selamat pagi sume....puasa tak ari nie...hehehe... hari last fiza tido kat rumah fiza nie...malam esok tido dalam bas la jawabnya... fiza naik bas esok pukul 8.30 malam...mungin sampai Kluang dalam kul 7-8.00 pagi...
pagi2 nie fiza nak gosip pasal Mamat Sepah...tapi korang kena baca mamat sepah bercinta dengan adik rudy kristal dulu, lepas tu baru baca apa yang fiza nak taip nie....
Mamat Sepah & Fida Makin Rapat
sebenarnya fiza dah tau masa tengok persembahan Sepah kat Kulai hari tu Jeff Sepah ada bagitau yang Mamat tengah bercinta dengan Fida Pantene...ingatkan tipu2 jer...rupa2 ny betul...hahaha...
Cuba teka sikap apa yang menyebabkan Fida tertarik kepada Mamat?
Rafidah Ibrahim atau Fida, 25, bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007, berkongsikan ciri-ciri peribadi Mamat yang membuatkannya tertarik hati kepada jejaka berkulit hitam manis itu.Antara ramai artis lelaki, saya tertarik dengan cara dia menandatangani autograf kepada peminat dengan menggunakan tulisan jawi dan selepas memenangi Maharaja Lawak baru-baru ini, dia terus pulang ke kampung untuk bertemu keluarga berbanding mengutamakan orang lain. Jadi, kualiti yang ada itu membuatkan saya selesa untuk berkawan dengannya, namun hubungan kami masih baru untuk mengatakan kami bercinta atau tidak
“Walaupun kami berdua dalam proses mengenali hati budi. Saya amat tertarik dengan sikapnya yang amat pentingkan keluarga. Ketika pertandingan Maharaja Lawak, Mamat bersama ahli kumpulannya memang sibuk dengan aktiviti promosi serta latihan. Namun, dia masih sempat menghabiskan masa 2-3 hari bersama ahli keluarga. Dari situ, saya dapat lihat yang Mamat ni memang jenis caring orangnya,” kata Fida sambil tersenyum.
“Mamat juga seorang yang manja & mempunyai sifat yang sensitif. Tapi, adakalanya Mamat ada mengeluarkan lawak-lawak yang kasar. Fida susah nak terima, terkejut. Apa pun, saya akan cuba sesuaikan diri,” jelas Fida yang mempunyai perwatakan lembut.
bertanya sama ada Fida & Mamat akan membawa hubungan mereka berdua ke arah seterusnya seperti pertunangan atau perkahwinan dalam masa terdekat.“Setakat ini, kami berdua masih belum meletakkan tempoh untuk bertunang atau berkahwin. Lagipun, kami berdua baru sahaja nak menapak dalam bidang hiburan. Apatah lagi, tahun ini rezeki seakan mencurah-curah. Bukan apa, kami gusar andai kata hilang fokus kelak. Pada saya, kalau sudah sampai jodoh, adalah jawabnya,” kata Fida yang juga sepupu kepada penyanyi no 1 Malaysia, Siti Nurhaliza.
“Tak sangka pertemuan di lokasi lakonan sekitar 6 bulan lepas membuatkan kami berdua semakin hari semakin rapat,” kata Mamat, ahli kumpulan lawak Sepah, yang memenangi gelaran Maharaja Lawak tempoh hari.
“Dalam tempoh mengenali satu sama lain ini, saya & Fida tak berani lagi nak mengaku bercinta. Kami lebih selesa mengatakan hubungan kami erat, memang baik. Bukan apa, kami risau juga kalau terjadi apa-apa, kan. Andai kata ditakdirkan, insyallah jodoh kami tidak ke mana,” jelas Mamat mengenai status hubungannya bersama Rafidah Ibrahim, 25, bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.
Mamat juga berkongsikan pandangannya mengenai sebuah siri prank show yang pernah dilakonkan oleh Fida untuk sebuah televisyen swasta, yang ditayangkan sekitar awal bulan Julai lepas.
“Seorang kawan menghubungi saya mengenai kisah sedih Fida yang dipaparkan dalam prank show tu. Kawan saya kata, “Hati-hati dengan Fida, mungkin dia ada seseorang.” Bayangkan, ketika itu saya tengah shooting nak terjun dalam laut. Terasa sesuatu juga sebab tak tahu cerita, kan?”
“Kemudian saya kata pada kawan, “Nanti aku confim-kan balik dengan Fida”. Saya terus terjun dalam laut, dan terfikir, “andai kata betul Fida ada seseorang, tuhan akan balas juga”, kata Mamat dalam nada spontan melawak di rakaman Melodi Raya 2011, PWTC, malam tadi.
Mamat memaklumkan bahawa dia bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya apabila tiba masanya kelak.
“Kami berdua masih belum menemui keluarga kedua-dua belah pihak dan saya memang bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarga saya nanti. Insyallah, kalau masing-masing tak sibuk, kami akan berjumpa juga,” jelas Mamat yang tampak berseri-seri wajahnya.
No comments:
Post a Comment