Klik Jangan Tak Klik

Sunday, June 26, 2011

Teknik Spontan Menggoda Suami Isteri (Suami Isteri Sahaja Ok!!)



(yang dah kahwin je tau baca yang belum kahwin jangan gedik nak baca atau buat kat BF korang)

Bila kita dah lama kahwin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Di bawah ini ada sedikit tips yang saya perolehi dari salah satu googlegroup saya. Harap-harap anda akan berjaya.
1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda ganggu itu, ok ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.
2. Kenyit-kenyit
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tentu menggembirakan hati anda.
3. Ops, maaf terpegang
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.
4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’.
5. Tersentuh tangan
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.
6. Urut mengurut
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.
7. Usik melalui telefon
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik, tetapi perlulah kena gaya dan waktunya agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.
8. Suapkan makanan
Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.
9. Betul-betulkan rambut
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemudian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.
10. Jalan macam itik pulang petang
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.
11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun, tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.
12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….
13. Jeling-jeling
Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakitkan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.
14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…
15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.
16. Hembusan lembut pada telinga
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.
17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.
18. Sembur wangian pada bilik
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.
19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.
20. Bisikkan kata romantik pada telinganya
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.
Selamat berumahtangga

sumber dari: Rahsia Suami Isteri

Saturday, June 25, 2011

Wanita Perlu Gunakan Jari (Bukan 18SX Tau)



Anda keseorangan?? Atau berteman?? Di dalam tandas?? Bilik persalinan?? Di bilik HOTEL ?? Anda perlu untuk tahu tentang ini.. Berguna untuk anda.. Merasa selamat untuk bebas bergerak tanpa risau atau ragu-ragu berpikir ada ke orang sedang perhati segala perlakuan anda..
Berhati-hatilah, khususnya buat kaum wanita bahawa anda mungkin sedang dilihat dan diperhatikan ketika menggunakan cermin yang tergantung di tandas awam, bilik hotel, mahupun di bilik persalinan pakaian.. Macam mane tu? Teruskan bacaan..
Terfikir tak? Dan apa perasaan anda jika ketika anda sedang menukar pakaian, ada seseorang yang lain khusuk memerhatikan anda disebelah cermin sana! Tambah haru-biru lagi jika gambar anda dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia..Wah..gawat!
Oleh itu, kita perlu pastikan cermin yang digunakan tu adalah cermin biasa ataupun cermin 2 arah.
Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan dan cermin 2 arah adalah jenis cermin yang orang disebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka.
Bagaimana kita ingin bezakan? Mari lihat foto dibawah ini.
 Ini KACA DUA HALA. Apabila anda letakan jari, hujung kuku anda nampak bertemu dan tiada ruang antaranya, maka, AWAS, ANDA SEDANG DIPERHATIKAN

Ini pula adalah cermin yang sebenar. Apabila anda letakkan jari anda seperti dalam gambar, hujung kuku anda akan kelihatan seperti masih ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walau ditekan kuat.

uish!!!... baru fiza tau... takut juga kan kalau ada cermin macam ni kat hotel ke... kat tandas ke... mintak simpang la... hehehe... fiza amik info nie kat sini... macam2 lagi info korang baca la sendiri k... tata...


'Imam Muda 2' : Nazrul & Hassan Mara Ke Final


Imam Muda Hassan (kanan) dan Nazrul layak ke peringkat akhir program Imam Muda musim kedua.


KUALA LUMPUR: Dua peserta program Imam Muda musim kedua, Nazrul Izwan Zolkiflee (Nazrul), 26, dan Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (Hassan), 26, berjaya mara ke peringkat akhir program tersebut pada 1 Julai ini.
Imam Muda 2 peringkat akhir akan disiarkan secara langsung dari Dewan Muktamar, Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, di sini pukul 9 malam.
Sementara itu, tiga peserta iaitu Mohd Fakhrurrazi Hussin (Fakhrul), 27, Ammar Wan Harun (Amar), 27, dan Mohd Azlan Zulkarnain (Azlan), 25, tersingkir di minggu kesembilan pada Jumaat.
Menurut mudir (pengetua) Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz, pemilihan Nazrul dan Hassan atas kerja keras dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang program ini berlangsung.
“Mereka mempunyai kelebihan ilmu dan latar belakang agama yang menunjukkan mereka sentiasa berada di kemuncak sepanjang tiga bulan ini.
“Mereka juga mudah menerima arahan tidak mengira waktu dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas serta cabaran yang diberikan,” kata Hassan yang lebih mesra disapa ustaz ini.
Selain itu, kedua-duanya mempunyai kebolehan tambahan seperti pandai berlagu dan penuh irama apabila diuji membacakan ayat-ayat al-Quran dalam peperiksaan yang diberikan.
Pada peringkat akhir ini, mereka akan diberikan tugasan praktikal pulang ke kampung masing-masing dan mengendalikan projek sendiri yang mendatangkan manfaat kepada semua pihak.
Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, kedua-dua finalis itu akan melakukan perancangan idea dengan bantuan lapan peserta Imam Muda yang telah tersingkir.
“Mereka akan mencari dana sendiri untuk melakukan projek ini dan melihat sama ada komuniti membantu atau tidak. Jika mendapat sambutan, maknanya projek mereka berjaya.
“Kita juga akan meletakkan ‘wayang pacak’ di kedua-dua kampung finalis ini untuk menyaksikan lintas langsung peringkat akhir Imam Muda,” ujar Izelan.
Sementara itu, finalis Nazrul seakan-akan tidak percaya dengan kejayaannya melangkah ke peringkat akhir.
“Saya terima dengan reda dan yakin segala-galanya mempunyai hikmah. Saya akan pikul tanggungjawab ini sebaik mungkin.
“Sepanjang sembilan minggu, program ini banyak mengajar saya tentang kepentingan memiliki ilmu dan perlu sentiasa menambah ilmu sampai bila-bila,” ujarnya yang bakal pulang ke kampungnya di Felda Moakil, Labis, Johor.
Dalam pada itu, seorang lagi finalis Hassan sedikit fobia sebelum pengumuman itu dilakukan kerana dia pernah tersingkir dalam program Akademi Al-Quran musim keempat.
“Saya takut tersingkir lagi. Bagaimanapun perasaan tersebut bertukar menjadi terkejut dan ajaib apabila diumumkan saya layak ke peringkat akhir. Saya terus terbayangkan wajah mak dan arwah ayah serta menganggap ia seperti hadiah buat mereka.
“Apabila sampai ke peringkat ini, saya rasa sangat bersyukur dan akan berjuang sehabis baik,” katanya yang berasal dari Kampung Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak.
Dia yang kehilangan bapa sewaktu usia tujuh tahun itu bercadang untuk melakukan gotong-royong membersihkan kubur arwah bapanya.
Juara akan menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Naib juara bakal memenangi biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.

sumber dari: sini

Orang Johor Menang Maharaja Lawak (Tahniah Sepah)




melompat fiza lepas dengar bila AC Mizal sebut nama kumpulan Sepah juara Maharaja Lawak 2011..... sampai husband fiza kata kat fiza balik macam dia yang menang .....hahaha .....nak wat macamana excited lebih..... fiza menang minat diorang dari rancangan Raja Lawak lagi..... hehehe..... 
lawak2 diorang pun tiap2 minggu best, tak ada yang tak best...... lepas tu lawak diorang ada kemelayuannya...... lawak orang datang meminang...... lawak orang tua tengah rewang...... lawak sakit nak beranak...... lawak berkhatan...... yang paling fiza suka lawak manisnya kurma ini...... hahaha pecah perut dibuatnya......
hari nie kedua2 persembahan Sepah memang best, persembahan ke-2 Dafi AF5 datang...... tiap2 minggu si Shuib selalu sebut2 nama Dafi...... haaa kali nie datang terus siap berpeluk dengan Shuib...... lawak time tu,  mungkin juga rezeki anak Shuib dengan Siti Sarah...... 
fiza ada undi gak untuk malam ni...... sebelum nie fiza tak pernah undi pun...... tapi masa Sepah final Raja Lawak dulu pun fiza ada undi...... malam nie lak undi untuk Maharaja Lawak...... rasa berbaloi kalau undi orang tu menang...... fiza undi pun tak la banyak sangat malam ni habis rm 3 je...... hehehe ok la sampai sini je fiza nak tido dah tata......



Tahniah Sepah!!!!!!
Peace Yoooooo!!!!!!!


Sepah Juara Maharaja Lawak, Kongsi RM350,000

SHAH ALAM: Selepas 13 minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak berjaya menjadi milik kumpulan Sepah apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat
Kemenangan Sepah yang terdiri daripada Mamat, Shuib dan Jep melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala Nabil mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.

Bagaimanapun, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.
Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 50 peratus undian penonton di rumah dan juga juri yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham serta Saiful Apek.
Sementara itu mengulas kemenangan mereka Sepah berkata, mereka turut berhadapan dengan masalah mencari idea setiap kali membuat persembahan.
Bagaimanapun sikap yang sentiasa mahu berbincang bersama-sama adalah antara formula kejayaan kumpulan itu.
“Idea kami tersangkut juga tetapi syukurlah dengan bantuan Dia (Allah), kami dapat mengeluarkan idea yang baik,” kata mereka.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna & Prima, Nizam Sani.
Pertandingan Maharaja Lawak bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) sejak 1 April lalu.
sumber dari: sini

Friday, June 24, 2011

Fiza Suka Sangat Dengan Pasangan Nie!!!!


haaaa.... korang mesti nak tau kan sapa pasangan yang fiza suka sangat tu.... fiza rasa bukan fiza sorang je suka pasangan nie.... mesti ramai lagi yang suka dan minat pasangan suami isteri nie.... sama cantik sama padan.... bagai pinang dibelah 2.... hehehe.... si suami handsome si isteri lak punya la cantik.... cute miut lagi so sweet.... hehehe.... korang dapat agak tak sapa pasangan yang fiza citer sekarang nie.... sapa lagi kalau bukan pasangan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan isterinya Datin Dr. Halina.... comel giler pasangan ni kan.... hehehe.... pasangan ni kahwin tanggal 10 Oktober 2010 (101010) nombor yang senang ingat.... hehehe....
 
pic nie masa bertunang 1 January 2010 (010110)

 pic nie majlis akad nikah diorang 10 Oktober 2010 (101010)

pic pre-wedding diorang wow!! tema kayangan

pic sanding diorang cantik sangat2

sekarang Datin Dr Harlina tengah sarat mengandung dan dijangka bersalin bulan depan.... ceria je muka Datuk Dr. Sheikh Muszaphar maklumla.... nak jadi bapa tak lama lagi.... hehehe baca di bawah fiza copy kat sini....

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Tak Sabar Timang Anak



Menunggu kelahiran anak sulungnya yang dijangka akan lahir pada bulan hadapan, angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mengakui sangat teruja dan tidak sabar.
Sudah menghias sebuah bilik khas buat anaknya, Sheikh Muszaphar dan isteri bagaimanapun enggan membuat imbasan jantina anaknya kerana mahu ia menjadi kejutan untuk mereka berdua sewaktu anak itu lahir nanti. 
"Saya mahu anak lelaki dan isteri mahu anak perempuan, jadi kami ambil keputusan untuk menjadikan jantina anak ini sebagai kejutan pada kami bila dia lahir nanti.
"Memang tak sabar nak lihat bayi ini lahir, dan kami sendiri dah buat beberapa persiapan untuknya termasuklah menghias sebuah bilik khas untuk dia nanti. Dari segi pakaian, isteri yang banyak membeli belah, dan ada juga kami beli secara online sahaja.
"Saya memang sukakan kanak-kanak, kalau boleh saya mahu berkahwin awal untuk dapat cepat dapat anak, tapi ketika itu saya terikat dengan kontrak bersama kerajaan yang tidak membenarkan saya berkahwin dalam jangka masa dua tahun.
"Alhamdulillah, selepas berkahwin saya cepat dianugerahkan anak, jadi saya tidak sabar lagi untuk melihat anak saya sendiri.
"Saya juga bersyukur isteri saya tidak mengalami sebarang alahan yang teruk dan tidak mengidam perkara-perkara yang pelik. Sepanjang dia mengandung, Alhamdulillah, perjalanannya nampak mudah dan senang,"luahnya.
Bercerita tentang anak, jelas Sheikh Muszaphar dia tidak meletakkan satu-satu bidang khusus untuk anaknya nanti, malah sebagai bapa, dia sentiasa menyokong apa sahaja yang diminati anaknya itu.



"Saya akan menyokong apa sahaja yang diminatinya, tidak kisah jika dia mahu menjadi doktor, dan sekiranya dia mahu menjadi angkasawan juga saya tidak keberatan,"jelasnya yang masih tidak mahu memikirkan tentang pelajaran anaknya terlebih dahulu.
Bagi Datin Dr. Halina pula, dia bersyukur apabila dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk, sebagai ibu, Dr Halina sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kandungannya.
"Sepanjang mengandung, saya banyak membaca buku tentang otak bayi dan berinya mendengar ayat-ayat Al Quran dan muzik yang abik untuk minda bayi,"jelas Dr.Halina yang akan menghabiskan tempoh berpantang di Lembah kelang sahaja.


Thursday, June 23, 2011

Wanita Mudah Maafkan Suami



Dalam meneliti perjalanan hidup kita sering diuji dengan pelbagai cabaran dan ini tidak terkecuali dalam menjalin dan mengukuhkan sesebuah perhubungan atau ikatan kasih sayang antara lelaki dan wanita, khususnya bagi pasangan suami isteri.
Apabila pasangan melakukan kecurangan dalam suatu hubungan, ia seolah-olah menaruh tuba dalam minuman apatah lagi selepas segala kepercayaan dan harapan tinggi diletakkan kepadanya. Jika ini yang terjadi adakah seseorang itu boleh memaafkan pasangannya?
Ketua Unit, Guaman Syarie Universiti Teknologi Mara (Uitm), Prof Madya Noor Awang Hamat, berkata berdasarkan pengalaman sebagai peguam syarie tidak dinafikan dalam kebanyakan kes dirujuk, lelaki didapati lebih ramai yang curang dalam sesuatu hubungan itu berbanding wanita.
Beliau berkata, begitu juga dalam memaafkan pasangan didapati wanita lebih bersifat pemaaf dan boleh menerima kesilapan yang dilakukan serta diakui pasangannya.
"Wanita atau isteri ada sikap dan naluri untuk bergantung serta inginkan perlindungan daripada lelaki ataupun suami, maka sebab itulah dia mudah memaafkan pasangannya. Walaupun wanita itu ada kerjaya sendiri dan dilihat boleh berdikari, sikap ingin bergantung dan dilindungi pasangan tetap ada dan sebab itulah ada yang boleh memaafkan pasangannya. Malah, selagi tinggi status dan kukuh kedudukan wanita itu, selagi itulah dia bergantung kepada pasangannya.
"Ingin bergantung atau dilindungi pasangan itu bukanlah dari segi wang ringgit dan kasih sayang semata-mata, tetapi lebih kepada faktor luaran, termasuk tanggapan serta pandangan masyarakat dan ingin menjaga maruah. Wanita itu takut akan gelaran 'janda' kerana status berkenaan sehingga kini masih dipandang negatif dalam masyarakat," katanya.
Noor Awang berkata, disebabkan faktor itulah dalam sesetengah kes walaupun suami terus berlaku curang dan mendera emosi mahupun fizikal, isteri masih boleh bersabar dan cuba mempertahankan perkahwinan itu. Bagi wanita berkenaan, sekurang-kurangnya dirinya masih bersuami dan tidaklah masyarakat memberikan persepsi negatif terhadapnya.
Bagaimanapun, beliau berkata ada juga wanita berani menerima kenyataan hidup dan boleh menempuh hidup bersendirian, tetapi ada aspek lain yang diberikan pertimbangan termasuk soal harta dan anak hasil perkahwinan dibina.
Katanya, kejadian dan ciri wanita yang dijadikan Allah berbeza dengan lelaki turut menjadi faktor mengapa wanita mudah memaafkan seseorang itu. Walaupun wanita berjiwa sensitif berbanding lelaki, mereka mempunyai sikap yang tabah dan kesabaran tinggi serta jarang membuat keputusan melulu ketika membuat pertimbangan sesuatu perkara.
"Melalui pengalaman sebagai peguam syarie dan banyak membantu pasangan yang menghadapi krisis rumah tangga, saya lihat sifat peribadi dan ciri kewanitaan banyak mendominasi diri isteri dan ini dapat membantu menyelamatkan keruntuhan rumah tangga apabila berlaku kecurangan yang dilakukan suami," katanya.
Beliau berkata, dalam kebanyakan kes yang membabitkan kecurangan isteri, boleh dikatakan hanya 25 hingga 30 peratus lelaki saja boleh memaafkan dan menerima pasangannya semula.
Sikap ego yang begitu menebal dalam diri hampir semua lelaki menyebabkannya sukar untuk memaafkan pasangan. Lebih-lebih lagi, sifat pemaaf memang sukar diamal dan selagi seseorang itu berpendapat bahawa setiap kejahatan serta keburukan seharusnya dibalas secara setimpal.
Malah, katanya, kerana ego yang tinggi ada suami yang berlaku curang dan tahu kesilapan diri sendiri masih ingin meletakkan kesalahannya kepada isteri. Lelaki berkenaan sanggup menyatakan, isteri menjadi punca semua itu berlaku kerana tidak mampu memberi kebahagiaan kepadanya lantaran itulah beliau terpaksa beralih mencari wanita lain.
Noor Awang berkata, selain itu hadis Rasulullah yang mengingatkan golongan lelaki agar jangan membiarkan isteri curang kerana boleh dianggap dayus juga menjadi bayangan dalam diri kebanyakan lelaki sehingga sukar memaafkan pasangan.
Dalam menempuh ranjau hidup berumahtangga dan membina perhubungan yang sudah retak, beliau menasihatkan pasangan supaya kembali kepada falsafah perkahwinan itu sendiri. Sebuah perkahwinan itu hakikatnya, memerlukan ketenangan dan kebahagiaan bersama. Untuk mencapai ke arah itu, segala sifat yang keji perlulah dielakkan dan ditepis oleh setiap pasangan.
"Kecurangan boleh berlaku disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran harian di tempat kerja, kepincangan pasangan, pengaruh media dan sebagainya, tetapi ia boleh diatasi dengan keazaman masing-masing. Pasangan juga perlu mendekatkan diri dengan Allah dan dengan ada keimanan dalam diri, Insya-Allah kita dapat elakkan diri daripada perkara yang tidak elok," katanya


sumber dari: Tentang Cinta

24 Peringatan Buat Wanita


1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia."
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya."
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."
17. "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w.:
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:"
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma' binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:"
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya
.


sumber dari: Tentang Cinta