Klik Jangan Tak Klik

Wednesday, November 23, 2011

5 Perkara Penghalang Kesuburan


keinginan untuk mendapatkan cahaya mata pasti dirasai oleh pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga. ada di kalangan mereka yang sihat tubuh badan, tidak berhadapan dengan masalah kesuburan, namun rezeki untuk memperoleh anak masih juga belum kunjung tiba. 
pastinya keadaan sebegini mengundang kegusaran di hati mereka. sebenarnya terdapat juga faktor lain yang menghalang kesuburan seseorang wanita. di bawah ini membincangkan pihihal tersebut.

1. Tekanan
gaya hidup yang serba mencabar kini membuatkan orang mudah berasa cemas dan tertekan. dalam hal ini, tekanan mendorong otak untuk mengirim amaran yang mempengaruhi hormon pengendali kesuburan.
melalui kajian yang dilakukan tekanan boleh menurunkan kualiti hormon testoteron dan sperma serta kualiti sel telur. tekanan juga boleh mengganggu soal keintimam hingga menurunkan keinginan untuk melakukan hubungan seks.

2. Pencemaran Udara
pencemaran asap rokok, kenderaan dan sisa bungan kilang juga telah terbukti mampu menurunkan kualiti sperma dan sel telur. pencemaran boleh menghasilkan oksida nitrogen, timah atau bahan kimia berbahaya mengganggu keseimbangan hormon dan mempengaruhi kesihatan sel telur dan sperma.

3. Komputer Riba
bahang pada komputer riba berupaya meningkatkan suhu testis sehingga keadan sperma tidak lagi menjadi penting malah boleh mati. keadaan ini telah pun terbukti melalui kajian yang dijalankan oleh Universiti New York, Amerika Syarikat.

4. Alkohol
alkohol bukan sahaja memabukkan malah penganbilannya sama ada sedikit ataupun banyak, mempengaruhi organ pembiakan seperti sel telur dan sperma. penganbilan alkohol lebih dari 2 gelas untuk lelaki dan lebih dari 1 gelas untuk perempuan boleh mengurangkan kesuburan.
bagi wanita pula, penganbilan alkohol yang berlebihan boleh mengurangkan metabolisme estrogen dan progesteron. akibatnya proses percantuman sel telur oleh sperma sukar berlaku. manakala bagi lelaki, ia akan memperlahankan gerakan sperma dan menurunkan bilangan air mani yang mengakibatkan kurangnya penghasilan sperma.

5. Telefon Bimbit
menyimpan telefon bimbit di dalam poket seliar juga boleh menyebabkan kemandulan. pacaran elektrostatik dan elektromagnet dari telefon binbit yang berpotensi mengurangkan jumlah sperma hingga 30 peratus. ada kajian membuktikan semakin besar peratusan jumlah sperma yang abnormal akibat penggunaan telefon bimbit selama empat jam sehari. kajian telah dilakukan terhadap 361 orang lelaki di klinik tersebut.

Elak 4 Kesilapan Ini
pasangan kelamin perlu mengelakkan dari melakukan perkara berikut agar kehamilan cepat terjadi.
1. Guna cecair ketika hubungan kelamin
sesetengah pasangan menggunakan jeli mahupun cecair dengan harapan untuk memudahkan sperma menembusi sel telur. sedangkan, cecair itulah yang boleh merosakkan sperma. jika mahu juga menggunakan cecair, pilih cecair yang selamat untuk sperma ( sperm-friendly).

2. Hubungan kelamin ketika subur sahaja
sesetengah pasangan yang berhajat mahukan anak hanya melakukan hubungan kelamin di saat subur sahaja. mereka fikir inilah saatnya untuk menabung sprma padahal apa yang mereka fikirkan itu silap. sayangnya, kebanyakan sperma sudah letih dan tidak berdaya untuk mensenyawakan sel telur. bagi menjayakan persenyawaan, sperma perlu segar. suami pula harus berejakulasi sekurang-kurangnya setiap lima hari sekali agar testikal selalu menghasilkan sperma yang baru.

3. ambil vitamin C berlebihan
pengambilan vitamin yang sedikit baik untuk kesuburan, namun pengambilannya yang berlebihan memberi kesan kepada kesuburan. hal ini kerana, kebanyakan vitamin C yang diambil berlebihan boleh serviks.

4. Minum kopi
berdasarkan kajian yang dilakukan, minum secawan kopi sehari boleh mengurangkan peluang hamil 50 peratus dalam tempoh 12 bulan. jika minum 3 cawan kopi, peluang untuk hamil berkurangan sehingga 175 peratus. jika tidak mahu mengambil risiko, cuba elakkan pengambilannya sama sekali.


No comments:

Post a Comment