Klik Jangan Tak Klik

Monday, December 19, 2011

Tahukah Anda Part 5 !!!!!


orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. ia memberi penanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marhall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali.

Peta tertua yang diketahi sekarang ini disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM.

untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. kira-kira 30 ribu ekor  monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan sainstis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenal pasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.

 orang pertama menjejakkan kaki di benua Amarika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. dia melakukannya pada 7 Febuari 1821. namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktirafan semasa hayatnya kerana kejayaannya itu diketahui umum pada tahun 1955 apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.

Dr. James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr. James Barry, seorang lelaki. jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka, tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. jangan membazirkan tugas otot muka anda.

asap rokok dikenal pasti penyebab utama sakit jantung. asap rokok ini akan mempercepatkan pembekuan darah, menggalakkan pemendapan lemak pada dinding jantung dan mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

kita sebenarnya melihat dengan otak. mata hanya merupakan kamera yang mengirim data ke otak. 1/4 bahagian dari otak digunakan untuk menatur gerak kerja mata.

ketika kapal Titanic karam, 2,228 orang berada di dalamnya. hanya 706 orang yang terselamat.

drama pertama yang pernah dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 sebelum masihi iaitu lebih 5,000 tahun lalu. skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkeologi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.

setengah haiwan dapat meramal bencana alam. obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ia berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih dalam ke dasar laut.

No comments:

Post a Comment