hai korang....fiza nak tunjukkan pic terbaru baby astronaut anak sulung sheikh mungkin fiza terlambat updated tapi fiza nak letak dalam blog fiza nie...sebab fiza memang minat giler kat pasangan ni...
comel je tapak kaki anak dia...
sama dengan dady dia...
comel je tapak kaki anak dia...
sama dengan dady dia...
KETERUJAAN serta kegembiraan jelas terdengar tatkala menghubungi Angkasawan Negara,Datuk Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 39, untuk membuat temujanji.
Malah ketika Sheikh Muszaphar menjawab panggilan, katanya, beliau baru sahaja selesai memandikan bayi sulungnya, Sophea Isabella yang dilahirkan tepat pukul 9.08 malam 21 Julai lalu.
Katanya, Sophea Isabella yang dilahirkan secara normal menerusi kaedah bersalin dalam air dilihat lebih mirip kepada bapanya.
Ketika sepanjang temu bual diadakan, Sophea Isabella lebih selesa tidur walaupun beberapa 'cubaan' dilakukan untuk memujuk bayi comel itu membuka mata bagi sesi fotografi.
Bayi seberat 3.6 kilogram (kg) itu sebenarnya dilahirkan lewat lima hari daripada tarikh yang dijangka bersalin.
Bagi pasangan bahagia ini, Sheikh Muszaphar serta Datin Harlina Mohd. Yunos, 31, kehadiran Sophea Isabella ternyata satu anugerah yang tidak ternilai.
Malah bayi kecil itu bagai melengkapkan lagi kehidupan mereka suami isteri.
"Alhamdulillah, penantian selama ini berbaloi malah Sophea Isabella kini penyeri kami sekeluarga.
"Kehadirannya memang dinanti-nantikan kerana saya sememangnya amat menyukai kanak-kanak malah saya juga inginkan anak seramai mungkin.
"Tetapi apa yang menjadikan kelahiran Sophea lebih istimewa ialah dia lahir pada malam Jumaat di mana saya memang berdoa dan berharap agar ia (kelahiran) berlaku," ujarnya sambil mengusap lembut rambut bayi yang lena di pangkuan.
Apabila ditanya apakah maksud nama anak sulung mereka, jelas Sheikh Muszaphar, Sophea adalah kebijaksaan dan kecantikan, manakala Isabella pula adalah salah satu nama pejuang Islam mengikut sejarah.
Kedua-dua nama tersebut digabungkan memandangkan Harlina suka dengan nama Sophea manakala Isabella pula merupakan nama idaman Sheikh Muszaphar.
Dalam pada itu, Harlina memberitahu sengaja memilih untuk bersalin melalui kaedah di dalam air kerana ia mudah dan kurang sakit.
Malah menurut beliau lagi, menerusi kaedah tersebut ia memberi kebebasan untuknya duduk pada posisi yang selesa.
"Sakit untuk bersalin agak lama iaitu 18 jam tetapi ia memang berbaloi.
"Memang betul seperti kata orang yang pernah bersalin, sebaik sahaja melihat anak yang selamat dilahirkan segala kesakitan ketika hendak bersalin tadi lenyap begitu sahaja," katanya yang sentiasa tersenyum.
Ujar Harlina, sepanjang proses kelahiran suaminya tidak berganjak dari sisinya.
Malah Sheikh Muszaphar merupakan penasihat merangkap doktor peribadinya di saat-saat akhir Sophea hendak dilahirkan.
Menurut Harlina, suaminya turut mengajar cara bernafas dengan betul dan menenangkan dirinya ketika dia menghadapi saat kesakitan.
Untuk tempoh terdekat ini pelbagai perancangan telah dibuat di mana Harlina akan bercuti selama enam bulan bagi memastikan Sophea diberi susu badan sepenuhnya.
Malah ketika berbual, Harlina menyatakan walaupun baru lima hari (ketika temu bual diadakan) perancangannya sudah berubah beberapa kali.
Pada mulanya beliau hanya merancang untuk bercuti tiga bulan. Kemudian memanjangkannya menjadi enam bulan seterusnya terasa seperti tidak mahu bekerja semata-mata ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada buah hatinya itu.
Bagaimanapun, Harlina memberitahu, semua itu mungkin hanya perancangan kerana buat waktu terdekat ini sukar untuknya meninggalkan kerjaya sebagai pakar bius di Hospital Selayang.
Begitu juga dengan Sheikh Muszaphar yang jadual hariannya turut berubah sejak kelahiran Sophea.
Apa yang pasti setiap kali ada urusan di luar, beliau tidak sabar untuk pulang ke rumah untuk bersama puteri kesayangannya.
Hari ini genap seminggu usia Sophea malah pasangan ini tidak menolak sekiranya dikurniakan anak kedua dalam masa terdekat ini.
Apa yang lebih menarik, pasangan itu juga telah menyediakan nama untuk anak kedua mereka, Sophea Isadora.
wahhh,,beznye,.hehe
ReplyDeletekak fieza,,tlg post lagi ea kalo ad new2 yg latest drpd dr.syeikh n his wife..
thnk u vry much f0r dis awes0me p0st :)
keep it up madam fiza :)