jika menyebut soal perhatian, kasih sayang, cinta dan segalanya yang berkait dengan perasaan, pasti ia begitu berkait rapat dengan naluri manusia lebih2 lagi kaum Hawa. namun, hati lelaki juga tidak terkecuali daripada merasai jiwa sentimental ini biarpun mereka kelihatan gagah dan berjiwa kental.
sama seperti wanita, lelaki juga dahagakan belaian dan perhatian daripada insan yang disayanginya. ramai kaum wanita yang telah bergelar isteri dan ibu seolah2 lupa kepada suaminya kerana kesibukan mengususkan keluarga dan kerjaya. ini menyebabkan golongan Adam ini mula terasa disisihkan dan akhirnya mula mencari perhatian di luar.
dalam hal ini, wanita haruslah sedar bahawa sang suami juga sama seperti anda. mereka juga mahu dimanja dan diberikan perhatian oleh anda sebagai isteri mahupun kekasihnya. apabila setiap pasangan berjaya memenuhi keinginanmasing2, maka hubungan akan terjalin lebih mesra dan bahagia. terdapat pelbagai perkara yang boleh anda berikan buat jejaka kesayangan anda. antaranya:
1. CIUMAN MESRA
usah menunggu si dia sahaja menghadiahkan ciuman kepada anda. tidak salah jika anda memulakannya dahulu. berikan ciuman mesra ketika si dia sedang menonton televisyen mahupun ketika anda berdua ingin tidur. suami pasti akan menyukainya kerana dia tahu anda juga menghargai kehadirannya di sisi anda.
ciuman digunakan untuk mengekspresikan rasa sayang, cinta dan bangkitkan hasrat pasangan. jika setelah berkucupan, si dia inginkan 'sesi' berikutnya, maka sambutlah keinginannya itu dengan memberi respons yang baik. namun, pastikan anak2 anda telah lena dibuai mimpi agar tidak mengganggu detik istimewa tersebut.
2. MENGGODA SI DIA
bilakah kali terakhir anda tampil seksi dan menggoda di hadapan suami anda?? usia perkahwinan yang semakin meningkat menyebabkan suasana romantik ketika di awal perkahwinan mulai suram. anda mungkin terlupa bahawa si dia begitu mengharap perhatian dan layanan hebat daripada anda. menggoda tidak bermakna anda hanya perlu berpakaian seksi atau beraksi ghairah di depan si dia, sebaliknya cukuplah sekadar memberi respons kala anda duduk berdua bersamanya.
bayangkan seolah2 anda dan pasangan baru sahaja dilamun cinta, lentukkan kepala dibahunya dan pegang kan tangannya. luahkan bahawa anda benar2 mencintai dan menghargai dirinya. kata2 ikhlas anda pasti membuatkan dirinya terasa begitu beruntung memiliki anda. godaan ringan ini memberikan satu makna yang cukup mendalam buatnya.
3. BERIKAN KEJUTAN
mungkin kita sudah terbiasa melihat lelaki memberikan sejambak bunga dan hadiah istimewa kepada wanita kesayangannya. tetapi, usah lagi menunggu hanya si dia memberikan kejutan buat diri anda. tunjukkan kasih sayang anda dengan tempah tempat percutian menarik buat anda berdua.
hadiah tidak perlu mahal atau berciri mewah, cukuplah sekadar mampu memberikan pengertian buat dirinya. tidak salah jika anda ingin menghadiahkan sejambak bunga berserta sekeping kad ucapan kepadanya. hantarkan ke pejabatnya secara mengejut dan ketika si dia pulang ke rumah, sambut dengan hidangan istimewa di meja makan. pasti di dia akan sentiasa mengingati saat bahagia tersebut.
4. WAKTU BERSAMA
seperti wanita, lelaki juga suka jika si isteri atau kekasihnya sanggup ikut serta dengan aktiviti kesukaannya. jika si dia gemar menyaksikan perlawanan bola sepak, gunakan peluang ini dengan membeli tiket bagi menonton pasukan kegemarannya beraksi. luangkan waktu anda bersamanya dengan mengikuti semua aktiviti kegemarannya. si dia pasti berbangga dengan anda.
selain itu, sekali sekala tinggalkan anak2 di rumah dan berikan peluang untuk anda berdua menghabiskan waktu seharian bersama. gunakan masa ini dengan menonton wayang mahupun berkunjung ke lokasi2 yang pernah menjadi saksi percintaan anda berdua. selain itu, anda boleh menempah sebuah makan malam penuh romantik di restoran ekslusif. tidak salah jika sesekali anda mengeluarkan sedikit bajet untuk meraikan suami tercinta.
No comments:
Post a Comment