Klik Jangan Tak Klik

Wednesday, December 21, 2011

Gambar Perkahwinan Erni Dekritawati (Anak Sosilawati) Dan Kamarulazlan Mohamad Hanafiah


Erni Dekritawati Yuliana Buhari, atau Rita yang kini menjadi Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd. Dan kini, anak sulung Sosilawati telahpun melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya Kamarulazlan Mohamad Hanafiah.
Kamarulazlan merupakan Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Tahniah diucapkan kepada kepada Rita dan suami. Jom tengok gambar2 di sekitar persandingan Rita yang diambil dari blog kechiksempoi
ni majlis nikah..


sumber dari: Kechik Sempoi

Tuesday, December 20, 2011

Ariff Alfian Rosli, Dilaporkan Hilang Di Dublin Dan Kini Didapati Berkahwin Dengan Teman Lelakinya, Jonathan


Terkejut fiza mendengar berita kehilangan seorang pelajar Malaysia di Dublin.  Pelajar yang bernama Ariff Alfian Rosli ini merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas dan tidak dapat dihubungi oleh keluarga mereka selama 3 tahun. Menurut ayah Ariff Alfian Roslin, Rosli Haron, dia dan isteri telah 8 kali pergi ke Dublin untuk mencari anaknya. Dan hari ini misteri kehilangan Ariff telah terbongkar apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Dublin.

Nampaknya apa yang ditakuti oleh ayah Ariff iaitu anaknya terlibat dengan pergaulan bebas menjadi kenyataan. Ini sangat mengecewakan dan pastinya memberikan impak kuat kepada ibu dan ayah Ariff. Untuk makluman, pihak Petronas telah pun menyaman ayah Ariff selaku penjamin pertama dengan menuntut kembali wang pengajian RM890,000 yang telah dilaburkan kepada Ariff.
Sama-sama kita doakan agar Ariff Alfian Rosli menyedari yang ramai rakyat Malaysia mengetahui berita perkahwinan sejenisnya dan mahukan dia kembali ke pangkal jalan. Kepada keluarga Ariff, fiza harapkan anda bersabar dengan dugaan hebat ini. Harap-harap semuanya akan kembali seperti biasa. Amin.


Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat – Ariff Alfian

KUALA LUMPUR – Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.
Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.
“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.
Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.
“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.
Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.
Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.
Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.
Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.
“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.
Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.
sumber dari: Abang Nara dan mynewshub

Monday, December 19, 2011

Tahukah Anda Part 5 !!!!!


orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. ia memberi penanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marhall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali.

Peta tertua yang diketahi sekarang ini disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM.

untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. kira-kira 30 ribu ekor  monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan sainstis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenal pasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.

 orang pertama menjejakkan kaki di benua Amarika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. dia melakukannya pada 7 Febuari 1821. namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktirafan semasa hayatnya kerana kejayaannya itu diketahui umum pada tahun 1955 apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.

Dr. James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr. James Barry, seorang lelaki. jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka, tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. jangan membazirkan tugas otot muka anda.

asap rokok dikenal pasti penyebab utama sakit jantung. asap rokok ini akan mempercepatkan pembekuan darah, menggalakkan pemendapan lemak pada dinding jantung dan mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

kita sebenarnya melihat dengan otak. mata hanya merupakan kamera yang mengirim data ke otak. 1/4 bahagian dari otak digunakan untuk menatur gerak kerja mata.

ketika kapal Titanic karam, 2,228 orang berada di dalamnya. hanya 706 orang yang terselamat.

drama pertama yang pernah dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 sebelum masihi iaitu lebih 5,000 tahun lalu. skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkeologi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.

setengah haiwan dapat meramal bencana alam. obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ia berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih dalam ke dasar laut.

Friday, December 16, 2011

Tip Cinta Untuk Merapatkan Hubungan Suami Isteri


Pasangan suami isteri masing-masing perlu berusaha menghiburkan hati pasangannya. Keharmonian rumahtangga amat penting untuk hubungan baik suami isteri disamping memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada anak-anak.
 Ibn Abbas pernah berkata: “Sesungguhnya aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana ia berhias untukku. Aku pun suka meminta agar ia memenuhi hakku yang wajib dia tunaikan untukku, sehingga aku pun memenuhi haknya yang wajib aku tunaikan untuknya.”  
Kata-katanya lagi;  “Para isteri berhak merasakan suasana persahabatan dan pergaulan yang baik dari suami mereka, sebagaimana mereka pun berkewajiban untuk melakukan ketaatan dalam hal yang memang diwajibkan atas mereka terhadap suami mereka.”
Untuk merapatkan hubungan suami isteri, kedua-dua pasangan ini perlulah berkerjasama untuk menghiburkan hati masing-masing. Tidak boleh hanya salah seorang saja yang berusaha sebaliknya yang seorang lain hanya ingin dilayan dengan sempurna tanpa berbuat apa-apa. Di bawah ini disenaraikan tip-tip yang patut diamalkan bersama:
  1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja asing-masing.
  2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
  3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
  4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti ‘I love you‘ sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
  5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
  6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
  7. Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
  8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
  9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.
  10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
  11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
  12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
  13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
  14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
  15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras \menyara keluarga.
  16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
  17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
  18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
  19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. kalau ada tips2 yang lain boleh kita berkongsi lagi.                   sumber dari: WanWMA

Kehangatan Asmara Selepas Bertengkar


sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. begitulah lumrah dalam kehidupan berumah tangga. keharmonian rumah tangga yang bahagia sekalipun ada kalanya dilanda saat duka. bertengkar biasanya adalah antara perkara yang sering kali memberi kesan negatif dalam keharmonian rumah tangga. lantaran itu, ada yang bermasam muka, tidak berkomunikasi dan berpaling alah malah ada juga yang tidur berasingan. 
namun demikian, didalam satu kajian mendapati sisa pergaduhan juga boleh menambah keghairahan dalam hubungan suami isteri.  malah kebanyakan pakar bersetuju dengan fakta 'bercinta' di ranjang selepas perbalahan adalah perkara biasa bagi sesetengah pasangan untuk menyelesaikan konflik yang melanda dalam perhubungan.
bukan itu sahaja, ada juga pasangan suami isteri yang menyifat hubungan seksual selepas pergaduhan adalah sesuatu yang sihat. sisa kemarahan dilihat mampu menyemarakkan lagi kehangatan saat beraksi. sebaliknya, ada juga mendapati kemarahan tidak berperanan dalam mencetuskan hubungan suami isteri yang lebih sensual di bilik tidur. 
hakikatnya terdapat kepelbagaian dalam hubungan intim di dalam setiap hubungan. ianya bergantung pada apa yang membuat pasangan tersebut selesa dan berkesan dalam menjalinkan hubungan suami isteri. oleh itu, saat anda dilanda api kemarahan dengan si isteri, mungkin beberapa langkah berikut dijadikan agenda untuk menghangatkan lagi 'aksi' di kamar tidur.

TERJEMAH KEMARAHAN KEPADA KEGHAIRAHAN
sebenarnya kemarahan boleh diterjehkan kepada keghairahan dalam hubungan intim. bagi sesetengah pasangan, memendam sifat agresif samalah dengan rasa kurang puas dengan aksi 'bercinta' di mana ia perlu dileraikan dengan lebih kerap dan mendalam. justeru, mengapa tidak menggunakan sifat agresif yang terpendam yang datang daripada kemarahan itu saat beraksi di ranjang?
saat si isteri enggan disentuh lantaran rasa marah yang terpendam, biarkan si isteri meluahkan kemarahannya terlebih dahulu. sekiranya dia sudah puas dan henti berkata-kata, mengapa tidak mengambil langkah dengan memberikan kucup mesra dan hangat. wanita yang sedang marah juga sebenarnya sedang bernafsu. justeru, jangan biarkan marahnya terus padam kerana saki-baki kemarahn itulah yang akan menghangatkan aksi 'bercinta' malam itu.

TUNJUKKAN SIFAT DOMINASI LELAKI
lihat pada punca pertelingkahan dan cuba kuasai situasi hubungan dan cuba kuasai situasi hubungan intin. bangkitkan kemarahan dengan mengadaikan pertrlingkahan berpunca dari si isteri. di sinilah kaum Adam memainkan peranan untuk menunjukkan sifat dominan dan kelelakian dalam hubungan intim. tunjukkan pada si isteri bahawa si suamilah yang 'berkuaa' di bilik tidur hingga si isteri mengakui kehebatannya sambil meminta maaf di atas pertelingkahan yang berlaku.

PUJUK RAYU BANGKITKAN GHAIRAH
sekiranya pertelingkahan berpunca dari si suami, pujuklah si isteri dengan kata-kata yang membuatkan si dia rasa dihargai dan diingini. sambil memohon maaf, selitkan kata pujukan yang mendorong rasa ghairahnya dengan memberikan bayangan aksi 'bercinta' yang hebat yang akan diberikan pada malam itu demi mendapatkan hatinya semula.

HUBUNGAN INTIM BUKAN ESKAPISME
menjadikan hubungan intim sebagai penyelesaian dalam pertelingkahan bukanlah cara terbaik untuk memperbaiki hubungan yang tegang. bagaimanapun ai boleh memberi kesan yang positif dalam komunikasi di luar kamar tidur. pasangan yang mengurangkan ketegangan dengan melakukan 'aksi' bercinta yang hebat di ranjang selalunya dapat berkomunikasi dengan lebih baik selepas itu. selepas hubungan intim berlangsung, perbincangan mengenai perlingkahan menjadi dengan lebih tenang dan jelas. malah 'aksi' hebat malam sebelummya boleh membuatkan si dia jadi lebih romantik.

Thursday, December 15, 2011

Suprise Party Birthday Ibu Mertua Ku


Assalamualaikum...selamat tengah hari sume...korang dah makan ke?? fiza baru lepas makan tadi sambil tengok MasterChef  Malaysia ulangan tadi. sebab hari selasa malam fiza tak tengok Master Chef  fiza tengok Cinta Elysa...hehehe...
semalam, abang ipar dengan family dia datang rumah mak mertua fiza ni. saja datang nak tengok mak sebab dah lama diorang tak balik kampung...rupa-rupa nya diorang anak beranak nak buat kejutan kat mak.. 12.12.2011 hari lahir mak yang ke-57...tapi abang long silap, dia suruh orang jual kek tu tulis 58 tahun...hahaha...jom tengok gambar2 kejutan tu di bawah nie....
masa nie dalam bilik...tengah hidup api kat lilin kek untuk mak...mak dengan abang long ada kat meja makan..
ni lak amin anak abang long yang sulung...bawak kuar kek dari bilik terus ke meja makan...masa nie mak terkejut sangat2...
tudung saji pon nak enterprem...hahaha...tak sempat nak alihkan...hentam sajalah...
mak dengan kek hari jadinya...
cucu-cucu mak suapkan kek untuk nenek diorang
nina bagi hadiah kat nenek dia...
kak ani pun bagi hadiah kat mak...

best sangat2 semalam, nampak mak gembira... tak lekang senyuman dari mulut dia...
FIZA DENGAN ZAIMI MENGUCAPKAN...
SELAMAT HARI LAHIR MAK YANG KE-57...
SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI...AMIN...

Wednesday, December 14, 2011

Jom Senam Bersama Lisa Surihani



comey sungguh ...awek sapa la nie....bertuah Abang Yusri kita kan... kepada semua lelaki-lelaki di luar sana jangan mengharap lagi k...gambar awek di atas kepunyaan Yusri KRU...hahaha... tak sabar nak tunggu diorang nak pelamin...mesti sama cantik sama padan...bagai pinang dibelah dua...

sumber dari: FB Lisa Surihani