Klik Jangan Tak Klik

Wednesday, July 27, 2011

11 Tip Untuk Hamil Dengan Cepat


Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.
Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.
1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
 10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.
 sumber dari: Alam Hamil
p/s:  fiza pun baru nak try..doakan fiza berjaya ye...



Mencuba Untuk Hamil? 5 Perubahan Besar Yang Perlu Dibuat Pada Diet Anda

Perbaiki diet anda

Perbanyakkan memakan buah-buahan dan sayuran kerana kesuburan berkait rapat dengan pemakanan yang sihat. Makan makanan yang mengandungi lebih kalsium seperti yogurt dan susu. bagi kaum lelaki, amalkan memakan vitamin seperti Vitamin C dan E, Zinc, asid folik penting untuk pengeluaran sperma yang sihat. Kekurangan zat dan vitamin boleh menganggu kedatangan haid dan menyebabkan sukar untuk kita meneka bilakah masa subur.

Ambillah vitamin tambahan

Walaupun mungkin anda merasa yang anda telahpun mempunyai pemakanan yang optimal menerusi diet yang seimbang tapi anda masih juga disarankan untuk mengambil vitamin tambahan, terutama bagi mereka yang mempunyai pekerjaan atau sibuk melayan anak yang lain dirumah. Mengambil vitamin tambahan akan memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meninggikan peluang untuk hamil dan mendapat anak yang sihat.
Pastikan anda cuma mengambil vitamin yang disarankan oleh wanita hamil dan pada dos yang tertentu sahaja kerana memakan vitamin yang terlalu berlebihan mungkin akan memberi kesan sampingan kepada bayi yang sedang membesar. Sebagai contohnya terlalu banyak vitamin A adalah toksik kepada perkembangan janin. Berbincanglah dengan doktor pakar untuk maklumat yang tepat tentang ubat yang sesuai untuk anda.

Makanlah asid folik sekurang-kuranya 4 mg sehari

Vitamin ini telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida dan telah dikaitkan dengan kurangnya risiko untuk mendapat sakit jantung, kanser dan kencing manis. Sekiranya anda mempunyai saudara yang mempunyai kecacatan saraf, anda disarankan mengambil asid folik dalam dos yang lebih tinggi dan hendaklah diambil satu bulan sebelum anda merancang untuk hamil, dan sekiranya anda telah hamil, teruskan memakannya sehinggalah kandungan sekurang-kurangnya 3 bulan.
Pilihlah ubat multivitamin yang mempunyai cukup dos untuk asid folik dan makanlah sayuran yang kaya dengan folik seperti tumbuhan hijau, buah-buahan yang banyak mengandungi jus, bijirin dan roti yang mempunyai folik.

Hindarkan tabiat buruk

Jangan meminum alkohol, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi cafin. Hentikan terus ubat-ubatan herbal atau traditional yang anda makan sekarang dan pastikan anda cuma memakan ubat yang disarankan oleh doktor, yang telah dipastikan selamat untuk mereka yang merancang untuk hamil. Juga, jauhi dari rokok atau mereka yang merokok kerana ia boleh memberi kesan terhadap kandungan anda.

Dapatkan berat badan yang ideal

Mengurangkan sikit berat badan anda (atau menambahkan sikit berat badan sekiranya anda s eorang yang terlalu kurus) sebelum mencuba untuk hamil adalah disarankan sekiranya anda mahukan kandungan yang tidak bermasalah. Terlalu gemuk atau kurus boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil. Lagipun, wanita yang mengalami berat berlebihan mempunyai lebih komplikasi semasa hamil dan mereka yang terlalu kurus pula boleh mendapat bayi yang kecil atau kelahiran pra-matang.
Rancanglah pemakanan yang baik yang mempunyai kurang lemak, yang banyak serat. Amalkan banyak senaman dan cuba untuk kurangkan berat setengah kilogram satu minggu dan jangan terlalu keterlaluan untuk mengurangkan berat badan anda kerana anda mungkin akan kehilangan nutrisi dari badan anda. Sesuatu yang anda patut elakkan semasa mencuba untuk mengandung.

sumber dari: Alam Hamil

Tuesday, July 26, 2011

Suhaila Dedah Rahsia Bersengketa Dengan Jimmy Shanley



PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.
"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.
"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.
Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.
Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.
"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.
“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.
"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.
Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.
Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.
"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.
"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.
"Pukul kerana ingkar" - Jimmy
Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.
Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.
Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.
"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.
Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.
Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.
Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.
"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.
Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.
Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.
Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.
Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.
Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.
sumber dari: mStar

Monday, July 25, 2011

My Hero Oh My Hero....


masa sekolah dulu fiza minat giler kat diorang nie...minat tahap gaban la...bila je kuar gambar diorang kat majalah atau surat khabar mesti fiza gunting dan simpan dalam album...siap ada album tau jangan main...minat punya pasal sanggup buat apa saja..hahaha...tak boleh blah masa muda2 dulu... nak tahu tak sapa hero fiza...aaa...korang pun kenal...maklum la popular...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
kalau tak kenal tak tau la dia dari planet mana...hahaha... habaq mai sapa tak kenai DAVID BECKHAM. 1 dunia kenai dia... dia la hero fiza masa dibangku sekolah dulu...
kalau je dengar ada majalah muka dia nie...fiza terus beli tak fikir pa2 dah...kawan2 fiza masa sekolah dulu tau la, pantang dengar nama Beckham terus terbeliak biji mata...gambar dia penuh dalam bilik fiza...dulu dok gila lekat poster Beckham besar2 kat bilik...hahaha...lawak2 masa ingat tu...


tapi bukan dia je tau fiza minat giler...ada lagi...kali nie Hero Malaya lak...handsome giler... (time fiza sekolah dulu la..) sekarang dah tua.... tapi still handsome lagi bagi fiza... 
tadaaaa....ermm...korang kenal tak sapa nie...
nie la Rostam dari kumpulan SPIDER... lebih dikenali dengan nama TAM SPIDER... OMG!!!! fiza memang minat giler dengan dia...tak tau la sebab pa...minat tahap cipan...hahaha... sampai ada member2 fiza panggil fiza, Tam...punya la minat...fiza sebenarnya nak sangat jumpa dengan Tam nie...sebab tu fiza pergi kerja kat KL...tak sia2 fiza kerja kat KL tau...capai juga impian fiza nak jumpa dengan Tam...walaupun hanya dari bawah pentas...hahaha...janji jumpa...sampai sekarang pun fiza minat dia lagi...cuma rasa lain sebab dia dah kahwin...hahaha...jelez nya...
nie pic masa dia kahwin... tersentap gak bila tau dia nak kahwin...fiza doakan semoga bahagia hingga hujung nyawa...amin...

uish...tetiba je kuar pic nie...sapa nie...
ni kumpulan F4...di anggotai 4 orang anak muda...tapi tu dulu, sekarang dah tua.... kumpulan F4 nie dari Taiwan.. fiza pun minat jugak kat diorang nie...lagu2 diorang pun fiza hafal...hahaha...cuba bayangkan fiza boleh hafal lagu cina ni...tapi sekarang 1 pa pun tak ingat dah...biasa la usia makin lanjut... vcd lagu diorang pun ada lagi kat rumah...lakonan diorang pun best gak...korang pernah tengok tak Meteor Garden.. ala citer yang fofilor dulu...
mesti korang pernah tengok citer ni kan...fiza minat kat diorang lepas tengok citer ni la...siap beli vcd cita ni lagi...hahaha...bila ingat2 balik lawak  jugak...minat kat artis macam tu sekali... korang ada tak minat artis tu macam fiza ni...kalau minat macam nie orang panggil "peminat fanatik"...tapi sekarang kumpulan nie dah gubal...diorang buat haluan masing2...diorang banyak berlakon dari menyanyi... ok la sampai sini dulu..dah lewat malam nie...tata... sape2 suka klik la "like" k...sayang korang...mmmuuuaaahhh!!!!


8 Pencetus Ghairah Suami


tatkala suami seakan tidak bernafsu untuk melakukan hubungan seks, ramai isteri akan menuduh suami punya 'cawangan lain'. hanya sedikit yang memandang bahawa puncanya mungkin adalah dari diri sendiri. tidak mustahil apa yang terjadi ini sebenarnya bukan kerana kehadiran orang ketiga tapi kerana anda lupa untuk menggilap aspek diri yang menjadi pencetus ghairah suami.
kealpaan ini membuatkan lama kelamaan suami mula bosan dan tawar hati untuk mengadakan hubungan seks. jadi sebelum ia berlaku pada diri anda maka perhatikan 8 pencetus ghairah seks suami yang pada diri anda dan gilap lah ia sebelum terlambat.

1. Tubuh Isteri
tak semestinya anda gemuk, anda tiada tarikan. perhatikan mana satu aset dari tubuh anda yang menonjol maka pamerkannya. sebagai contoh anda mungkin punya kulit halus mulus jadi kenakan pakaian yang memaparkan sebahagian besar kulit anda. boleh jadi anda punya payudara yang mantap maka pergunakanlah aset ini sebaiknya.

2. Pakaian dalam yang seksi
sesekali pakailah coli dan seluar dalam yang berenda dengan warna2 lembut dari kain sutera yang lembut. ketika kita teringat akan pakaian seksi yang dipakai, kita pasti akan turut seksi. oleh itu tayangkan sedikit pakaian dalam ini pada suami. contohnya mengenakannya sewaktu suami berada di bilik. secara tak langsung membuat suami teruja.

3. Tubuh yang wangi
salah satu daya tarikan seks adalah aroma wangi dari tubuh sang isteri. oleh itu, pastikan diri sentiasa wangi, segar dan bersih setiap masa. jangan sesekali malas mandi. bagi lebih menggoda, kenalilah bau-bauan yang boleh meningkatkan ghairah pasangan. selain itu kenakan juga aroma yang disukai oleh pasangan anda..

4. Belaian mesra 
lelaki sebenarnya sangat suka jika diri mereka dibelai. belaian itu pada mereka adalah tanda sayang. ketika suami sedang bersantai di kerusi, belailah rambutnya dengan lembut atau urut lembut bahunya. kalau mahu reaksi yang lebih, usapkan bahagian2 yang boleh menaikkan ghairahnya.

5. Bahasa tubuh
anda pasti pernah melihat wanita yang mempunyai lenggok tubuh yang menggoda hingga mampu menarik perhatian lelaki walaupun hakikatnya wajah dan penampilan mereka biasa saja. 
inilah yang membuktikan bahawa daya tarikan seks itu bukan hanya pada mekap dan pakaian tapi juga lenggok atau bahasa tubuh. bahasa tubuh yang baik akan membuat diri kelihatan menarik. misalnya biasakan berjalan dengan tegap dan berkeyakinan.

6. Ketawa
mungkin ramai yang tidak tahu wanita yang mempunyai humur yang tinggi dianggap seksi oleh lelaki? waktu ketawa biasanya pipi kita akan berwarna kemerah-merahan dan nampak lebih menggoda. oleh itu, jangan asyik bermasam muka. buatlah lawak ketika bersama suami ataupun ketawalah ketika dia membuat lawak.

7. Penampilan yang berbeza
rambut yang kusut masai, muka yang berminyak dan juga mulut yang berbau pastinya membuatkan suami langsung hilang selera. kecantikan perlu dijaga dan dirawat. jika kita biasa tampil tanpa mekap di hadapan suami sekali sekala kejutkan dirinya. tak perlu berdandan berlebihan, cukup sekadar mekap yang ringkas, asalkan kita nampak segar.

8. Bilik yang romantik
penampian saja tidak cukup untuk membuatkan diri berasa seksi. suasana persekitaran juga penting. oleh itu mulakanlah kemahiran anda untuk mengubah keadaan bilik tidur agar lebih dilihat romastis. hias bilik dengan warna2 yang sesuai seperti merah jambu, merah hati dan sebagainya.

Sunday, July 24, 2011

Baby Astronaut!!! Anak Sulung Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina


Assalamualaikum...
hai sume...hari nie fiza lambat updated blog sebab kurang sihat...tapi bila je bukak page Abang Nara terus fiza rasa nak updated blog fiza yang tak seberapa nie...kalau korang selalu masuk blog fiza mesti korang dah pernah baca page nie kan...hehehe kalau belum baca lagi apa tunggu lagi baca la k...
Tahniah buat pasangan Sheikh Muszaphar dan Dr.  Harlina kerana selamat melahirkan anak sulung diorang...cute sangat2... Sophea Isabella nama anak mereka. lahir pada 21 Julai 2011 lepas...
comey kan....biasa la..bapak handsome mak pulak cun melecun...kuar la baby astronaut yang super cute nie...hehehe... (bila la giliran aku nie...mesti anak aku pun comey macam mak dia gak...ahaks!!) hahaha... fiza hanya tumpang gembira je la tengok member2 dapat baby comey... suatu hari nanti pun fiza macam diorang gak, cuma cepat dengan lambat je...harap2 cepat la yer...amin.... ok la sampai sini ye...tata...

Saturday, July 23, 2011

Anda Harus Beli Majalah Mingguan Wanita Bil.1444


 Assalamualaikum....
sihat ke....fiza lagi la bertambah2 sihat...hehehe...lebih2 lagi bila lepas beli majalah Mingguan Wanita minggu nie...fuhhh!!!! bertmbah2 la segar...hahaha... fiza nak korang beli la majalah no.1 Malaysia nie...sebab ada  kisah cinta fiza dengan husband fiza....hahaha....rasa macam artis lak... tak sangka lak cepat editor Mingguan Wanita ni siarkan surat fiza nie..terima kasih banyak...
tadaaaaaa......ni la buktinya....huhuhu...malu lak rasanya bila kuar dalam majalah...hehehe...baru 3 minggu lepas fiza pos surat ni, minggu ni dah siar kat majalah... fiza beli majalah nie hari Khamis lepas kat tesco...masa beli tu tak tengok lagi isi dalamnya...dalam kereta baru fiza tengok...sehelai demi sehelai fiza selak muka surat majalah tu bila je sampai kat ruanagn " Dialah Pilihanku " fiza nampak gambar kahwin fiza...menjerit fiza lepas tu...terkejut...terbeliak mata...husband fiza lak lagi la terkejut dengar fiza jerit...hehehe...terus fiza gelak lepas tu tunjuk kat dia...dia pun pelik kenapa gambar kahwin kami ada dalam majalah tu...sebenarnya dia tak tahu fiza hantar kisah percintaan kami kat editor majalah tu...huhuhu...lepas fiza baca habis terus dia kiss pipi fiza...nasib dalam kereta...kalau kat dalam tesco lagi kan malu orang tengok..hehehe... kalau korang nak tahu kenapa husband fiza kiss pipi fiza, korang kena baca sendiri la. tapi kena beli majalah tu dulu...hehehe...sempat lagi buat promosi... ok tata...terima kasih sudi baca blog fiza ni...
KEPADA EDITOR MAJALAH MINGGUAN WANITA, TERIMA KASIH SIARKAN KISAH CINTA "FIEZAIMI".... BANYAK ILMU RUMAH TANGGA BILA FIZA BACA MAJALAH NIE. FIZA HARAP MAJALAH TETAP UNGGUL NO.1 DI MALAYSIA NIE...AMIN....
letak lagi 1 la...hahaha...

Wednesday, July 20, 2011

Fakta Menarik


Monaco merupakan sebuah negara yang mempunyai garing pantai terpendek iaitu hanya sepanjang empat kilometer sahaja. tetapi, purata pendapatan penduduknya adalah antara yang tertinggi di dunia.

bayi yang baru lahir mempunyai 300 tulang tetapi setelah dewasa akan berkurangan menjadi 206 tulang sahaja.

tomato adalah makanan yang paling popular di serata dunia. tak hairanlah apabila sebanyak 60 juta tan tomato dihasilkan dalam masa setahun.

anda gunakan peti sejuk untuk membeku kan makanan?? berlainan bagi warga Eskimo kerana mereka menggunakan peti sejuk untuk menyimpan makanan agar tidak menjadi beku.

baca ayat ini: "THE QUICK BROWN FOX JUMPS OVER THE LAZY DOG"... apa yang dapat anda simpulkan? sebenarnya ayat tersebut menggunakan kesemua huruf dalam abjad. tak percaya?? cubalah anda cari sendiri!!

zaman dahulu di Mesir, penduduknya akan mencukur alis kening apabila ada kucing yang mati, tapi sekarang?? anda fikirlah sendiri!!

anda sangka unta adalah haiwan yang paling lama boleh bertahan tanpa air? anda silap? sebaliknya, kucing boleh hidup lebih lama dari unta tanpa memerlukan air.

kajian mendapati mereka yang tertawa sebanyak 1000 kali sehari akan mendapat manfaat yang sama seperti bersenam selama 10 minit. ini kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan degupan jantung meningkat. tapi  ingat, jangan sampai terlebih ketawa pula. silap haribulan, boleh mengundang maut.


Tuesday, July 19, 2011

Nabi (S.A.W.) Baring Atas Riba Isterinya



Kadang-kadang orang kita silap persepsi dengan menyangka bahawa budaya romantik itu datang dari Barat. Mereka menyangka Islam menganjurkan sikap tegas dalam hubungan lelaki-perempuan, hatta di kalangan suami isteri. Sangkaan begini terbukti silap.
Sebenarnya orang kita masih lagi terbelenggu dengan amalan kebanyakan masyarakat rumpun Melayu yang kadang-kadang malu tak bertempat dan tegas tak kena gaya. Hasilnya mereka tumpul budaya romantis dan kering dalam bercinta.  Yang lebih ganjil lagi, ketika di luar ikatan perkahwinan, mereka bukan main romantik, tetapi bila sudah bernikah, mereka bersikap dingin dan hanya tahu romantik ketika di atas katil.
Sikap ini berbeza dengan sifat romantis Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang sentiasa bergaul dengan isteri dengan penuh mesra dan ceria. Kedudukan Baginda yang begitu tinggi di sisi Allah dan masyarakat tidak menghalang Baginda untuk bersama dengan isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih.
Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;
لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ
Maksudnya;
"Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran" (Sunan Ibni Majah : 626)
Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.
Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik perasaan cinta itu.
Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitu juga, pihak isteri pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan ibunya yang mahu bermanja.
Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan di akhirat.
Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah tangga.
Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah terdahulu.
Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.
Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.
Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.
Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun Al-Ma'bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran berhampiran dengan najis.
sumber dari: iluvislam

Hari Ni Fiza Masak Ketam Lemak Cili Padi


Assalamualaikum....
hai sume sihat ke....korang masak pa ari nie???? fiza masak ketam...hehehe...dah lama fiza teringin nak makan ketam tapi husband fiza kata ketam habis...dia tak sempat nak simpan...huhuhu.... semalam fiza bawak balik 5 ekor ketam. tapi fiza lupa lak nak tanya apa nama jenis ketam nie...sebab besar2...tengok je la sepet ketam tu...kalau tersepit jari, mesti boleh putus. hahaha...punya la besar...
semalam husband fiza suruh masak black paper...tapi fiza rasa ketam sedap masak lemak cili padi je...masak lain nanti manis ketam tak rasa...pada pendapat fiza la...memang kalau kita masak lemak ni manis ketam tu melekat kat kuah...fuhhhh!!!! memang sedap...pedas2 lemak manis... korang nak tahu tak bahan2 nak masak lemak cili padi nie... ok kongsikan kat korang bahan2nya:

KETAM MASAK LEMAK CILI PADI FIEZAIMI
bawang besar- 2 biji
bawang putih- 4-5 biji
halia- 2-3 inci
kunyit hidup- 2 inci
cili padi ikut suka nak pedas letak banyak...
asam keping- 1 keping
santan- 1 biji
serai- 2 batang
daun limau purut
garam dan penambah perisa

cara-cara memasak:
bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup dan cili padi dikisar sampai halus...
kemudian masuk dalam periuk...masak sampai didih..
masukkan asam keping dan titik kan serai, kemudian masukkan dalam periuk...
masukkan santan,daun limau purut, garam dan perisa..
jangan masukkan gula, sebab ketam dah manis...
tunggu hingga didih tapi sambil kacau...kalau tak nanti santan pecah minyak...
dah didih masukkan ketam..tunggu hingga masak...dan kacau lagi...
siap dan hidangkan untuk orang yang tersayang...hehehe...
tengok husband fiza pun tolong 'kacau' hahaha.... i love u sayang...

Johan As’ari (Botak Juvana) Tak Mahu Hanyut Dek Populariti



PETALING JAYA: Dek penangan drama Juvana, pelakon Johan Arrif As’ari (Johan As’ari) yang popular dengan gelaran Botak dalam drama bersiri itu semakin dihambat dengan populariti.
Bagaimanapun, pemuda berusia 25 tahun ini tidak mahu dirinya hanyut dengan sambutan luar biasa penonton yang menggemari siri budak sekolah jahat yang baru sahaja melabuhkan tirainya di TV3 pada Isnin.
“Saya sangat menghargai dan bersyukur dengan sokongan peminat kerana mereka mengenali saya berdasarkan bakat yang ada.
“Soal populariti bukan di tangan saya tetapi di sebalik orang yang menyokong saya selama ini. Saya masih menjadi diri saya dan akan terus maju ke depan serta berusaha menjadi lebih baik pada masa akan datang,” katanya yang dalam masa sama berharap tidak lupa diri.
Episod akhir yang baru berlalu menunjukkan Botak dipenjarakan disebabkan menganiaya rakan-rakannya dan berkomplot dengan Encik Raja (pengetua) di Sekolah Wira Bakti dalam kes pecah amanah.
Tetapi akhirnya Botak insaf dengan perlakuan jahatnya selepas dipenjarakan. Sepuluh tahun selepas itu, Botak yang menyertai sukan tinju peringkat Asia telah memenangi pingat emas dalam acara itu.
Sebalik kejayaan yang disandarkan daripada peminatnya, Johan yang sedang menangguhkan pengajiannya dalam bidang Kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) ini tidak kekok untuk melayan karenah peminat yang datang daripada pelbagai latar belakang.
“Sepanjang saya menyertai promosi drama “Juvana” di Karnival Jom Heboh, ada peminat yang sanggup datang selama dua hari berturut-turut dari awal pagi hingga malam dan menghadiahkan pelbagai jenis hadiah menarik.
“Saya juga rasa terharu dengan penerimaan peminat dari luar negara yang menonton “Juvana” dari Internet. Ada juga yang menjadikan drama ini sebagai kajian dalam pengajian mereka,” ceritanya yang suka berceloteh.
Menurutnya yang mula berlakon dalam drama “Penunggu Gunung Raya”, hubungannya dengan peminat tidak mungkin akan terputus selepas berakhirnya drama itu sebaliknya mereka yang merindui Botak boleh menontonnya dalam telefilem Kesuma Jiwa terbitan RTM pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
Para peminat juga boleh mengikuti akaun Twitter Johan iaitu @JohanAsari atau melayari laman sosial Facebook Johan Arrif Asari.
Menyentuh sedikit tentang gosip cintanya dengan pelakon Juvana, Izreen Azminda, dia bagaimanapun menepis secara berhemah dengan mengatakan mereka sekadar berkawan baik.
"Kami mudah serasi disebabkan masing-masing berasal dari Utara kerana kampung nenek saya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang manakala Izreen dari Perlis.
"Jadi, kami senang berkomunikasi apabila berhubung atau bertemu. Tetapi sekarang, kami sudah jarang bertemu kerana sibuk dengan komitmen masing-masing," ujarnya yang tinggal di Ampang dan pernah bersekolah di Pondok Pesantren As-Syuhada, Jambi, Indonesia.
Bagaimanapun pengajiannya hanya bertahan lebih setahun dan berjaya menghafaz lebih satu juzuk dalam al-Quran.

( handsome gak mamat botak nie )
sumber dari: mStar