
terlintas lak nak wat blog...hehehe...
walaupun tak ada orang tengok...fiza tetap akan updated blog fiza nie...
ok la sampai sini je k... nanti sambung lagi...taaadddaaaa.......


Friday, February 25, 2011

Sehari Sebelum Kenduri.....( rumah sepupu mak mertua fiza ).......


hai semua.....hahaha....macam ramai yang lak yang baca blog aku nie...
hehehe.....
fiza ada cite tadi nak keluar dengan mak mertua fiza kan...
rupa2 nya nak pergi rumah sepupu mak mertua fiza.....
tapi kendurinya esok...26.2.2011. mak mertua fiza saja p hari nie sebab esok ada hal...
nak p hantar orang meninang esok...anak jiran mak mertua fiza ni nak tunang esok...
yang nak kawin esok anak lelaki...ok kita tgk pelamin dia...

kuningnyer....macam raja lak...


bunga telur........

ha....jeng3x...yang tudung biru tu mak lang dan tudung pink tu la ibu mertua ku...


eh..eh...sapa lak nie...tetiba je kuar pic dia..hahaha...

la..muka budak montel nie lg...tapi comel kan...

budak nie lagi...huhuhu....


ha dah habis pun gambar2 budak montel tu...hehehe...
ok sambung cita pasal tadi...lpas je kami habis makan, kami singgah kat 
Kip Mart Kota Tinggi...tempat husband afiza keja...
heheheh...ada can nie nak tengak dia niaga macam mana...
sebab sebelum nie fiza tak penah tengok dia niaga...
tapi sayang sangat2 kamera fiza tiba2 habis batery lak tak leh nak amik pic husband fiza
sedang layan2 custemer dia...rugi2....
ha...sapa2 yang nak beli ikan tu p la kip mart kota tinggi yer..
p kat gerai husband fiza keja...kot2 la dia bagi murah...ahaks!!!!


Kediaman Aku Sekarang... ( rumah mak mertua ku )....


mungkin korang dah tahu fiza secara rasminya dah tinggal kat johor...
buat masa sekarang fiza dengan husband fiza tinggal rumah mak mertua...
may bee bulan 5 nie kami baru tinggal sendiri...
buat masa sekarang kena kumpul duit dulu...nak dok sendiri bukannya senang...
kena fikir banyak... ok nie gambar rumah yang fiza duk sekarang...

nie permandangan dari depan...



nie titi nak masuk kat halaman rumah...


yang bangku pink bus stop...betul2 depan rumah...


nie lak dusun...tepi rumah ja... macam2 pokok ada...

hehehe...nie la kediaman fiza sekarang...
FELDA SUNGAI SIBOL

morning semua.......!!!!!!!!!!


selamat pagi sume.....hari nie cuaca sangat baik... moo0d fiza pun ok ja pagi nie... tapi bila ja buka lappy nie dan buka akaun FB fiza menyirap darah balik...apa lagi la bala datang nie.... SABAR JE LA.... biar ja la. dah tak nak fikir.. fiza pun dah remove dia dari friend list fiza... lepas nie dah tak amik tau hal dia dah...hahaha....
lupakan ja k... pagi ni fiza tak masak...mak mertua fiza yg masak...hehehe....tolong pun tak...hahaha....
ha lupa nak ingat kan, hari nie hari JUMAAT....pada semua kaum lelaki jangan lupa pi SEMBAHYANG JUMAAT ya... fiza pun selalui ingat kan husband fiza...

lepas sembahyang nanti, fiza, mak mertua fiza, mak lang dan abang ngah ( abg ipar ) nak p rumah kenduri...tapi kendurinya esok...kami pegi awal sebab esok mak mertua fiza busy...hehehe...bukan calang2 orang tau mak mertua fiza nie...hehehe..........
ok la sampai sini je...nanti sambung lagi........

Waktu sekarang tepat kul 12 am.....


huhuhu....dah lewat....tpi mata tak mengantuk lagi... dari magrib tadi sampai sekarang fiza dok mengadap lappy nie je...hehehe...tak jemu2...tak tau la kenapa ek??? sampai husband fiza pun kata, ' tak lenguh ke jari tu dok taip dari tadi ' hahaha....lawak kan...ermmm...hanya orang tertentu ja tahu jawapan tu...ahaks!!!!
yang seronoknye husband fiza tetap teman fiza dok sebelah nie...die nak tengok apa la fiza buat dari tadi
" tip tup tip tup " taip lappy nie.... dia takut fiza chatting dengan orang lain kot...hahaha...just joke...
terus terang fiza kata...husband fiza ni tak tau langsung bab2 nie...maksud fiza laman2 sosial ni...blog2..dan juga internet ni... bukan fiza tak nak ajar dia tapi dia yang tak nak...apa yang dia tau IKAN...IKAN...IKAN...
huhuhu....tapi kita tak leh paksa orang kan kalau dia dah tak nak. tapi nasib baik la dia tak marah fiza masa mintak lappy nie time kahwin hari tu...lappy nie la fiza wat hantaran...hehehehe....
walaupun husband fiza ni tak celik IT fiza tetap sayang kat dia...SAYANG SANGAT2......
ok la dah lewat ni...fiza nak out k...tadaaaaa..........ZZZZZZZZZZZZZ..........

Thursday, February 24, 2011

Terasa Indah Bila Kita Saling Cinta Mencintai.....


                                           Encik Nor Zaimi Bin Ahmad
                                                                dan
                                        Puan Norhafizah Binti Hamzah

pejam celik pejam celik dah 4 bulan lebih fiza bergelar isteri kepada suami fiza.... dan dah 2 bulan lebih kami tinggal bersama.... rasa kejap ja masa berlalu...dulu mula2 kenal ingat nak main2 je...tapi sekarang dah jadi suami isteri... lawak sangat bila terkenangkan kisah dulu... kami kenal dalam handphone...melalui adik angkat kami masing2...mula2 mesej2 je....hari2 mesej..x kira siang atau malam.. mesej sampai x tido la..hahaha..
lepas tu dah naik taraf...call terus...dah malas nak mesej2 nie...sakit jari, lenguh tangan dan cepat mengantuk.
kami cakap tengah2 malam..sebab dia niaga balik lewat... kiranya sejak kawan dengan dia aku tido lewat la..
cakap pun bukan sekejap...mau 1, 2 jam...kalau kredit dia habis...fiza call dia lak...sampai kredit handphone fiza lak habis.. dulu x pa la keja kat kedai handphone, kredit leh hutang dulu dengan bos..hehehe...



                                  pic time sanding siang. tema pink dan turqoise blue


Hari nie sakit HATI sgt2....


macam mana kita nak tahu org tu x suka or x syg kita dh... kalau x nak kawan just tell me... cakap depan2...
jangan terus serbu x pakai helmet... fiza rasa fiza x penah fitnah org...sbb fiza tahu fitnah tu berdosa besar...bah kan lg berdosa dari membunuh org... kalau x puas hati baik bunuh je fiza, jgn smpai nak fitnah org...
tapi fiza xnak fikir dah hal nie....mgkin salah fiza gak sbb tulis respon kat ruangan gosip tu sampai luka kan hati kawan baik fiza... tapi di fikir2 kan balik apa yg fiza tulis tu bukan gosip, tapi KENYATAAN....
sekali lagi KENYATAAN....bukan fiza fitnah kat ruangan gosip tu... kenapa diorg takut sgt...
diorg ada buat salah ke... dah la x nak fikir lg bab nie.... lgpun fiza dah mintak maaf... MAAF SGT2...

masalah lain lak timbul...ingat kan dah selesai hal tadi...tapi timbul lain lak masalah...
apa salah fiza kat dia pun x tau...rasanya fiza dah banyak TOLONG dia tapi ni balasan dia...
apa yg dia x puas hati pun x tau la...padahal fiza x mintak apa2 untuk dia balas apa yg fiza tolong dia salama nie...fiza pun x penah ungkit...tapi apa yg fiza dapat sekarang nie... hanya SAKIT HATI.....SEDIH... DAN HILANG SEORANG KAWAN... nie yg fiza dapat dari dia...ajaib kan????
dah la...xtau nak tulis apa lagi...hilang sume idea nak tulis bila fikir kan hal nie...nti fiza lak yg gila...
sekarang cuma fiza fikirkan jaga hubungan fiza dgn husband fiza...x nak fikirkan hal kawan2 lg... ada kawan pun macam2 karenah... kalau x ada kawan bukan nya mati kan... tg penting SABAR....SABAR SEPARUH DARIPADA IMAN.......

Thursday, February 3, 2011

suke sgt pic lukis2 mcm nie....




cantik kan....hehehe....
ada lagi....







cute kan bila tgk pic kita di lukis mcm nie..
kalau nak upah lukis betul2 mahal...lari bajet..
pic nie masa sanding...
7.12.2010....






nie pic masa akad nikad...
1.10.2010
comey sanagt kan..( hahaha.... perasan..)
tp apa salahnya kita puji diri sendiri kan...
hehehe....
i ♥ U ZAIMI....( BY SYG ABG )...




pic nie plak masih jadi tunangan kepada husband aku 
sekarang...pic nie amik kat desaru...
rindu sgt time dating2 mcm nie...





pic nie plak pic masa tunang...
26.6.09....
kami tunang lama gak la...dalam setahun setengah...
ramai org tak percaya kami boleh bercinta padahal
kami masing2 tinggal jauh...
dia selatan (JOHOR)...
aku pulak kat utara (KEDAH)...
tp ternyata jodoh kami kuat...
sekarang dah jadi suami isteri...
doakan jodoh kami hingga hujung nyawa...
kejap jer masa berlalu... kami berkenalan hampir 3 tahun

AKU PUN NAK BALIK KAMPUNG ( ALOR SETAR )



huhuhu....tetiba aku letak pic nie...
hehehe....
sempena raya cina nie laki aku cuti seminggu, dgn bangganya
aku cakap nak balik aloq staq sbb aku rindu sgt2 tmpat tinggal aku,
rindu sampai terbawak2 dalam mimpi...
memang x di nafikan lagi aku "terlalu" rindukan MAK dan ABAH...
macam nie ke perasaan anak gadis yg baru lpas kawin...




tetiba letak pic bas kenapa lak nie...
hehehe saje je...nak bgtau, aku dgn husband balik aloq staq dgn bas..
"DOAKAN PERJALANAN KAMI" 
SEMOGA KAMI SELAMAT SAMPAI DAN SEMALAT PULANG
AMIN........

GONG XI CA FAI




selamat tahun baru cina kepada semua rakyat MAYLAYSIA... tahun 2011 tahun arnab...huhuhu...
ong ke tahun nie ek...tp kepercayaan cina tahun 2011 tahun "KAYA" senang cari diut...dan cepat dapat duit.
betul ker....eerrmm....aku pun x tau... hehehe....

ape2 pun bila blik kmpng tu jgn mandu laju2. 
ingat la org yg tersayang...