di dalam rumah tangga, perintah yang harus ditaati oleh seorang isteri adalah perintah suaminya...begitu juga larangan yang harus ditaati oleh isteri adalah larangan suaminya selama perintah dan larangan itu tidak menyalahi ajaran islam...
sekiranya perintah atau larangan suami itu dijalankan atau tidak dihiraukan oleh isteri, maka Rasulullah menegaskan bahawa isteri semacam itu bersamaan dengan mengabaikan ketentuan Allah. mengapa demikian?? ini kerana Allah telah memberikan kedudukan kepada suami sedemikian rupa dan menggariskan ketentuan bahawa mentaati perintah dan larangan suami bererti mentaati syariat Allah. bila mana isteri tidak mentaati suaminya, maka sama halnya dia mengabaikan perintah Allah untuk mentaati suaminya.
sabda Rasulullah S.A.W yang menegaskan bahawa: " tidaklah seorang perempuan menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya," namun begitu bukan bererti bahawa kedudukan suami sedarjat dengan tuhan. hadis ini menerangkan bahawa jika hak suami untuk ditaati isterinya sesuai dengan ketentuan Allah itu dilanggar oleh isterinya, maka ini bererti sama dengan isteri melanggar perintah Allah sendiri.
perintah dan larangan yang dikeluarkan oleh suami kepada isterinya tentulah perintah dan larangan yang berkaitan dengan urusan rumah tangga, bukan bertalian dengan akidah atau ibadah. sebab dalam urusan ini, suami tidak sewenang-wenangnya boleh berbuat demikian walau sedikit pun.
ini kerana suami telah diberikan kedudukan istimewa di dalam rumah tangga, bererti suami mempunyai hak atas diri isterinya untuk mendapat ketaatan sepenuhnya. oleh kerana itu, kalau si isteri menentang perintah suaminya, padahal perintah itu tidak bertentangan dengan syariat islam, maka bererti isteri mengabaikan hak suami.
pengabaian isteri terhadap perintah suami merupakan kederhakaan isteri terhadap suaminya. begitu juga pengabaian terhadap larangan suami, juga bererti pengabaian terhadap haknya, dengan demikian, isteri dikatakan derhaka terhadap suaminya bila mana perintah dan larangan diabaikan.
biasanya isteri melawan suami di sebab kan oleh:
1. isteri berasal dari golongan yang lebih kaya atau lebih berada dari suami,
2. isteri merasakan dia lebih pandai dan lebih bijak kerana pendidikan si isteri lebih tinggi dari suami.
3. isteri merasa dia boleh hidup tanpa suami.
4. isteri terpengaruh dengan kawan-kawan.
5. isteri lebih suka kepada kemewahan dan hiburan.
6. isteri tergoda dengan godaan hawa nafsu.
7. isteri tergoda dengan godaan syaitan dan iblis.
bagi para suami yang mempunyai isteri yang menentang perintah atau larangannya, bagai manakah usaha yang harus dilakukan bagi menghadapi perilaku isterinya itu? secara berperingkat usaha yang boleh dilakukannya antara lain ialah:
1. menasihati dengan memperhatikan latar belakang perilaku isterinya.
2. meminta bantuan ulama atau ustaz untuk menasihatinya.
3. mengurungnya di kamar.
4. memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan.
5. memulangkan sementara ke rumah orang tuanya.
6. jika suami merasa tidak lagi dapat membina rumah tangga dengan isteri semacam itu, maka ia dapat melakukan talak sekali, jika kemudian isterinya mahu bertaubat dan memperbaiki perilakunya itu, maka suami boleh merujuknya kembali.
DOA DAN AMALAN:
membaca surah Al-Ikhlas tiga kali sebelum tidur. ini kerana surah ini dinamakan surah Al-Ikhslas ertinya 'bersih' sesiapa yang membacanya dan mengamalkan dengan hati yang ikhlas maka ia akan dilepaskan dari kesusahan dunia, dimudahkan ketika hendak meninggal, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kedahsyatan hari kiamat.
No comments:
Post a Comment