Klik Jangan Tak Klik

Tuesday, August 16, 2011

Mamat Sepah Bercinta Dengan Fida Pantene


selamat pagi sume....puasa tak ari nie...hehehe... hari last fiza tido kat rumah fiza nie...malam esok tido dalam bas la jawabnya... fiza naik bas esok pukul 8.30 malam...mungin sampai Kluang dalam kul 7-8.00 pagi... 
pagi2 nie fiza nak gosip pasal Mamat Sepah...tapi korang kena baca mamat sepah bercinta dengan adik rudy kristal dulu, lepas tu baru baca apa yang fiza nak taip nie.... 

Mamat Sepah & Fida Makin Rapat

sebenarnya fiza dah tau masa tengok persembahan Sepah kat Kulai hari tu Jeff Sepah ada bagitau yang Mamat tengah bercinta dengan Fida Pantene...ingatkan tipu2 jer...rupa2 ny betul...hahaha...

Sebelum ini Mamat Sepah dikatakan bercinta dengan adik Rodi Kristal. Sayangnya percintaan mereka tak kekal. Mungkin jodoh Mamat dengan Fida.
Cuba teka sikap apa yang menyebabkan Fida tertarik kepada Mamat?
Antara ramai artis lelaki, saya tertarik dengan cara dia menandatangani autograf kepada peminat dengan menggunakan tulisan jawi dan selepas memenangi Maharaja Lawak baru-baru ini, dia terus pulang ke kampung untuk bertemu keluarga berbanding mengutamakan orang lain. Jadi, kualiti yang ada itu membuatkan saya selesa untuk berkawan dengannya, namun hubungan kami masih baru untuk mengatakan kami bercinta atau tidak
Rafidah Ibrahim atau Fida, 25, bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007, berkongsikan ciri-ciri peribadi Mamat yang membuatkannya tertarik hati kepada jejaka berkulit hitam manis itu.

“Walaupun kami berdua dalam proses mengenali hati budi. Saya amat tertarik dengan sikapnya yang amat pentingkan keluarga. Ketika pertandingan Maharaja Lawak, Mamat bersama ahli kumpulannya memang sibuk dengan aktiviti promosi serta latihan. Namun, dia masih sempat menghabiskan masa 2-3 hari bersama ahli keluarga. Dari situ, saya dapat lihat yang Mamat ni memang jenis caring orangnya,” kata Fida sambil tersenyum.
“Mamat juga seorang yang manja & mempunyai sifat yang sensitif. Tapi, adakalanya Mamat ada mengeluarkan lawak-lawak yang kasar. Fida susah nak terima, terkejut. Apa pun, saya akan cuba sesuaikan diri,” jelas Fida yang mempunyai perwatakan lembut.
bertanya sama ada Fida & Mamat akan membawa hubungan mereka berdua ke arah seterusnya seperti pertunangan atau perkahwinan dalam masa terdekat.

“Setakat ini, kami berdua masih belum meletakkan tempoh untuk bertunang atau berkahwin. Lagipun, kami berdua baru sahaja nak menapak dalam bidang hiburan. Apatah lagi, tahun ini rezeki seakan mencurah-curah. Bukan apa, kami gusar andai kata hilang fokus kelak. Pada saya, kalau sudah sampai jodoh, adalah jawabnya,” kata Fida yang juga sepupu kepada penyanyi no 1 Malaysia, Siti Nurhaliza.
“Tak sangka pertemuan di lokasi lakonan sekitar 6 bulan lepas membuatkan kami berdua semakin hari semakin rapat,” kata Mamat, ahli kumpulan lawak Sepah, yang memenangi gelaran Maharaja Lawak tempoh hari.
“Dalam tempoh mengenali satu sama lain ini, saya & Fida tak berani lagi nak mengaku bercinta. Kami lebih selesa mengatakan hubungan kami erat, memang baik. Bukan apa, kami risau juga kalau terjadi apa-apa, kan. Andai kata ditakdirkan, insyallah jodoh kami tidak ke mana,” jelas Mamat mengenai status hubungannya bersama Rafidah Ibrahim, 25, bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.
Mamat juga berkongsikan pandangannya mengenai sebuah siri prank show yang pernah dilakonkan oleh Fida untuk sebuah televisyen swasta, yang ditayangkan sekitar awal bulan Julai lepas.
“Seorang kawan menghubungi saya mengenai kisah sedih Fida yang dipaparkan dalam prank show tu. Kawan saya kata, “Hati-hati dengan Fida, mungkin dia ada seseorang.” Bayangkan, ketika itu saya tengah shooting nak terjun dalam laut. Terasa sesuatu juga sebab tak tahu cerita, kan?”
“Kemudian saya kata pada kawan, “Nanti aku confim-kan balik dengan Fida”. Saya terus terjun dalam laut, dan terfikir, “andai kata betul Fida ada seseorang, tuhan akan balas juga”, kata Mamat dalam nada spontan melawak di rakaman Melodi Raya 2011, PWTC, malam tadi.
Mamat memaklumkan bahawa dia bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya apabila tiba masanya kelak.
“Kami berdua masih belum menemui keluarga kedua-dua belah pihak dan saya memang bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarga saya nanti. Insyallah, kalau masing-masing tak sibuk, kami akan berjumpa juga,” jelas Mamat yang tampak berseri-seri wajahnya.
sumber dari: OhBulan dan Abg Nara

Monday, August 15, 2011

Sungguh Unik Kad Kahwin Ashraff Muslim


ha korang dah tengok pic kad kahwin Memey dan Norman Hakim.. sapa belum tengok tu klik je k...kali nie fiza nak tunjuk kad kahwin Ashraff Muslim lak...sungguh unik...fiza suka tengok kad2 kahwin artis...macam2 jenis.. fiza rasa sekeping leh sampai puluh2 ringgit nie...hahaha...
nie pertama kali fiza tengok kad kahwin yang menggunakan hampir sepenuhnya tulisan jawi sebagai tulisan utama.

Gambar Kad Kahwin Memey Dan Norman Hakim


hai sume...hehehe lama tak updated blog yang tak seberapa nie. bukannnya apa...dah ada dengan family kat kedah nie sampai lupa dengan dunia bloging nie...hahaha.. cepat sangat kacang lupakan kulit...hehehe
ok la fiza nak tunjuk pic kat kahwin Memey nie...Fuhhh!!!! cantik giler...layan...
Mereka dijangka bakal melangsungkan pernikahan pada 24 September depan di kediaman keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, diikuti dengan majlis resepsi pada keesokan harinya, dan satu lagi majlis persandingan besar-besaran akan di adakan di Crowne Plaza Kuala Lumpur yang bernilai RM12 juta... cayalah...

Monday, August 8, 2011

Gambar Anak Perempuan David Bechkam Dan Victoria, Harper Seven Beckham


seperti yang sedia maklum semua orang tahu kan David dan Victoria Beckham baru je dapat anak perempuan pertama dalam keluarga tu...mesti David banyak habiskan duit untuk anak peempuan dia tu kan...hehehe...
Mereka telah dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki iaitu Brooklyn, Romeo & Cruz.

nie baby ke-4 pasangan popular nie...bernama Harper Seven Beckham

Menurut sumber terapat: Harper merupakan gelaran yang digunakan ketika zaman Inggeris lampau, satu nama yang disukai oleh Victoria Beckham. Manakala, Seven pula adalah nombor bertuah kerana secara kebetulan baby perempuan ini dilahirkan sekitar pukul 7.55, pada bulan ke-7.

sumber dari: Facebook Beckham dan ohbulan

Sunday, August 7, 2011

Gambar Terbaru Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina


hai korang....fiza nak tunjukkan pic terbaru baby astronaut anak sulung sheikh mungkin fiza terlambat updated tapi fiza nak letak dalam blog fiza nie...sebab fiza memang minat giler kat pasangan ni...
comel je tapak kaki anak dia...
sama dengan dady dia...


KETERUJAAN serta kegembiraan jelas terdengar tatkala menghubungi Angkasawan Negara,Datuk Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 39, untuk membuat temujanji.
Malah ketika Sheikh Muszaphar menjawab panggilan, katanya, beliau baru sahaja selesai memandikan bayi sulungnya, Sophea Isabella yang dilahirkan tepat pukul 9.08 malam 21 Julai lalu.
Katanya, Sophea Isabella yang dilahirkan secara normal menerusi kaedah bersalin dalam air dilihat lebih mirip kepada bapanya.
Ketika sepanjang temu bual diadakan, Sophea Isabella lebih selesa tidur walaupun beberapa 'cubaan' dilakukan untuk memujuk bayi comel itu membuka mata bagi sesi fotografi.
Bayi seberat 3.6 kilogram (kg) itu sebenarnya dilahirkan lewat lima hari daripada tarikh yang dijangka bersalin.
Bagi pasangan bahagia ini, Sheikh Muszaphar serta Datin Harlina Mohd. Yunos, 31, kehadiran Sophea Isabella ternyata satu anugerah yang tidak ternilai.
Malah bayi kecil itu bagai melengkapkan lagi kehidupan mereka suami isteri.
"Alhamdulillah, penantian selama ini berbaloi malah Sophea Isabella kini penyeri kami sekeluarga.
"Kehadirannya memang dinanti-nantikan kerana saya sememangnya amat menyukai kanak-kanak malah saya juga inginkan anak seramai mungkin.
"Tetapi apa yang menjadikan kelahiran Sophea lebih istimewa ialah dia lahir pada malam Jumaat di mana saya memang berdoa dan berharap agar ia (kelahiran) berlaku," ujarnya sambil mengusap lembut rambut bayi yang lena di pangkuan.
Apabila ditanya apakah maksud nama anak sulung mereka, jelas Sheikh Muszaphar, Sophea adalah kebijaksaan dan kecantikan, manakala Isabella pula adalah salah satu nama pejuang Islam mengikut sejarah.
Kedua-dua nama tersebut digabungkan memandangkan Harlina suka dengan nama Sophea manakala Isabella pula merupakan nama idaman Sheikh Muszaphar.
Dalam pada itu, Harlina memberitahu sengaja memilih untuk bersalin melalui kaedah di dalam air kerana ia mudah dan kurang sakit.
Malah menurut beliau lagi, menerusi kaedah tersebut ia memberi kebebasan untuknya duduk pada posisi yang selesa.
"Sakit untuk bersalin agak lama iaitu 18 jam tetapi ia memang berbaloi.
"Memang betul seperti kata orang yang pernah bersalin, sebaik sahaja melihat anak yang selamat dilahirkan segala kesakitan ketika hendak bersalin tadi lenyap begitu sahaja," katanya yang sentiasa tersenyum.
Ujar Harlina, sepanjang proses kelahiran suaminya tidak berganjak dari sisinya.
Malah Sheikh Muszaphar merupakan penasihat merangkap doktor peribadinya di saat-saat akhir Sophea hendak dilahirkan.
Menurut Harlina, suaminya turut mengajar cara bernafas dengan betul dan menenangkan dirinya ketika dia menghadapi saat kesakitan.
Untuk tempoh terdekat ini pelbagai perancangan telah dibuat di mana Harlina akan bercuti selama enam bulan bagi memastikan Sophea diberi susu badan sepenuhnya.
Malah ketika berbual, Harlina menyatakan walaupun baru lima hari (ketika temu bual diadakan) perancangannya sudah berubah beberapa kali.
Pada mulanya beliau hanya merancang untuk bercuti tiga bulan. Kemudian memanjangkannya menjadi enam bulan seterusnya terasa seperti tidak mahu bekerja semata-mata ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada buah hatinya itu.
Bagaimanapun, Harlina memberitahu, semua itu mungkin hanya perancangan kerana buat waktu terdekat ini sukar untuknya meninggalkan kerjaya sebagai pakar bius di Hospital Selayang.
Begitu juga dengan Sheikh Muszaphar yang jadual hariannya turut berubah sejak kelahiran Sophea.
Apa yang pasti setiap kali ada urusan di luar, beliau tidak sabar untuk pulang ke rumah untuk bersama puteri kesayangannya.
Hari ini genap seminggu usia Sophea malah pasangan ini tidak menolak sekiranya dikurniakan anak kedua dalam masa terdekat ini.
Apa yang lebih menarik, pasangan itu juga telah menyediakan nama untuk anak kedua mereka, Sophea Isadora.

Fiza Ada Di Kampung Sekarang....Alor Setar


Assalamualaikum....
hai sume sihat ker...fiza sihat je...cuma rindu sesangat kat husband fiza...fiza sekarang ada kat kampung halaman fiza...Alor Setar, Kedah...hehehe.. pagi Jumaat sampai...tapi fiza balik sorang je...husband fiza tak ikut...dia kena keja... fiza balik sini pun tak lama 17hb nie balik Johor... saja balik nak puasa dengan keluarga fiza..tapi ni la kali pertama fiza jauh dengan husband fiza sejak kami kahwin...rindu giler...
sayang i love u...
mmmuuaahhh....!!!!!!!!!!!!

Saturday, August 6, 2011

Adik Angkat????? Hehehe...



1. Keputusan Nekad Putus Tunang
“Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan Elia, bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini.
Namun, Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.
Insya Allah, dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak.
2. Tiada Kena Mengena Orang Ketiga
Sudah pun saya jelaskan sebelum ini, keputusan putus tunang tiada kena mengena dengan orang ketiga. Apatah lagi dengan wanita yang bernama Dahlia itu. Saya mengaku memang saya berkawan dengan Dahlia. Namun hubungan saya tidak lebih sebagai abang dan adik. Lagi pun, Dahlia adalah kawan sekampung saya. Umur dia baru saja 18 tahun. Saya pun rapat dengan famili Dahlia dan menganggap mereka sebagai keluarga angkat.
Minta maaf semua kerana saya tak boleh nak jelaskan lebih panjang tentang kes orang ketiga ini. Saya takut, jika makin saya buka mulut perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum tersebar tanpa pengetahuan saya. Malah, saya tak mahu orang berprasangka buruk lagi terhadap kami berdua. Cukuplah sampai di sini saja. Saya tak mahu aibkan orang. Biarlah saya telan sendiri kepahitan yang menghantui diri saya ini. Apapun, saya berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang diri saya terutama sekali pihak media.”
3. Tuduhan Dirinya Sebagai Kaki Perempuan
“Sebaik saja saya mendengar dakwaan tentang saya ni kaki perempuan, saya nak tergelak dan tertanya-tanya bagaimana cerita sebegini boleh tersebar. Setiap hari, jadual saya sibuk dengan latihan bola sepak sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial bersama dengan rakan-rakan rapat. Sampaikan saya tiada masa untuk pulang ke kampung. Malah, bila saya diberikan cuti, saya lebih gemar pulang ke kampung dan berehat bersama keluarga di Kelantan.
Tentang gambar-gambar saya dengan perempuan yang tersebar itu, saya hanya boleh cakap, ada antara wanita dalam gambar itu saya sendiri tak kenal siapa namanya melainkan dia adalah kawan saya. Saya cuma tahu wanita-wanita itu adalah peminat saya yang menyokong karier saya sebagai penjaga gol kebangsaan.
Saya boleh mengaku, adakala saya keluar dengan teman perempuan lain selain Elia tetapi waktu itu saya keluar beramai-ramai bersama kawan saya yang lain. Mungkin, jika ada orang ternampak saya keluar berdua saja kerana waktu itu kawan saya yang datang bersama pergi ke tempat lain. Jadi, ia secara kebetulan saja. Apapun, salah ke saya ni nak keluarga berbual dengan perempuan. Sebagai umat Islam, saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan.
4. Isu facebook
Disebabkan terlalu sibuk, saya sendiri tiada masa untuk mengemas kini facebook saya. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini facebook saya tidak lagi diaktifkan bukanlah kerana saya. Saya sendiri tak tahu akaun saya sudah tiada lagi. Apa yang saya tahu, akaun Facebook saya sudah pun dihacked.
Jadi, saya minta kepada semua penyokong saya, agar jangan terlalu mempercayai apa yang tertulis di ruangan facebook itu. Sekarang ini, saya masih belum berkesempatan untuk membuat akaun baru. Insya-Allah, bila masa sesuai, saya akan mewar-warkan pada semua tentang akaun facebook saya yang baru.
5. Tidak Menjawab Panggilan Telefon Dari Elia
Saya tidak pernah sekali pun mengelak panggilan telefon dari Elia. Mungkin jua, masa dia menelefon saya waktu itu, saya sedang sibuk dengan latihan dan perbincangan. Terus-terang, komitmen saya makin besar. Mungkin, apa yang Elia sampaikan itu adalah salah faham saja. Sebelum saya membuat keputusan menghubungi media Jumaat lalu (29 Julai 2011), saya memang ada menelefonnya.
6. Campurtangan Pihak Keluarga
Untuk memilih siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup kita perlulah menitik beratkan banyak perkara. Jadi, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sungguhpun saya dah berkahwin nanti, sebagai lelaki, tanggungjawab saya lebih besar pada keluarga.
Memang benar, apa yang berlaku sebelum ini ada melibatkan campurtangan dari kedua-dua belah pihak. Namun, biarlah saya seorang saja yang tahu. Sekali lagi, saya tak mahu mengaibkan orang lain. Saya hanya mampu melafazkan terima kasih kerana mereka sangat mengambil berat tentang saya.
7. Berpegang-tangan, berikan kasut dan kereta lama kepada Dahlia
Semua tuduhan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah membuat semua perkara ini. Malah, saya bukanlah kekasih baru Dahlia atau pun Sugar Daddy kepada Dahlia. Saya tidak pernah membelikannya kasut baru. Malah, saya sendiri tak ada pun memberikan kereta lama saya pada Dahlia. Kereta itu ada pada kakak saya dan kereta tersebut adalah kereta lama saya sebelum saya beli kereta baru. Kereta itu pun atas nama kakak saya bukan saya.
8. Sudah Lupa Diri
Sebagai hamba Allah, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jika benar orang mendakwa dan lihat saya ni sudah lupa diri, saya minta maaf. Namun, sebagai manusia yang ada pendirian, saya rasa saya masih lagi Apex yang dulu. Insan dicipta tidak sempurna. Adakala manusia tidak sedar adakah perkara itu benar atau pun salah. Kadang-kala perkara itu benar bagi saya tetapi tidak bagi orang lain.
Apa yang saya tahu, saya bukan Apex yang dulu sebab kini ramai yang yang mual kenali diri saya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab yang diberikan kepada saya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Namun, saya tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Apa yang saya boleh lakukan, hanya melakukan sesuatu yang boleh mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.
9. Gila Glamor dan Cari Publisiti Murahan
Saya bukan gila glamor dan cari publisiti murahan. Apa yang saya peroleh sekarang ini adalah hasil penghormatan ikhlas dari anda semua. Saya tak pernah pun terhegeh-hegeh untuk cari populariti. Saya hanya laksanakan tugasan saya sebagai penjaga gol kebangsaan.
Keputusan putus tunang ini pun diberitahu media kerana saya tahu, media adalah orang terdekat yang boleh memberitahu kepada semua orang cerita sebenar saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya, keluarga saya, keluarga Elia dan semua penyokong saya.
10. Memohon Maaf
Saya masih belum berjaya lagi. Saya masih lagi berusaha untuk menjadi terbaik. Kalau boleh saya mahu cipta sejarah baru. Apapun, saya tidak akan lokek untuk meminta maaf andaikata perkara yang berbangkit ini datang dari kesilapan saya. Mungkin, waktu itu saya tak sedar apa yang saya katakan sebelum ini membuatkan hati orang lain terluka. Saya hanya mampu meminta maaf. Tak kisahlah sebesar zarah seseorang itu melakukan kesalahan, sebagai makhluk yang dicipta Allah, meminta maaf adalah jalan terbaik.Saya harap, semua dapat terima dengan segala penjelasan ini.
Selepas ini, saya mahu terus berbakti kepada negara dan mahu lebih fokus pada karier. Namun, saya tahu saya tak boleh lari dari berkongsi kisah peribadi saya. Insya-Allah, jika perlu saya akan berkongsi. Kepada pihak media yang lain, saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan kerjasama. Saya terharu dengan keprihatinan anda semua. Saya tahu, anda semua hanya melakukan tugasan anda. Kalau saya ditempat anda, mungkin jua saya melakukan perkara yang sama. Sekali lagi, saya minta maaf kepada semua dan terima kasih kerana menyokong saya tanpa putus.

sumber dari: abg nara dan ohbulan