Klik Jangan Tak Klik

Friday, December 16, 2011

Kehangatan Asmara Selepas Bertengkar


sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. begitulah lumrah dalam kehidupan berumah tangga. keharmonian rumah tangga yang bahagia sekalipun ada kalanya dilanda saat duka. bertengkar biasanya adalah antara perkara yang sering kali memberi kesan negatif dalam keharmonian rumah tangga. lantaran itu, ada yang bermasam muka, tidak berkomunikasi dan berpaling alah malah ada juga yang tidur berasingan. 
namun demikian, didalam satu kajian mendapati sisa pergaduhan juga boleh menambah keghairahan dalam hubungan suami isteri.  malah kebanyakan pakar bersetuju dengan fakta 'bercinta' di ranjang selepas perbalahan adalah perkara biasa bagi sesetengah pasangan untuk menyelesaikan konflik yang melanda dalam perhubungan.
bukan itu sahaja, ada juga pasangan suami isteri yang menyifat hubungan seksual selepas pergaduhan adalah sesuatu yang sihat. sisa kemarahan dilihat mampu menyemarakkan lagi kehangatan saat beraksi. sebaliknya, ada juga mendapati kemarahan tidak berperanan dalam mencetuskan hubungan suami isteri yang lebih sensual di bilik tidur. 
hakikatnya terdapat kepelbagaian dalam hubungan intim di dalam setiap hubungan. ianya bergantung pada apa yang membuat pasangan tersebut selesa dan berkesan dalam menjalinkan hubungan suami isteri. oleh itu, saat anda dilanda api kemarahan dengan si isteri, mungkin beberapa langkah berikut dijadikan agenda untuk menghangatkan lagi 'aksi' di kamar tidur.

TERJEMAH KEMARAHAN KEPADA KEGHAIRAHAN
sebenarnya kemarahan boleh diterjehkan kepada keghairahan dalam hubungan intim. bagi sesetengah pasangan, memendam sifat agresif samalah dengan rasa kurang puas dengan aksi 'bercinta' di mana ia perlu dileraikan dengan lebih kerap dan mendalam. justeru, mengapa tidak menggunakan sifat agresif yang terpendam yang datang daripada kemarahan itu saat beraksi di ranjang?
saat si isteri enggan disentuh lantaran rasa marah yang terpendam, biarkan si isteri meluahkan kemarahannya terlebih dahulu. sekiranya dia sudah puas dan henti berkata-kata, mengapa tidak mengambil langkah dengan memberikan kucup mesra dan hangat. wanita yang sedang marah juga sebenarnya sedang bernafsu. justeru, jangan biarkan marahnya terus padam kerana saki-baki kemarahn itulah yang akan menghangatkan aksi 'bercinta' malam itu.

TUNJUKKAN SIFAT DOMINASI LELAKI
lihat pada punca pertelingkahan dan cuba kuasai situasi hubungan dan cuba kuasai situasi hubungan intin. bangkitkan kemarahan dengan mengadaikan pertrlingkahan berpunca dari si isteri. di sinilah kaum Adam memainkan peranan untuk menunjukkan sifat dominan dan kelelakian dalam hubungan intim. tunjukkan pada si isteri bahawa si suamilah yang 'berkuaa' di bilik tidur hingga si isteri mengakui kehebatannya sambil meminta maaf di atas pertelingkahan yang berlaku.

PUJUK RAYU BANGKITKAN GHAIRAH
sekiranya pertelingkahan berpunca dari si suami, pujuklah si isteri dengan kata-kata yang membuatkan si dia rasa dihargai dan diingini. sambil memohon maaf, selitkan kata pujukan yang mendorong rasa ghairahnya dengan memberikan bayangan aksi 'bercinta' yang hebat yang akan diberikan pada malam itu demi mendapatkan hatinya semula.

HUBUNGAN INTIM BUKAN ESKAPISME
menjadikan hubungan intim sebagai penyelesaian dalam pertelingkahan bukanlah cara terbaik untuk memperbaiki hubungan yang tegang. bagaimanapun ai boleh memberi kesan yang positif dalam komunikasi di luar kamar tidur. pasangan yang mengurangkan ketegangan dengan melakukan 'aksi' bercinta yang hebat di ranjang selalunya dapat berkomunikasi dengan lebih baik selepas itu. selepas hubungan intim berlangsung, perbincangan mengenai perlingkahan menjadi dengan lebih tenang dan jelas. malah 'aksi' hebat malam sebelummya boleh membuatkan si dia jadi lebih romantik.

No comments:

Post a Comment