mak dengan abah fiza restu tau...hehehe...
atas nama cinta yang membara maka ada pasangan yang sanggup mengetepikan perkara paling utama dalam sesebuah perhubungan iaitu restu orang tua. bila pilihan pasangan tidak disukai dan hubungan dibantah, mereka bertindak berkahwin lari kerana mahu tetap bersatu dengan cinta hati mereka.
namun meskipun dapat hidup bersama sering kali kedengaran hubungan yang sebegini tidak akan memperoleh bahagia. ada saja dugaan dan derita yang merintangi rumah tangga. semuanya berbalik kepada satu perkara iaitu restu orang tua.
cinta tanpa restu ibu bapa sememangnya akan membuat kehidupan pasangan jadi sukar. hanya mereka yang tabah dan sabar saja dapat melepasi halangan ini. namun buat mereka yang sedang berhadapan dengan cabaran ini jangan pula melakukan perkara yang sama. masih ada cara untuk anda meraih restu ibu bapa. berikut adalah perkara yang boleh anda usahakan:
1. Buktikan bahawa pilihan tetap
apabila ibu bapa menyatakan bantahan terhadap teman hidup atau bakal pasangan anda janganlah terus mempertikai kan bantahan mereka dengan cara yang kasar, marah2 atau merajuk.
cubalah untuk berbincang masalah ini dengan suasana yang tenang dan penuh kekeluargaan. berusaha lah untuk menjernihkan suasana yang keruh. mungkin selama ini mereka salah faham atau salah mengerti sikap pasangan hidup anda. berfikirlah dengan terbuka dan yakinlah bahawa perasaan anda pada pasangan anda tepat. tunjukkan juga bukti bahawa pilihan anda tepat dengan cara memberikan peluang ibu bapa mengenali menantu mereka. selain itu anda sendiri pandai2 lah menonjolkan kebaikan si dia pilihan hati anda.
2. Tunjukkan keteguhan cinta
ada ibu bapa yang enggan merestui niat suci si anak mendirikan rumah tangga kerana bimbang mereka akan mengabaikan orang tuanya kelak. selain itu ibu bapa juga mungkin menentang kerana cemburu terhadap pasangan hidup yang anda pilih. cemburu kerana kasih sayang anda bakal dilebihkan kepada dirinya berbanding mereka sebagai orang tua.
oleh itu cubalah untuk memberi pemahaman kepada ibu bapa anda sebaik mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. katakan kepada walaupun setelah berkahwin anda mempunyai keutamaan lain dalam hidup namun tanggungjawab dan juga kasih sayang pada ibu bapa tidak sesekali diabaikan. yakinkan mereka bahawa anda akan memperoleh kebahagiaan yang tidak ternilai sekiranya mereka menyayangi pasangan hidup anda seperti mereka menyayangi diri anda.
3. nyatakan pada masa yang sesuai
jangan sesekali menyatakan rancangan besar anda pada masa yang salah. antaranya ketika keadaan keluarga sedang bergolak. begitu juga ketika keluarga dalam kemurungan. jawapan yang diterima mungkin sesuatu yang tidak menyenangkan anda. sebaliknya pilihan masa yang sesuai untuk mengumumkannya. sebagai contoh ketika hati kedua orang tua anda sedang gembira meraikan sesuatu. ingatlah keputusan yang tetap dan menyenangkan boleh anda peroleh bila anda berada di masa dan situasi yang tepat.
4. Usahakan untuk lebih mengenali
sebagai anak anda sudah tentu dapat membaca reaksi 'tidak suka' dari wajah ataupun perlakuan ibu bapa anda. oleh itu sebaik singnal seperti itu dapat anda tangkap dan baca buatlah sesuatu. paling baik adalah dengan cara mendekatkan mereka dan pasangan anda. ajak dirinya ketemu dengan orang tua lebih kerap agar mereka dapat saling mengelani lebih dekat. dekat kan mereka sebelum ibu bapa membentuk persepsi mereka terhadap pasangan anda. ini kerana apabila persepsi serong yang sudah terbentuk lebih sukar untuk anda mengubahnya.
5. Saling memberi sokongan
apa pun yang terjadi berpegang teguhlah pada komitmen anda berdua. anda berdua memang perlu mendengar pendapat orang lain, tetapi pada akhirnya keputusan tetap di tangan anda kerana andalah yang akan menjalani kehidupan bersama.
komitmen anda, rasa saling menghormati, serta komunikasi akan membantu anda dalam mengatasi persoalan dalam keluarga. jangan terbelenggu dengan tekanan perasaan atau stres sehingga mampu menggoyahkan hubungan anda berdua.
PUNCA TIDAK DIRESTUI
terdapat pelbagai alasan mengapa ibu bapa tidak merestui penyatuan anak dan pasangan hidup pilihan mereka. ada kalanya alasan tersebut munasabah dan ada juga alasan yang langsung tak bleh diterima atau masuk akal. antaranya seperti bakal suami atau isteri berasal dari negeri yang jauh, latar belakang pendidikan tidak setaraf, usia yang lebih muda atau terlalu tua dan sebagainya.
TIP AMBIL HATI
jangan hanya berharap pada suami atau isteri saja untuk meraih restu orang tua, diri sendiri perlu turut beruhasa. antara yang boleh dilakukan adalah:-
Tonjolkan kelebihan
Berikan hadiah
5. Saling memberi sokongan
apa pun yang terjadi berpegang teguhlah pada komitmen anda berdua. anda berdua memang perlu mendengar pendapat orang lain, tetapi pada akhirnya keputusan tetap di tangan anda kerana andalah yang akan menjalani kehidupan bersama.
komitmen anda, rasa saling menghormati, serta komunikasi akan membantu anda dalam mengatasi persoalan dalam keluarga. jangan terbelenggu dengan tekanan perasaan atau stres sehingga mampu menggoyahkan hubungan anda berdua.
PUNCA TIDAK DIRESTUI
terdapat pelbagai alasan mengapa ibu bapa tidak merestui penyatuan anak dan pasangan hidup pilihan mereka. ada kalanya alasan tersebut munasabah dan ada juga alasan yang langsung tak bleh diterima atau masuk akal. antaranya seperti bakal suami atau isteri berasal dari negeri yang jauh, latar belakang pendidikan tidak setaraf, usia yang lebih muda atau terlalu tua dan sebagainya.
TIP AMBIL HATI
jangan hanya berharap pada suami atau isteri saja untuk meraih restu orang tua, diri sendiri perlu turut beruhasa. antara yang boleh dilakukan adalah:-
Tonjolkan kelebihan
- meskipun diri tidak disenangi mertua, namun jangan menyimpan dendam dan rasa benci terhadap mereka. terus bersabar dan berusaha mengambil hati mereka. hormati pendirian mereka tapi selain itu tonjolkan kelebihan yang anda miliki, mana tahu hati mertua cair dengan masakan anda yang enak atau penampilan anda yang cantik jelita.
- hormati orang tua dan bersikap sopan dengan mereka walau dalam apa jua keadaan. ringan mulut bertanya khabar, menyapa, bersalaman setiap kali bertemu dengan mereka. jangan sesekali meninggikan suara tatkala berbicara dengan mereka atau mempamerkan wajah yang masam di hadapan mereka.
Berikan hadiah
- tiap kali berkunjung ke rumah orang tua jangan pula berlenggang kangkung, bawa hadiah atau buah tangan. boleh jadi makanan kegemaran ataupun pakaian untuk mereka. tak salah melabur wang untuk menambat hati mereka, berbaloi..... jika tidak berani berdepan dengan mereka, apa kata kirimkan saja hadiah tersebut sama ada melalui adik-beradik ataupun khidmat pos pada hari istemewa mereka, contoh ulang tahun perkahwinan mertua, hari malahan hari raya pun boleh.
No comments:
Post a Comment