Klik Jangan Tak Klik

Saturday, June 11, 2011

Lisa Panggil Yusri Dengan Panggilan 'B'


Kemesraan yang terjalin antara aktres Lisa Surihani, 25, bersama Yusry Abdul Halim, 38, bukan satu rahsia lagi. Ini kerana sejak akhir-akhir ini pasangan ini sering dilihat bersama dalam beberapa majlis. 

Terbaru, Lisa turut hadir dalam majlis sambutan ulang tahun ke-19 KRU yang diadakan di KRU Studios, Cyberjaya kelmarin. Malah kedengaran Lisa memanggil Yusry dengan panggilan ‘B’ ketika sesi fotografi diadakan.

Lebih bermakna apabila Edry turut membuat pengakuan secara eksklusif ketika Yusry dan Lisa sedang ditemu bual bahawa mereka sekeluarga merestui hubungan itu.

Menurut Yusry tiada apa yang mahu dirahsiakan mengenai hubungannya dengan Lisa kerana mereka bukan ­menjalinkan hubungan cinta monyet atau cinta zaman remaja.

“Sejak awal lagi kami memang tidak menyembunyikan hubungan yang terjalin. Saya tidak mahu bersikap hipokrit atau cuba cover line. 

“Tapi saya tidak suka menggunakan istilah pasangan kekasih, atau pasangan yang sedang hangat bercinta kerana bagi saya ia menampakkan hubungan kami tidak serius dan terlalu kebudak-budakan.

“Saya lebih suka katakan kami sedang menjalankan hubunga matang. Hubungan kami memang lebih dari seorang kawan dan kami sedang melalui fasa mengenali hati budi antara satu sama lain,” katanya.

Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak tiga bulan lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lalu.

Yusry berkata, buat masa ini masih terlalu awal untuk berbicara tentang perancangan pertunangan mahupun perkahwinan.

Bagaimanapun, mereka tidak gemar untuk terlalu menggembar-gemburkan perhubungan yang baru terjalin kerana bimbang akan menimbulkan rasa jelak sesetengah pihak.

“Saya tidak mahu publisiti yang berlebih-lebihan nanti akan menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak. Kalau boleh saya tidak mahu ada orang cakap kami cuba heboh-hebohkan hubungan ini.

“Lagipun masih awal untuk berbicara hubungan kami ini. Biarlah masa yang menentukan hubungan ini. Jika sudah tiba masa yang lebih sesuai, kami tidak kisah untuk berbicara dengan lebih lanjut,” kata bekas suami Erra Fazira ini. 

Bukan rapat kerana projek

Sementara itu Lisa mengakui begitu selesa berada di samping Yusry kerana lelaki itu mempunyai pemikiran yang sama walaupun perbezaan umur mereka yang agak jauh.

Walau bagaimanapun Lisa bakal berlakon dalam filem terbitan KRU berjudul ular, menafikan hubungan yang terjalin adalah untuk mendapatkan projek bersama KRU.

“Bagi saya itu adalah kenyataan yang kelakar. Selama ini bila saya berlakon di bawah MIG, adakah saya perlu rapat dengan David Teo untuk dapatkan projek.

“Saya juga akan berlakon di bawah Skop Production, jadi adakah saya kena rapat dengan Syamsul. ­Sebenarnya tawaran ini datang terlebih dahulu sebelum kami rapat, jadi tak ada kena mengena antara ­hubungan kami dan projek,” tegas Lisa.

Menurut Lisa dia gembira apabila ibunya serta keluarga Yusry merestui perhubungan yang sedang terjalin namun tidak mahu berbicara berlebih-lebihan mengenai hubungan mereka.

“Alhamdulillah, saya dan Yusry sependapat dalam setiap perkara yang dibualkan. Bahkan saya tidak perlu jadikan diri saya tua atau Yusry pula tidak perlu menampakkan dirinya muda untuk mencapai keserasian di antara kami.

“Selain itu, saya juga tidak mahu mengulas lanjut kerana sebagai seorang wanita, saya punya prinsip yang pihak lelaki harus umumkan dahulu sebelum pihak wanita,” katanya.
Jangan beri tekanan- Ibu

Pada masa sama, ibu Lisa, Siti Amirah Ahmad mengingatkan agar semua pihak tidak memberi tekanan kepada Yusry dan Lisa.

“Biar hubungan itu berjalan secara semula jadi. Jangan beri apa-apa tekanan pada mereka. Sebagai ibu, jika Lisa gembira, saya juga gembira,” katanya.

No comments:

Post a Comment