Klik Jangan Tak Klik

Saturday, April 30, 2011

Pelik! Ubi Berbentuk Manusia


Ubi aneh berbentuk tubuh manusia,ditemukan Zheng Dexun,seorang petani berasal dari china Langzhong.Penemuan 'luar biasa' itu tentu saja menarik perhatian umum.Ubi tanaman 'nyleneh' yang berada diantara ubi (bit) hasil tanaman Zheng itu berdiameter 62 cm
Uniknya,di bahagian 'kepala' ubi terdapat mata dan hidung yang menonjol.Sebagaimana bentuk tubuh manusia,ubi tersebut juga dilengkapi dengan lengan,kaki serta sedikit bergelombang mirip dada manusia.

Ini bukan pertama kalinya seorang petani mencabut ubi berbentuk aneh dalam kebun mereka.Pada Desember 2008,ubi yang mirip dengan temuan Zheng juga pernah menggegarkan kota Shandong China. Malah, ubi yang ditemukan dalam tahun sebelumnya itu 'berpasangan'.

Ubi bit yang ditemukan sebelumnya, terdiri dari dua bentuk tubuh manusia.Yang satu menyerupai perempuan dengan bentuk'dada' di bahagian atasnya,sedangkan satunya lagi didefinisikan sebagai lelaki kerana tampak maskulin dengan anggota tubuh yang menonjol dan menggantung di bahagian bawah.

Temuan unik ini, menarik minat salah seorang penduduk dan membelinya dengan 600 yuan.Dia lantas mendirikan sebuah tempat khusus di rumahnya untuk menarik minat pengunjung.(suci/awc)

Friday, April 29, 2011

Gambar Perkahwinan Diraja Putera William Dan Kate Middleton


meh kita layan gambar2 nie....baju Kate Middleton cantik sangat....

sumber dari Beautiful nara

LIMA LANGKAWI 2011...Fiza Teringin Nak Tengok!!!!



LIMA LANGKAWI 2011...akan berlangsung 6 DIS - 9 DIS 2010... kat LANGKAWI la kat mana lagi kan...hehehe...fiza sebenarnya memang teringin sangat nak tengok jet2 perjuang nie dari dekat...niat di hati tu macam nak p...husband fiza pun teringin gak nak p...tapi 1 jer la masalahnya...LANGKAWI nie kalau ada yang menyebabkan pelancong datang ramai2...hotel dan barang2 kat LANGKAWI naik 3 ke 4 kali ganda mahalnya...fuhhh!!! lari bajet macam nie...huh!!!! macamana nak p...kawan fiza yang dok Langkawi pun pernah cakap, hotel akan naik harga kalau ada event macam nie...dia tau la sebab dia kerja kat hotel...sabar je la... kalau tak pergi bila lagi kan nak p...sementara berdua nie senang nak berjalan kat mana2 pun...kalau dah bertiga susah skit nak jalan2 nanti...harap2 bertiga nanti tahun depan la...hehehe...AMIN... jom kita layan gambar2 LIMA LANGKAWI 2007 fiza copy dari http://www.tolanic.com...

Wajah Misteri Di Pokok Akasia ( Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah )


Gempar di kedah khusus nya bagi penduduk dikampung gunung dipinggir taman rekreasi gunung keriang kedah.Ini disebabkan terdapat jelmaan wajah mirip seorang wanita pada sebatang pokok akasia di taman itu.

Menurut seorang penduduk disitu 3 malam berturut turut penduduk sekitar mendakwa mendengar tangisan seorang perempuan dari pokok akasia ini.Tidak lama selepas itu satu lagi peristiwa misteri berlaku.pada batang pokok ini. Seorang kanak kanak melihat bentuk manusia dari paras kepala hingga kepinggang dengan mirip wajah seorang wanita berambut pamjang mengurai.Ia didakwa mula kelihatan pada khamis lepas.Penemuan misteri ini menarik perhatian orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat wajah  manusia tersebut.Namun ada pula didakwa melakukan pemujaan di perdu pokok untuk niat tertentu.
seram fiza tengok...

p/s: mak fiza call malam tadi semata2 nak citer hal nie...fiza dah tengok kat berita tv9,tapi fiza tak la berminat sangat...nak tau mak fiza dah pergi tengok pokok nie...siap mms gambar pokok nie kat fiza...hahaha...hebat sungguh penangan wajah mesteri ni..

Thursday, April 28, 2011

Nazril Idrus & Sazzy Falak Dapat Sepasang Cahaya Mata...TAHNIAH!!!!


Tahniah! fiza ucapkan buat Sazzy Falak dan suaminya, Nash kerana mereka menerima 2 orang cahaya mata kembar perempuan. Sazzy Falak melahirkan bayi kembarnya itu hari ini .Bayi kembar yang diberi nama Iman Lilly & Tiara Rose itu dilahirkan pukul 8.25 pagi tadi di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur. Unik kan nama baby diorang.  Berita gembira itu diumumkan Nash menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.

Hari ni juga merupakan birthday Nash, nampaknya dengan kehadiran 2 cahaya mata itu adalah present yang paling bermakna buat Nash sendiri. Lepas ni sambut birthday anak kembar Sazzy Falak sekali dengan bapanya. They will always remember the birthday of their father."Selamat Ulangtahun yang ke 37"

sumber dari Limau Ais

Mentor 5: Salma Dan Mentornya Erra Fazira Sukar Dikalahkan




Menghiburkan dan berkualiti! Itulah kesimpulan yang boleh dibuat untuk konsert minggu ini. Ketiga-tiga protege dari Kumpulan B - Aiman, Iqa dan Salma telah berjaya menghiburkan hadirin dengan persembahan masing-masing.

Aiman membuka tirai konsert malam itu dengan lagu 'Noktah Cinta', disusuli Salma yang mendendangkan 'Penasaran dan Kopi Dangut'. Iqa muncul selepas itu dengan lagu 'Ganas' yang digabung-jalinkan dengan lagu popular Lady Gaga 'Bad Romance'.

Seterusnya, Aiman kembali ke pentas bersama Roy menyanyikan lagu 'Ratnaku' dan Salma menggamatkan Auditorium MBSA ketika bergandingan dengan Azlan The Typewriter menerusi lagu 'Jeritan Batinku'. Iqa tampil selepas itu dengan duet istimewanya melalui video bersama Allahyarham Sudirman dengan lagu 'Merisik Khabar'.

Turut ditampilkan dalam konsert itu ialah segmen protege yang menampilkan Shakir Aiman bersama ibunya, Nora yang pernah popular dengan lagu 'Di Persimpangan Dilema'. Mereka telah menyampaikan lagu 'Terlanjur Bercinta’.

Segmen lagu bonus untuk konsert itu membariskan lagu-lagu hits Anuar Zain yang disampaikan oleh ketiga-tiga protege secara medley. Anuar Zain turut tampil ke pentas di penghujung segmen tersebut untuk memberi sedikit nasihat kepada semua protege.

Dari pengamatan GUA, Aiman telah menyampaikan kedua-dua buah lagu dengan baik. Penguasaan vokalnya semakin mantap dan Aiman telah berjaya ‘hit’ kesemua ‘notes’ dalam persembahannya. Persembahan kedua ternyata menghiburkan dengan kehadiran Roy di mana mereka telah ‘ad-lib’ dengan gaya ‘soul’ dan ‘funk’. Ia boleh dianggap satu percubaan yang berani bagi pendatang baru seperti Aiman kerana artis jemputannya bukan calang-calang pengalamannya.

Menurut Juri Profesional Dato' Ramli MS dan Juri Profesional Jemputan, Noraniza Idris (Kak Ani), Aiman masih jauh dari tahap penghibur. Dato’ Ramli juga telah memberi komen yang agak mengelirukan mengenai asas vokal Aiman. Menurutnya, terlalu banyak ‘flat’ di dalam nyanyian Aiman, namun ‘warna tone’ Aiman menggambarkan yang Aiman mempunyai potensi untuk maju. Mentor Aiman, Rahim Maarof juga keliru dengan komen ini di mana dia hanya mampu tersenyum dan berkata “we will keep on going, as what we have done previously”.

Iqa, protege kepada Edry turut menghiburkan dalam konsert ini. Persembahan pertama menunjukkan kebolehan Iqa untuk menari sambil menyanyi di samping melontarkan vokal tanpa sumbang. Namun, harus diakui persembahan keduanya begitu menarik. Nyata gimik untuk persembahan duetnya meninggalkan kesan pada penonton yang rata-rata merasa kagum dengan kreativiti pasukan Edry dan Iqa.

Kedua-dua Juri Profesional hanya memberi komen yang Iqa telah menyampaikan persembahan dengan baik. Dato’ Ramli juga sempat menyampaikan rasa kagumnya pada kebolehan pasukan Edry & Iqa dalam persembahan duet Iqa. Video yang telah diubahsuai oleh KRU sememangnya mengagumkan dan ini diakui oleh semua pihak.

Ternyata, minggu ini masih milik Salma. Dengan kelantangan vokalnya, Salma berjaya menyampaikan nyanyiannya dengan baik dan ini diakui oleh Juri Profesional. Salma tampak selesa ketika persembahan pertamanya dan tidak tenggelam ketika digandingkan dengan Azlan The Typewriter. Semua orang mengetahui kekuatan Lan dalam lontaran vokalnya namun Salma tidak hilang punca, malah mampu untuk berduet dengan baik.

Dato’ Ramli dengan tenang berkata “Saya jarang memuji penyanyi but you’re very good!”. Kak Ani juga memberi pujian yang tinggi dengan mengatakan itu adalah vokal yang terbaik dalam penglibatan 26 tahun Kak Ani di dalam bidang seni. Pilihan lagu yang tepat dan persembahan yang mengagumkan.

Untuk pemarkahan dari Juri Awam, Dato’ Ramli telah meminta agar Juri Awam memberi markah terlebih dahulu. Mungkin Dato’ Ramli tidak mahu Juri Awam terpengaruh dengan komen dari Juri Profesional. Melalui Juri Awam, Aiman telah memungut 15 dari Juri Awam manakala Iqa 19 dan Salma 19.

Setelah dicampur dengan markah dari Juri Professional dan Undi SMS, Salma sekali lagi dinobatkan sebagai Johan Mingguan. Mata yang diperoleh untuk Salma untuk konsert minggu ini ialah 80, Iqa mendapat 63 markah dan Aiman terpaksa akur dengan 49. Dengan ini, Salma terus unggul di hadapan dengan 237 markah, diikuti oleh Iqa dengan 174 mata dan Aiman terus tertinggal jauh dengan 140 markah.

Setelah berakhir konsert ini, GUA dapat merumuskan yang Salma sudah bersedia untuk bergelar penyanyi dan penghibur. Salma mungkin tidak memerlukan program Mentor sebagai platform untuk dia maju ke bidang seni kerana “she is in a league on her own”, namun penglibatannya dalam program itu akan sedikit sebanyak memberikan publisiti kepadanya.

Komen dari Juri Profesional menyokong kenyataan ini. Jelas, Salma akan melangkah ke peringkat akhir dan mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan Mentor musim ke-5 ini sudah “game over”. Ia seumpama mengatakan yang Salma pasti akan menjadi juara dan pencarian musim ini hanya tinggal untuk mengetahui siapakah yang akan mendapat tempat ke-2 dan seterusnya.

Rumusan terlalu awal? Mungkin. Tetapi prestasi semasa menampakkan ‘trend’ sebegini. Apapun, syabas kepada Salma dan Erra Fazira. Erra telah menemui sebuah bakat yang ‘extra-ordinary’ dan perkembangan ini sangat baik untuk keseimbungan muzik tempatan.

sumber dari Gua.com

Tuesday, April 26, 2011

Costum Album Perkahwinan FieZaimi Dari DZ | Studio




kalau nak tengok lebih banyak lagi hasil kerja diorang klik di bawah
dan jangan lupa LIKE sekali k... terima kasih DZ | Studio costum nie memang cantik bangat!!!