Klik Jangan Tak Klik

Saturday, February 26, 2011

Untuk Wanita Yang Baru Kahwin Macam Fiza...


Di sebalik tubuh yang tegap lagi sasa, lelaki sebenarnya mempunyai kekuatan mereka 
tersendiri. biar tidak akan diakui secara terus terang oleh kaum ni tapi hakikatnya
berikut adalah antara 10 kekuatan yang dirasai oleh setiap lelaki tak kecuali suami anda sendiri...

10 Perkara ditakuti suami....

1. Kerjaya isteri lebih hebat
suami akan merasa rendah diri dan tidak berharga sekiranya 
pendapatan yg diperolehi kurang daripada isteri. bab pencarian nafkah
selalunya dikendalikan oleh suami begitu juga mahupun anak2, keduanya di bawah
tanggungan suami tapi bagaimana pula jika pendapatannya kurang daripada isteri???
biarpun si suami itu menpunyai perkerjaan baik tapi kalau wang
yang dibawanya ke rumah kurang dari wang yang dibawa oleh isteri,
kemungkinan dia akan berasa rendah diri. dia tidak akan berasa begitu berharga
sebagaimana lelaki lain yang punya pendapatan yang tinggi...

2. Kehilangan keyakinan diri
lelaki pada dasarnya takut sekali jika berasa tidak mampu atau tidak dapat
menguasai sesuatu keadaan. sebagai contoh suami tidak lagi mampu
mencukupkan keperluan ekonomi keluarga.
ini adalah aspek yang cukup menakut kan lelaki kerana dirinya
tidak mampu lagi menyediakan apa yang seharusnya disediakan
dan dituntut oleh keluarga.
ketakutan ini berpunca kerana persepsi lelaki yang harus perlu
memenuhi segala tugas atau tuntutan yang diserahkan kepadanya.
ketidakmampuan memenuhi tuntutan ini disamakan dengan kelemahan 
dan lelaki cukup takut dicap sebagai lemah.

3. Hilang perkejaan
lelaki selalunya mengalami kesukaran memisahkan dirinya dari karier
ataupun pekerjaannya. kehilangan pekerjaan bagi lelaki adalah seperti kehilangan
diri. lelaki bukan hanya berasa tidak lagi bekerja, tapi juga merasa kehilangan harga dirinya sendiri.
situasi ini menyebabkan dia kadang kala tidak tahu apa yang harus dilakukan
dengan dirinya. begitu dekatnya pekerjaan dengan diri lelaki jadi 
sebab itulah ramai suami sanggup berada di pejabatnya sehingga lewat malam
semata2 untuk menghabiskan kerjanya.

4. Dikatakan tidak bagus
memang suatu pukulan yang cukup kuat bagi seorang lelaki jika isterinya berkata
bahawa hasil pekerjaannya kurang memuaskan. kritikan daripada seorang isteri akan membuatkan 
dirinya susah hati dan berasa gagal menjadi suami.
sampai satu tahap, suami berasa tidak lagi dicintai isteri dan tidak diterima oleh
anak2nya. kritikan isteri terhadap hasil kerja suami memberi impak yang cukup besar buat dirinya.

5. Nafsu seks menurun
hampir semua suami akan berasa takut bila mengalami situasi ghairah seksual menurun.
mereka bimbang tidak mampu lagi memberi nafkah batin pada isterinya.
jika itu terjadi, maka lelaki akan menganggap dunianya sudah kiamat.
lelaki merasakan tanpa ada ghairah seks kehidupan rumah tangga seakan tiada maknanya.
hidupnya terasa kosong selain itu akan timbul pula kerisauan dan 
ketakutan ditinggalkan oleh pasangannya.

6. Menemani isteri bersalin
biar secara luaran nampak kuat dan gagah namun ada lagi sebahagian lelaki yang 
berasa takut untuk mendampingi isteri yang bakal melahirkan bayi.
mereka takut untuk melihat darah yang banyak dan juga proses kelahiran seorang bayi.
meskipun anaknya sendiri. justeru berbagai alasan yang akan diberi oleh sang suami 
tatkala isteri meminta ditemani di bilik bersalin sewaktu bakal melahirkan
cahaya mata mereka. antara alasannya adalah takut pitam melihat darah, 
tak sampai hati melihat isteri menerang kesakitan ataupun mahu melayan 
ibu dan ayah yang menunggu di luar bilik bersalin.

7. Meminta maaf terlebih dahulu
sejak kecik lelaki diberi peranan sebagai peranan pelindung, pemimpin dan pemegang
tanggungjawab.dalam peranan2 yang bersifat meminpin itu seseorang lelaki 
harus mempertahankan kewajipannya.
akibat terlalu menjaga peranan itu, timbul satu masalah dalam menyatakan dirinya salah. 
jika seseorang lelaki mengakui kesalahannya mereka bimbang kewajipannya 
sebagai ketua rumahtangga akan dipertikaikan, lagi satu mereka juga takut
untuk mengakui kesalahannya kerana bimbang dianggap takut kepada isteri.

8. Periksa kesuburan
baik lelaki bujang ataupun sudah berkahwin mereka memang takut 
melakukan pemeriksaan kesuburan. tapi bila sudah berkahwin keengganan 
melakukannya semakin besar. sebabnya lelaki selalu menganggap dirinya perkasa dan subur.
sekiranya isterinya masih belum hamil setelah berapa tahun berkahwin maka ramai lelaki
akan mengatakan bahawa pasangannyalah yang tidak subur. akan tetapi bila diajak 
untuk melakukan pemeriksaan kesuburan spermanya, kebanyakan lelaki menolak.
sedangkan bagi memastikan kesuburan, baik suami ataupun isteri harus menjalani pemeriksaan.

9. Menceritakan masa lampau
terutama sekali berkaitan dengan masalah percintaannya yang tidak kesampaian.
mereka tidak mahu menceritakan kesalahan yang pernah dia lakukan. seberapa kerap dia menyakiti
hati pasangan dan sebagainya. seperti wanita, lelaki juga punya perasan 
trauma terhadap kegagalan sebuah perhubungan.

10. Penolakan
kebanyakan lelaki merasa wanita bersikap terlalu kritikal pada mereka. 
akibatnya mereka takut jika bersifap terbuka, pasangan akan mentertawakannya. 
sekiranya menaruh minat terhadap seseorang wanita sesekali mereka akan berfikir 
banyak kali untuk meluahkan isi hatinya. itu pun setelah ambil kira respons2 dari wanita itu sendiri.

No comments:

Post a Comment