Klik Jangan Tak Klik

Saturday, November 26, 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433H


Assalmualaikum....
salam Ma'al Hijrah 1433H kepada semua rakyat Malaysia... macam la semua orang baca blog fiza nie...hahaha... masa  tahun lepas Ma'al Hijrah, fiza dengan husband fiza sedang bersanding atas pelamin...hehehe...terasa sangat dah tua...ahaks!!! tapi comey lagi kan???? perasan sungguh...
di bawah nie fiza sediakan Doa Awal Muharram...
Bermula daripada selepas asar ini 26 November 2011 bersamaan 30 ZulHijjah 1432 Hijrah marilah sama-sama kita meluangkan sedikit masa untuk membaca doa akhir tahun ini ;
Selepas Mahgrib pula , menjelmalah 1 Muharram 1433 H marilah sama-sama pula kita membaca doa awal tahun pula ;
Fadhilat membaca doa² ini ;
Ibnu Abbas berkata: “Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu”.
Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.
Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, “Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.
sumber dari: ummihanie.com

Thursday, November 24, 2011

Wednesday, November 23, 2011

Tanda Suami Tak Sayang Lagi



“Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana telah melimpahkan rahmat-Nya di hati suami lalu kerana rahmat itu suami pun menyayangi anda.”
Jika suami menunjukkan tanda-tanda tak sayang kepada anda, itu disebabkan telah tercabutnya rahmat Allah dari rumah anda. Seharusnya suami dan isteri bermuhasabah mengapa boleh terhakis rasa sayang itu? Ada saja masalah yang muncul ke permukaan apatah lagi yang mendap di dasar hati menjadi dendam. Apakah puncanya kemarahan, benci dan bosan yang makin menjadi-jadi?
Tanda-tanda suami tak sayang boleh dirasai apabila tiada lagi keamanan dalam rumah, sentiasa mahu berperang mencari salah dan silap anda. Tak puas hati dengan sikap dan layanan anda, boleh jadi suami mendiamkan diri saja seolah-olah anda tidak wujud bersamanya. Kemuncaknya bila suami mula seronok dengan pergaulan di luar rumah, mencari kebebasan sesuka hati dan lupakan tanggungjawabnya sebagai ketua rumahtangga. 
Setiap perkahwinan mesti diuji, tak kira siapakah yang menjadi suami atau isteri. Pasangan ustaz atau ustazah, raja-raja, guru, orang-orang kaya atau miskin, semuanya diuji tanpa terkecuali. Ramai yang risau apabila suami tak sayang lagi tapi berapa ramai yang risau apabila Allah Taala tak sayang disebabkan kelalaian dan maksiat yang dilakukan?
Dosa menyebabkan hati manusia kotor, hati pula menyuruh anggota badan melakukan apa yang dimahunya. Semua berpunca dari hati, jika suci hatinya maka baiklah seluruh anggotanya dan sebaliknya. Maknanya semua masalah di dunia ini berpunca dari dosa kepada Allah dan dosa kepada makhluk. Contohnya apabila seorang isteri tinggal sembahyang, hatinya lalai dan tenggelam dalam kesibukan dunia, mencari kepuasan dunia dengan kerja lebih masa dan berhibur pun lebih masa, sampai menghabiskan duit pun berlebih-lebihan.
Hati isteri tak tenang kerana tak puas-puas juga mengikuti hawa nafsunya. Hubungan dengan suami diabaikan kerana hatinya terlalu fokus kepada kerja, duit dan bergaya. 
Anak-anak terabai, suami tak selesa dan rumah pun tak terurus kerana isteri lupa tanggungjawabnya. Semua bermula dari hati yang kotor oleh dosa. Begitu pula suami yang tak suka mendekati Allah, lemah imannya, tak peduli halal dan haram asalkan nikmat, tak takut Tuhan Maha Melihat. Hidup mereka takkan tenang selagimana belum bertaubat. Bagaimana mahu mencintai keluarga jika tak mampu mencintai diri sendiri? Orang yang membiarkan dirinya menjadi mangsa syaitan dan nafsu adalah mereka yang tak sayang diri sendiri. 
Hubungan suami isteri berkait rapat dengan hubungan mereka kepada Allah, jika baik dengan Allah maka baiklah dengan pasangannya. Dan jika jauh dengan Allah maka jauhlah dengan pasangannya. Kerana kasih sayang itu datangnya dari rahmat Allah SWT yang diturunkan ke lubuk hati sanubari insan.

Sebagaimana sabda RAsulullah SAW yang bermaksud:

“Jika Allah mencintai hamba-Nya, Dia akan memangil Jibril seraya berfirman: Wahai Jibril sesungguhnya Aku mencintai hamba ini maka cintailah dia, lalu Jibril pun mencintainya. Kemudian Jibril menyeru kepada penduduk langit: Wahai penduduk langit sesungguhnya Allah mencintai hamba ini maka cintailah ia. Maka penduduk langit pun mencintainya sehingga Allah menjadikan penduduk bumi pun mencintai hamba itu.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Bagaimanakah mendapatkan cinta Allah? Di manakah jalan-jalan yang harus ditempuhi dan ke arah mana kaki mesti melangkah menghampiri-Nya? 
Al-Quran telah menunjukkan manusia di mana letaknya cinta Allah iaitu;

1. Bertaubat, dalam firman-Nya yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan membersihkan diri.” (Surah Al-Baqarah ayat: 222)
2. Berbuat baik dalam firman-Nya yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Baqarah ayat: 195)
3. Berlaku adil dalam firman-Nya yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berbuat adil.” (Surah Al-Maidah ayat: 42)
Tiga kekuatan inilah yang akan melonjakkan rasa cinta di hati suami terhadap isterinya dan begitu juga sebaliknya. Bertaubatlah, berbuat baiklah dan berlaku adillah, nescaya kasih sayang pasangan anda bertambah-tambah setiap hari hingga ke hujung nyawa, berpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah jua.
Rasulullah SAW menjelaskan tentang bagaimana seorang hamba mendapat cinta Allah dengan melakukan perintah dan menjauhi larangan-Nya. 
Sabda baginda SAW yang bermaksud: Allah berfirman: Tidaklah hamba-Ku mendekat kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih baik dari apa yang Aku fardhukan ke atasnya. Dan hamba-Ku sentiasa mendekat kepada-Ku dengan amalan sunnah sehingga Aku mencintai-Nya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Mulim) 
Telah diterangkan melalui Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW bagaimana mendapat cinta Allah supaya cinta suami semakin kuat kepada isteri. Bertaubat, berbuat baik kepada manusia, berlaku adil, menunaikan yang fardhu dan menambahi dengan ibadah sunat, begitulah jalannya. Jangan cari jalan syirik yang memusnahkan! Semoga kita dimudahkan Allah, Amin Ya Rab !

8 Air Terjun Terindah Di Dunia


1. Air Terjun Niagara, Amerika Serikat

2. Air Terjun Angel, Venezuela

3. Air Terjun El Nicho, Kuba

4. Air Terjun Havazu, Amerika Serikat

5. Air Terjun Victoria, perbatasan Zambia dan Zimbabwe, Afrika Selatan

6. Air Terjun Detian, Vietnam

7. Air Terjun Iguazu, perbatasan Brasil, Paraguay, dan Argentina

8. Air Terjun Ramona, Amerika Serikat

sumber dari: beritaterkini.us

Gambar Majlis Pertunangan Dan Pernikahan Ezlynn Dan Adam Fahmy



sumber dari: FB REDphotography

5 Perkara Penghalang Kesuburan


keinginan untuk mendapatkan cahaya mata pasti dirasai oleh pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga. ada di kalangan mereka yang sihat tubuh badan, tidak berhadapan dengan masalah kesuburan, namun rezeki untuk memperoleh anak masih juga belum kunjung tiba. 
pastinya keadaan sebegini mengundang kegusaran di hati mereka. sebenarnya terdapat juga faktor lain yang menghalang kesuburan seseorang wanita. di bawah ini membincangkan pihihal tersebut.

1. Tekanan
gaya hidup yang serba mencabar kini membuatkan orang mudah berasa cemas dan tertekan. dalam hal ini, tekanan mendorong otak untuk mengirim amaran yang mempengaruhi hormon pengendali kesuburan.
melalui kajian yang dilakukan tekanan boleh menurunkan kualiti hormon testoteron dan sperma serta kualiti sel telur. tekanan juga boleh mengganggu soal keintimam hingga menurunkan keinginan untuk melakukan hubungan seks.

2. Pencemaran Udara
pencemaran asap rokok, kenderaan dan sisa bungan kilang juga telah terbukti mampu menurunkan kualiti sperma dan sel telur. pencemaran boleh menghasilkan oksida nitrogen, timah atau bahan kimia berbahaya mengganggu keseimbangan hormon dan mempengaruhi kesihatan sel telur dan sperma.

3. Komputer Riba
bahang pada komputer riba berupaya meningkatkan suhu testis sehingga keadan sperma tidak lagi menjadi penting malah boleh mati. keadaan ini telah pun terbukti melalui kajian yang dijalankan oleh Universiti New York, Amerika Syarikat.

4. Alkohol
alkohol bukan sahaja memabukkan malah penganbilannya sama ada sedikit ataupun banyak, mempengaruhi organ pembiakan seperti sel telur dan sperma. penganbilan alkohol lebih dari 2 gelas untuk lelaki dan lebih dari 1 gelas untuk perempuan boleh mengurangkan kesuburan.
bagi wanita pula, penganbilan alkohol yang berlebihan boleh mengurangkan metabolisme estrogen dan progesteron. akibatnya proses percantuman sel telur oleh sperma sukar berlaku. manakala bagi lelaki, ia akan memperlahankan gerakan sperma dan menurunkan bilangan air mani yang mengakibatkan kurangnya penghasilan sperma.

5. Telefon Bimbit
menyimpan telefon bimbit di dalam poket seliar juga boleh menyebabkan kemandulan. pacaran elektrostatik dan elektromagnet dari telefon binbit yang berpotensi mengurangkan jumlah sperma hingga 30 peratus. ada kajian membuktikan semakin besar peratusan jumlah sperma yang abnormal akibat penggunaan telefon bimbit selama empat jam sehari. kajian telah dilakukan terhadap 361 orang lelaki di klinik tersebut.

Elak 4 Kesilapan Ini
pasangan kelamin perlu mengelakkan dari melakukan perkara berikut agar kehamilan cepat terjadi.
1. Guna cecair ketika hubungan kelamin
sesetengah pasangan menggunakan jeli mahupun cecair dengan harapan untuk memudahkan sperma menembusi sel telur. sedangkan, cecair itulah yang boleh merosakkan sperma. jika mahu juga menggunakan cecair, pilih cecair yang selamat untuk sperma ( sperm-friendly).

2. Hubungan kelamin ketika subur sahaja
sesetengah pasangan yang berhajat mahukan anak hanya melakukan hubungan kelamin di saat subur sahaja. mereka fikir inilah saatnya untuk menabung sprma padahal apa yang mereka fikirkan itu silap. sayangnya, kebanyakan sperma sudah letih dan tidak berdaya untuk mensenyawakan sel telur. bagi menjayakan persenyawaan, sperma perlu segar. suami pula harus berejakulasi sekurang-kurangnya setiap lima hari sekali agar testikal selalu menghasilkan sperma yang baru.

3. ambil vitamin C berlebihan
pengambilan vitamin yang sedikit baik untuk kesuburan, namun pengambilannya yang berlebihan memberi kesan kepada kesuburan. hal ini kerana, kebanyakan vitamin C yang diambil berlebihan boleh serviks.

4. Minum kopi
berdasarkan kajian yang dilakukan, minum secawan kopi sehari boleh mengurangkan peluang hamil 50 peratus dalam tempoh 12 bulan. jika minum 3 cawan kopi, peluang untuk hamil berkurangan sehingga 175 peratus. jika tidak mahu mengambil risiko, cuba elakkan pengambilannya sama sekali.


Monday, November 21, 2011

Majlis Resepsi Eira Syazira Dan Azad Jasmin


hai sume sihat ke...dh lama kan fiza tak up dated blog fiza nie...ermm...tak tau la pasai pa rasa malas je nak up dated blog...macam tak ada mood je...hari nie fiza bukak je lappy masuk laman web Oh Bulan terbeliak mata fiza sebab ada gambar kahwin Eira Syazira dan Azad Jasmin...cantik giler...comey lote la.... sebelum nie kalau korang penah masuk blog fiza, mesti korang dah tengok Gambar Pernikahan Eira Syazira Dan Azad kan...kali nie fiza nak tunjuk Majlis Resepsi pulak...jom layan gambar di bawah...

sumber dari: Oh Bulan

Wednesday, November 16, 2011

Pertandingan Pasangan Wajah Seiras (November 2011)


Assalamualaikum..salam 1 Malaysia..hai korang sihat ker??? fiza sihat Alhamdulillah...makin membesarkan badan lagi ada la.hahaha..tapi walaupun fiza berbadan besar macam nie fiza tetap jaga  pemakanan harian fiza.cuma tak kurus2 ja...hahaha...fiza dah pergi check kat doktor darah tinggi dengan kencing manis tak ada...Alhamdulillah..
sebenarnya fiza nak mintak tolong kat semua pembaca blog fiza (kalau ramai lagi bagus) hehehe... fiza ada masuk pertandingan kat laman sosial Facebook..nak mintak tolong sangat2 sesiapa ada akaun FB kalau tak ada tu bohong la kan..hahaha. tolong like Realiti Alam Perkahwinan. walaupun ada yang belum kahwin lagi like je page tu sebab banyak tauladan dalam page nie... ok lepas like FB Realiti Alam Perkahwnan korang klik kat photo..cari album PETANDINGAN PASANGAN WAJAH SEIRAS (NOVEMBER 2011) dan cari gambar fiza dengan husband fiza macam di bawah nie...
PESERTA 24

NAMA PENUH: NORHAFIZAH BINTI HAMZAH (ISTERI), NOR ZAIMI BIN AHMAD (SUAMI
TARIKH NIKAH: 01 OKTOBER 2010 (01.10.10)

SEDIKIT KISAH DETIK-DETIK PERKENALAN:  PERKENALAN KAMI DIATUR OLEH ADIK ANGKAT FIZA. DIA JUGA MERUPAKAN ADIK ANGKAT SUAMI FIZA. DALAM DIAM DIA MEMBERIKAN NOMBOR HANDPHONE FIZA KEPADA SUAMI. SEJAK ITU FIZA DENGAN SUAMI SALING BEHUBUNG MELALUI HANDPHONE. SETELAH 5 BULAN BERBALAS MESEJ DAN BERCAKAP DALAM HANDPHONE, KAMI BERJUMPA DI LANGKAWI DAN HUBUNGAN KAMI SAMPAI KE JINJANG PELAMIN. KISAH PERCNTAAN KAMI JUGA ADA KELUAR DI RUANGAN " DIA PILIHANKU" DALAM MAJALAH MINGGUAN WANITA BIL.1444 MUKA DEPAN NOH HUJAN DAN MIZZ NINA. DOAKAN HUBUNGAN KAMI BAHAGIA HINGGA HUJUNG NYAWA..AMIN...

bila dah jumpa pic fiza ni tolong la like ye....kerjasama anda amat fiza dan husband hargai....tata sume..

Saturday, November 12, 2011

Seminggu Beraya Di Alor Setar


Assalamualaikum......
hai korang....sihat ker...lama fiza tak jenguk blog fiza nie...maklum la...sibuk skit...hari nie fiza last ada kat rumah fiza kat Alor Setar nie...malam nie fiza dengan husband balik Johor.. seminggu tiga hari gak la fiza ada kat Kedah nie.. fiza dengan husband raya Haji kat sini...best ramai budak2 datang tapi bukan nak makan biskut raya pun...cuma nak kutip duit raya je...
hehehe...nie gambar di pagi raya.... sepadan tak baju kami berdua.... lepas je amik gambar nie... jiran datang tak henti2 sampai tak sempat nak ambil gambar yang lain....
esoknyanya 7.11.2011 fiza dengan husband pergi jalan2 kat Tasik Darul Aman, Jitra Kedah...ramai la manusia walaupun hari raya...jom layan gambar2 fiza dengan husband kat tasik buatan tu...
kalau nak tengok gambar yang lain masuk dalam facebook fiza k...
10.11.2011 hari yang bersejarah bagi adik perempuan fiza...dia bertunang hari tu...fuhhh!!!! penat giler...buat kenduri kecik2 ja tapi orang datang ramai giler...tapi Alhamdulillah semua majlis berjalan lancar. semua makanan habis licin...langsung tak buang skit pun makanan...hahaha...jom layan gambar tunang adik fiza lak...
macam biasa la kalau nak tengok gambar yang lain masuk dalan facebok fiza k...
ok la sampai sini dulu...fiza nak kemas2 barang...malam nie fiza dengan husband balik Johor dah...doakan perjalanan kami selamat sampai ye....tata....