KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dalam kejadian tanah runtuh, hari ini. Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi. - Foto Yazit Razali
May 21, 2011 5:27 pm
Seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa:Polis
Oleh Nora Mahpar
2011/05/21
KAJANG: Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.
Katanya, seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20
pelajar dan empat warden."Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian," katanya
ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau juga berkata, dua mangsa yang maut masing-masing berumur 11 dan 14
tahun.
Sementara itu, Tun Hisan meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian
supaya menjauhkan diri mereka kerana bimbang tanah runtuh berlaku lagi.
Tragedi tanah runtuh: MB Selangor kerah misi bantuan segera
2011/05/21
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.
Ini dinyatakan Khalid dalam laman Twitternya, sebentar tadi.
KAJANG: Dua kanak-kanak yatim piatu terkorban ekoran tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang, Sabtu.
Empat penjaga kanak-kanak tersebut masih belum ditemui.
Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.
Laporan awal menyebut rumah anak yatim tersebut didiami kira-kira 30 penghuni.
Difahamkan kesemua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu ketika bencana alam itu berlaku.
sumber dari: http://mstar.com.my/
No comments:
Post a Comment