Klik Jangan Tak Klik

Monday, July 18, 2011

Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung


pendek, panjang, lurus, kerinting....tidak kiralah apa pun jenis atau potongan rambut anda, rutin penjagaan dan perawatan yang sempurna sememangnya perlu. bagaimana pun, bagi yang bertudung, penjagaan rambut memerlukan perawatan eksta. ini kerana keadaan rambut yang tertutup oleh tudung dalam jangka masa yang lama mempngaruhi kesihatan rambut itu sendiri.
ingin tahu apakah perawatan ekstra rambut yang dimaksudkan? berikut 8 tip penjagaan rambut yang mudah diikuti khusus bagi si hawa yang bertudung macam fiza....

1. Curi teratur
pastikan anda mencuci rambut secara teratur iaitu selang dua atau tiga kali sehari. anda disarankan menggunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut yang dimiliki. paling tidak, pilihlah syampu lembut yang sesuai digunakan setiap hari. selepas rambut dicuci, pastikan rambut dikeringkan sebaik mungkin sebelum mengenakan tudung. pemakaian tudung semasa rambut masih basah atau lembap bukan sahaja menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik, bahkan boleh mengakibatkan masalah pening kepala.

2. Rawatan 'creambath'
lakukan rawatan crembath seminggu sekali sebagai langkah membekalkan nutrisi untuk rambut dan pada masa yang sama memastikan kulit kepala kekal sihat. seperti juga syampu, pilihlah krim yang sesuai dengan rambut.

3. Masker rambut seminggu sekali
berikan rawatan masker rambut seminggu sekali untuk menjaga kesihatan dan kekuatan akar rambut. cara penggunaan masker rambut dengan betul ialah sapukannya pada seluruh rambut selepas ia dicuci bersih. biarkan masker tersebut selama lebih kurang 15 minit dan kemudian bilas kembali dengan air bersih.

4. Kekalkan keharuman
pelihara lah keharuman rambut anda dengan ramuan rempah ratus. memakai tudung menyebabkan rambut tertutup menyebabkan rambut tertutup dan menimbulkan bau yang tidak enak kerana faktor kelembapannya. oleh itu, rawatlah ia dengan ramuan rempah ratus sebulan sekali agar keharumannya kekal terjaga.

5. Makan sayur
amalan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C adalah baik. ini kerana ia membantu pertumbuhan semula sel-sel rambut yang baru dan memelihara kesihatan kulit kepala.

6. Pilih material kain kapas
untuk menjaga kesihatan rambut, pilihlah tudung daripada meterial kapas yang baik pengaliran udaranya agar kulit kepala mampu bernafas.

7. Pastikan warna sesuai
pemilihan warna tudung yang sesuai dengan waktu anda melakukan sebarang aktiviti turut membantu tahap kesihatan rambut. sebagai contoh, pakai lah tudung berwarna putih atau terang pada siang hari. elakkan warna hitam kerana ia akan menyerap haba daripada sinaran matahari.

8. Elak tudung yang tebal
elakkan juga pemakaian tudung yang berlapis-lapis ketika sedang beriadah. pastikan tudung yang dikenakan tidak lebih daripada empat lapis. semakin tebal tudung yang dipakai, semakin sukar kulit kepala untuk bernafas.

No comments:

Post a Comment