Klik Jangan Tak Klik

Sunday, February 27, 2011

Panduan Beli Rumah Untuk Pasangan Baru Berumah Tangga....


bagi pasangan muda yang ingin membeli rumah, biasanya suami dan isteri akan
 mengabungkan pendapatan masing2. ia bergantung sama ada mereka
ingin membeli rumah yang besar atau pun rumah yang kecil dan sebagainya. 
namun beberapa langkah berikut perlu diambil kira oleh mereka ini dalam
 membuat keputusan untuk membeli rumah...

Hitung dahulu kemampuan kewangan
untuk membeli sesebuah rumah, pastikan kemampuan kewangan anda.
layak atau tidak layak untuk membeli rumah tersebut.
fikirkan juga sama ada anda ingin membeli rumah yang baru atau rumah terpakai.
pastikan juga apabila anda membeli rumah, keperluan lain tidak akan terabai.

Hitung kemampuan membeli rumah
hitung kemampuan membeli rumah. bank umumnya hanya akan membayar 90% dari
harga rumah, dan bakinya iaitu 10% akan di langsaikan oleh anda yang biasanya 
diambil melalui simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ).
setelah menentukan memastikan kemampuan kewangan dan kemampuan membeli rumah,
barulah anda mencari rumah yang sesuai untuk anda.
ada beberapa pilihan:

....Rumah baru....
harganya agak murah sedikit berdanding rumah terpakai
( mengikut nilai harga rumah tersebut )
namun menunggu rumah untuk siap sepenuhnya memakan masa yang ajak lama,
 sekurang-kurangnya dua tahun dalam tempoh tersubut anda perlu menyewa.

....Rumah terpakai....
sebenarnya ia mempunyai pilihan yang menarik. selain lokasinya yang lebih dekat
startegik kerana terletak di kawasan yang sudah lengkap segala-galanya, membeli rumah terpakai memberikan anda 'jiran segera' apabila anda berpindah nanti.
rumah terpakai lebih menguntungkan terutama dari segi lokasinya namun rumah baru
sebenarnya pilihan yang terbaik. di samping harganya lebih murah, keadaan bangunannya masih baik.

7 Perkara diambil kira
jika anda merancang untuk membeli rumah ada baik anda membuat beberapa kajian 
dan mencari infomasi secukupnya sebelum membuat keputusan.
berikut beberapa perkara yang perlu anda ambil kira sebelum bersetuju untuk sesebuah kediaman:

1. Pengakutan
pastikan kawasan perumahan mudah untuk ' dicapai ' menggunakan kenderaan awam
jika anda tidak memiliki kenderaan. pilihan menderaan awam bas, teksi atau 
yang lebih pratikal seperti kemudahan LRT memberi kelebihan kepada anda namun
biasanya lokasi sebegini lebih mahal harganya.

2. Sekolah
jika anda ada anak yang bersekolah, pastikan juga lokasi tempat tinggal baru anda
berhampiran dengan sekolah bagi memudahkan anak2 anda ke sekolah.
pastikan juga jarak ke sekolah tidak terlalu jauh daripada rumah anda bagi mengelakkan
 anak2 anda terpaksa berulang alik dalam jarak yang jauh.

3. Kedai runcit
pastikan juga lokasi rumah baru anda memiliki kedai2 yang sudah beroperasi
untuk memudahkan anda membeli barang2 keperluan. setidak-tidaknya
satu pasar mini sudah memadai.

4. Kawasan beriadah
apabila anda memilih untuk membeli rumah di kawasan yang serba lengkap,
pastikan juga kawasan perumahan baru anda memiliki taman permainan kanak2, padang tenis,
 padang bola dan taman untuk beriadah. rasanya setiap kawasan perumahan 
baru diwajipkan untuk menyediakan semua keperluan tersebut.

5. Klinik dan hospital
kemudahan klinik dan hospital amat penting kerana kita tidak tahu bila masanya 
kita akan jatuh sakit dan sebagainya. oleh itu, pastikan juga ketika hendak membeli 
rumah baru,kawasan perumahan itu berhampiran dengan klinik dan juga hospital.

6. Dewan orang ramai
dewan orang ramai juga amat penting untuk kegunaan penghuni di sesebuah 
taman perumahan.namun bukan semua kawasan perumahan
 menyediakan kemudahan ini tetapi jika ada ini lebih baik.

7. Masjid
kehidupan rohani yang sihat sangat penting. oleh itu masjid juga perlu diberi keutamaan
apabila anda memilah untuk membili rumah di kawasan perumahan baru.

No comments:

Post a Comment