Klik Jangan Tak Klik

Wednesday, May 25, 2011

Gambar Perkahwinan Yassin Senario Dan Farrah


Yassin kahwin dah lama...cuma fiza baru jumpa gambar2 perkahwinan dia nie...tertarik fiza tengok gambar2 nie sebab Yassin pengantin yang paling sempoi yang fiza jumpa...kalau tak percaya cuba tengok gambar2 di bawah...
sempoi kan...lain dari yang lain....amik gambar siap lompat2 lagi...hahaha.....
SELAMAT PENGANTIN BARU YASSIN DAN FARRAH

Mentor 5: Iqa-Shiha-Salma Ke Final Mentor 5


Jika ada yang menjangkakan kemenangan mudah Salma ke pusingan terakhir Mentor 5, keputusan malam ini cukup mengejutkan peminat tegar protege Erra Fazira ini.

Jika bukan keputusan pihak TV3 untuk menjadikan persaingan akhir 'a three-way fight', Salma memang tidak berpeluang langsung untuk beraksi di pentas akhir pada 29 Mei ini.

Di mana kesilapan Salma dan mentornya, Erra Fazira? Adakah disebabkan Salma 'peak' terlalu awal? Sejujurnya, GUA memang kagum dengan vokal Salma yang lantang tetapi saban minggu, Salma nampaknya hanya bersandarkan kekuatannya yang itu saja.

Berlainan pula ceritanya dengan Iqa. Iqa cukup menyerlah malam ini. Begitu juga Shiha. Pada mata kasar GUA, mereka telah menunjukkan peningkatan yang ketara sepanjang tempoh pertandingan. Dan usaha mereka itu tidak dilepas pandang oleh para juri profesional dan awam.

Buat Iqa dan Shiha, teruskan usaha kamu itu. Dan Salma, percaturan yang lebih baik perlu dilakukan untuk finale nanti jika Salma ingin membawa pulang gelaran juara Mentor 5.

Salma: 49; 64; 113

Ratnah: 42; 46; 88

Shiha: 58; 61; 119
Iqa: 57; 69; 126


Nasihat Datuk Ramli MS Buat Finalis Mentor 5


"Kita memang di landasan yang betul walaupun saya agak terkejut dengan Salma. Dia sebenarnya tidak patut membuat kesilapan, lebih-lebih lagi untuk lagu pertama.

"Adat pertandingan jika lagu pertama ada kesilapan, memang tidak boleh diampunkan. Terutamanya pada tahap dia," luah juri tetap Mentor 5, Datuk Hj Ramli MS yang ditemui selepas konsert terakhir separuh akhir tadi.

Menurut beliau, dipersetujui juri jemputan minggu ini, Mas Idayu, Salma salah masuk 'key' untuk lagu "Nirmala".

"Nasihat saya untuk Salma, kekuatan anda adalah pada lagu 'pop adult rock', jadi lebih baik jika anda kekal pada lagu bergenre itu. Bila anda mencuba genre lain, nampak kelemahan anda."

Tidak sempat memberikan komennya ketika siaran langsung tadi kerana kesuntukan masa, beliau mengucapkan tahniah pada tiga finalis yang akan mara ke malam kemuncak Mentor 5. Namun pada masa yang sama, beliau mengingatkan mereka bertiga untuk memberikan segalanya pada malam itu.

"Jangan lagi nak 'try try'. Itu adalah konsert terakhir. Buatlah yang paling maksimum."

Penerbit Mentor 5: Bukan Misi Selamatkan Salma



Keputusan untuk memasukkan Salma, yang kebetulan finalis ketiga berdasarkan markah keseluruhan pusingan separuh akhir, ke finale Mentor 5 dibuat bukan untuk 'menyelamatkan' Salma.

Jelas penerbit eksekutif dan pengarah musim kelima Mentor, Muhamad Sufian Isa, keputusan itu dibuat awal hari ini selepas perbincangan dengan penasihat rancangan dan juri.

"Memang sejak dari awal, kita ada memaklumkan para mentor dan protege bahawa hanya akan ada dua finalis di finale nanti. Tetapi kita mengambil kira banyak faktor sebelum membuat keputusan ini. Ia bukan satu misi menyelamatkan Salma ataupun sekadar mencukupkan kuota.

"Kami melihat kemasukkan Salma sebagai memberi persaingan yang lebih hebat kepada Iqa dan Shiha. Ada lebih banyak kebaikan daripada keburukannya. Kami sedar keputusan ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peminat dan mentor tetapi kami minta semua melihat perkara ini sebagai satu persaingan sihat.

"Buat masa ini, semua mempunyai peluang sama rata untuk bergelar juara. Rebutlah peluang yang diberikan ini untuk melakukan yang terbaik."

Erra terkejut
Memberi komennya tentang kemasukkan Salma di saat-saat akhir, mentornya Erra Fazira mengakui terkejut dengan keputusan tersebut.

"Ia peluang terakhir untuk Salma menonjolkan dirinya. Saya percaya dia boleh membuat lebih baik lagi.

"Tadi dia pun terkilan kerana melakukan kesilapan. Apa yang berlaku malam ini akan membuat dia bangun balik sebab keputusan minggu depan akan tentukan hala tujunya selepas ini."

Shiha lebih bersemangat
Bila ditanya pada Shiha jika dia ambil kisah dengan kemasukkan Salma di finale, katanya tidak kira ia persaingan dua penjuru atau tiga penjuru, dia selesa.

Tambahnya, Salma seorang pesaing yang hebat. "Jadi saya perlu mencari sesuatu lebih supaya penonton dapat melihat kelebihan saya."

sumber dari: Gua.com

Monday, May 23, 2011

Perkara Mudah Namun Membahagiakan Pasangan


sebagai suami yang bertanggungjawab, kebanyakannya lelaki sanggup melakukan apa saja demi menggembirakan pasangan. ada yang sanggup menyambung nyawa malah mengeluarkan belanja yang besar untuk membahagiakan isteri. namun begitu ada kalanya perkara yang cukup lebih bermakna. antaranya seperti berikut;

1. Jangan cari masalah
jangan juga cari masalah yang boleh membuatkan perhubungan anda bermasalah. namun kita sering kali terlupa dan terlena dengan setiap tindak tanduk mereka. justeru itu, jika anda inginkan kebahagiaan, jangan sesekali mencari masalah atau selesaikannya secepat mungkin jika timbul masalah.

2. Hubungan seks berterusan
ia sebenarnya mampu membuatkan hubungan anda lebih baik dan menggembirakan biasanya lelaki sangat gembira. satu kajian di luar negara yang dilakukan ke atas 16,000 orang mendapati dari melakukan hubungan seks sebulan sekali kepada seminggu sekali, hidup mereka lebih bahagia. semasa hubungan seks, hormon endorfin akan merembes keluar sekali gus memberikan kebahagiaan.

3. Keluar bersantai
dalam usia yang semakin meningkat, jangan sesekali anda duduk memerap di rumah sahaja. ini akan membuatkan anda berasa bosan dengan kehidupan. apa kata, bawa pasangan keluar dan nikmati cahaya mata hari kerana ia bukan saja baik untuk tubuh tetapi juga terapi anda. keluarlah bersantai menikmati pemandangan sekurang-kurangnya 30 minit sehari dan anda akan mendapati ia memberi kelainan dalam hubungan.

4. Menerima seadanya
bergaduh, bertengkar dan sebagainya akan membuatkan anda tertekan. bagi membolehkan anda bahagia dan pasangan gembira, memaafkan lah setiap perbuatan, bersedia menerima apa juga kelebihan dan kekurangan serta sebagainya, Insya Allah, anda akan bahagia.

5. Beri privasi
ada kalanya pasangan memerlukan ruang privasi mereka tersendiri. tidak semua perkara memerlukan pandangan dan pendapat anda. ia sama seperti tidur, ada masanya anda perlukan tidur yang sangat nyenyak (maksudnya tidak diganggu oleh pasangan yang mahukan hubungan seks), jadi hormatilah diri pasangan, baru anda akan peroleh bahagia itu.

6. Hobi baru setiap tiga bulan
hobi adalah satu perkara yang boleh mendatangkan semangat dalam hubungan. lebih menarik lagi jika anda mampu merancang bersama pasangan. melalui kawan2 dan aktiviti2 baru sekali gus membuatkan hubungan anda bertambah erat. rancanglah aktiviti baru setiap tiga bulan. Insya Allah, ia mampu membuatkan hubungan anda lebih intim...

7. Rancanglah aktiviti
jangan sesekali membuat perancangan saat akhir kerana kita tidak tahu apa rancangan pasangan kita. bila sudah merancang lebih awal, anda dapat membuat banyak perkara. percayalah, anda akan lebih gembira dengan papa yang anda buat.

8. Bercuti
inilah antara perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan terutama bagi mereka yang menjadi suri rumah sepenuh masa. kadang kala bila menyebut soal bercuti, mereka akan terbayangkan kos yang sangat mahal. belum masuk hotelnya, kos makan dan sebagainya namun sebagai lelaki yang bijaksana dalam mentadbir keluarga, anda perlu merancang segalanya dengan teliti agar pasangan berasa bahagia.

9. Rancang apa yang anda ingin makan
makanan ibarat vitamin bagi tubuh, kalau terlebih makan ia akan membawa kemudaratan tetapi kalau kurang makan, anda boleh dijangkiti penyakit. sebaik-baiknya, rancanglah bersama pasangan apa yang anda ingin makan, kalau boleh biar anda bersama-sama melakukannya agar pasangan tidak berasa dirinya seperti orang gaji di rumah. percayalah, ia akan bertambah erat jika anda merancang segalanya dengan pasangan.

Sunday, May 22, 2011

Faacebook Dan Twitter Boleh Jejas Karier


laman jaringan sosial, seperti Facebook ataupun 'microblog' seperti Twitter kini telah menjadi sebahagian besar dalam hidup setiap individu. tidak hanya di rumah dan di pejabat, laman sosial ini menjadi alat komunikasi yang dianggap cukup efektif di antara pekerja, meskipun tentu ada aturan tertentu yang harus dipatuhi.
melalui kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa lebih daripada 50% organisasi terbesar di sana khuatir terhadap kebiasaan para pekerjanya mengunjungi laman jaringan sosial ketika waktu kerja, sehingga mereka melarangnya.
namun kajian lain pula menunjukkan hasil sebaliknya. jika dikendalikan dengan baik, aktif di Facebook atau Twitter ternyata boleh memberi kesan positif. misalnya, maklumat boleh disampaikan dengan cepat. 
namun, banyak perkara atau peraturan yang harus diperhatikan ketika pekerja aktif di laman jaringan sosial tersebut. salah satu dan yang paling penting ialah, apakah organisasi tempat anda bekerja membolehkan pekerjanya untuk membuka dan aktif di laman2 tersebut??..
jika ya, anda sebaliknya tahu bahawa status yang anda cuba paparkan di laman sosial anda tidak memberi kesan negatif terhadap karier. sebaliknya, anda tidak boleh membukanya jika peraturan organisasi melarang kakitangannya untuk ber'Facebook' atau ber'Tweet'.
jika tidak, anda boleh dikenakan tindakan. banyak contoh yang menunjukkan betapa komen di Facebook atau Twitter boleh mengakibat kan keburukan, seperti putusnya hubungan persahabatan, malah tidak kurang juga yang berakhir hingga ke muka pengadilan.

8 TIP PERLU DIIKUTI
bagaimana cara untuk anda bebas daripada terkena kesan negatif terhadap karier anda akibat daripada penggunaan laman sosial? pertama, jauh kan urusan pejabat dari aktiviti Twitter atau Facebook anda. jika tidak perlu, jangan meletakkan komen, terutamanya yang bernada negatif mengenai perkara yang berlaku di pejabat ataupun tentang seseorang di pejabat anda. anda juga harus lebih peka. berikut beberapa tip yang harus anda lakukan ketika melayari laman sosial..

Patuh peraturan syarikat
setiap syarikat memiliki peraturan yang harus dipatuhi oleh para kaki tangannya. jika anda masih mahu terus bekerja di syarikat tersebut, sebaliknya ketahui dan ikut peraturan yang ditetapkan di pejabat, termasuk mengenai boleh atau tidak aktif di laman jaringan sosial seperti Facebook atau Twitter. kebelangkangan ini, kebanyakan syarikat membenarkan para pekerjanya untuk membuka Facebook atau Twitter. ini kerana, melalui kajian menunjukkan bahawa semakin aktif seseorang itu di laman jaringan sosial, kemampuan dalam melaksana kan tugasan juga akan meningkat.

Asingkan urusan peribadi dengan urusan pejabat
ini penting kerana akan menyukarkan anda jika mencapuradukkan urusan pejabat dengan urusan peribadi di laman sosial. sebaliknya jangan membawa urusan pekerjaan ke dalam status anda. ingat, biasanya anda berteman dengan semua orang, termasuk pihak atasan di dalam Facebook. jadi, setiap kali anda mengemaskini status, pasti mereka juga akan mengetahuinya.

Jangan lupa 'log-off'
jangan sesekali meninggaklan komputer ketika masih aktif, lebih2 ketika membuka laman jaringan sosial. ini membolehkan orang lain yang tidak bertanggungjawab menulis sesuatu pada status anda, yang mungkin memberikan kesan tidak baik kepada anda. usahakan juga agar kata kunci untuk akaun pekerjaan dan laman jaringan sosial anda berbeza. jika kata kunci terbongkar, anda sendiri yang susah.

Jauhi urusan  politik
sebaiknya hindarkan komen berbau politik. ini kerana, anda tidak tahu pandangan politik majikan anda. boleh jadi, ia mempunyai pandangan politik yang berlawanan dengan pandangan politik anda. begitu juga yang berlaku dengan urusan di pejabat. jika terjadi rakan2 A dengan ketua anda, seelok2 nya hindarkan dari memaklumkan di dunia maya.

Jangan mengeluh mengenai pekerjaan
seseorang penyelia secara mendadak dipindahkan ke bahagian yang kurang sesuai untuknya. setelah diselidik, ternyata pemindahannya itu berkaitan dengan komen yang dibuatnya di Facebook yang kurang berpuas hati keadaan jabatan tempatnya bekerja. oleh itu, tidak perlu nyatakan mengenai pekerjaan di Facebook. jika mahu meluahkan, cari sahaja orang yang anda percaya.

Kemas kini ketika makan tengah hari
pasti ada di antara anda yang gemar mengemas kini status. sebaik-baiknya jangan terlalu sering mengemas kini status. pihak atasan pasti akan tertanya2 mengenai tindakan anda sehingga boleh meletakkan status baru setiap 10 minit. mengemas kini status sekali sehari sudah memadai, misalnya ketika waktu rehat tengah hari di mana waktu tersebut merupakan masa bebas untuk anda.

Berhati-hati menaip komen
banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum dikongsi di laman sosial. ada baiknya anda tidak membalas status orang lain sebarangan. menjadi pembaca setia sudah memadai daripada menerima risiko akibat komen anda yang salah. ingat! Twitter dan Facebook bukanlah warung kopi, di mana anda boleh mengeluarkan komen sesuka hati. sebaliknya juga amati setiap apa yang anda letakkan di laman tersebut. jangan hingga orang salah menilai anda disebabkan ini.

Berhati-hati ketika 'posting'
pertimbangkan dengan matang setiap kali anda hendak meletakkan gambar atau komen. pastikan juga sesiapa sahaja yang boleh mengakses apa yang anda letakan kerana kemungkinan ia menjadikan perhatian masyarakat awam. ia mungkin sahaja baik untuk waktu ini tetapi boleh jadi negatif di kemudian hari. hati-hatilah ketika anda berkongsi gambar atau video. jangan letakkan gambar dan video yang bersifat peribadi jika tidak mahu rugi di kemudian hari.

Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa.. Doakan Keselamatan Mereka


KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dalam kejadian tanah runtuh, hari ini. Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi. - Foto Yazit Razali
May 21, 2011 5:27 pm

Seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa:Polis
Oleh Nora Mahpar

2011/05/21

KAJANG: Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.

Katanya, seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20
pelajar dan empat warden."Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian," katanya 
ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau juga berkata, dua mangsa yang maut masing-masing berumur 11 dan 14
tahun.


Sementara itu, Tun Hisan meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian
supaya menjauhkan diri mereka kerana bimbang tanah runtuh berlaku lagi.

Tragedi tanah runtuh: MB Selangor kerah misi bantuan segera 
2011/05/21

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.

Ini dinyatakan Khalid dalam laman Twitternya, sebentar tadi.


KAJANG: Dua kanak-kanak yatim piatu terkorban ekoran tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang, Sabtu.
Empat penjaga kanak-kanak tersebut masih belum ditemui.
Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.
Laporan awal menyebut rumah anak yatim tersebut didiami kira-kira 30 penghuni.
Difahamkan kesemua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu ketika bencana alam itu berlaku.
sumber dari: http://mstar.com.my/

Rempeyek Made In Felda Sungai Sibol


Assalamualaikum sume...salam 1 malaysia...sihat ke hari nie...fiza macam biasa la 'terlebih sihat' hahaha... hari nie fiza nak cerita pasal rempeyek mak mertua fiza buat...pagi2 masa fiza mandi mak mertua fiza dok tengah sibuk siapkan bahan2 nak buat rempeyek nie...lepas je fiza bersiap ermmm mak mertua fiza dah siap bancuh tepungnya...tak sempat nak tengok apa bahan2nya...( padahal fiza nak ingat nak mak gambar...ahaks!! ) tapi tak sempat...mak mertua fiza siap2 nak goreng dah bancuhan tu tadi...dah melepas 2 3 keping gambar... tak pa...tak pa...fiza dan amik gambar mak mertua fiza tengah masak...nie kali ke-2 fiza dapat tengok mak mertua fiza buat rempeyek..mula2 dulu mak mertua fiza buat masa kenduri sambut menentu...kenduri fiza dengan husband la...hehehe... kali ni mak mertua fiza nak buat untuk cucu saudara dia nak kahwin hari Sabtu nie...28 Mei 2011. tapi tak tau la fiza dapat p ke tak...huhuhu...biasa la...husband fiza bukan senang nak cuti...
hehehe...mak mertua fiza sibuk menggoreng rempeyek fiza sibuk amik gambar...fiza takut ta sempat macam tadi...tal sempat nak amik gambar masa nak bancuh tepung...huhuhu...
ha....ni rempeyek separuh masak...ahaks!!! ada dalam kuali lagi...hehehe....
nie la rupa rempeyek bila dah masak...sedap tau...rangup.. lain dengan rempeyek kat Kedah...rempeyek kat Kedah bentuk dia bulat2...ada kacang dengan ikan bilis...rempeyek kat johor nie...diorang cuma lekat kan kat kuali...sebab tu rempeyek nie panjang2...hehehe...tapi rasanya dua2 sama je bagi fiza...yang penting sedap dan rangup...hehehe...kalau nak rasa jmput la datang rumah mak mertua fiza nie...hihihi...ok la sampai sini je dulu...tata...
TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA BLOG FIZA NIE....SAYANG KORANG...

Friday, May 20, 2011

Tubuh Suami Pancing Ghairah Isteri


lelaki memang cukup senang melihat tubuh wanita yang ramping dan seksi. selain dia bahagian yang menjadi tumpuan tentunya bahagian payu dara dan juga punggung. dua aset yang mantap ini mampu membuat suami ghairah mudah lebih suka pulang awal dari kerja untuk menyaksikan pemandangan yang indah ini..
pun begitu sebenarnya juga saja lelaki yang mampu jadi teruja melihat, isteri juga boleh berperasaan yang sama. nafsu mereka mudah saja terpancing tatkala melihat tubuh badan suami yang gagah perkasa. tapi bahagian manakah paling senang dilihat oleh isteri mereka. baca di bawah:

1. Dada yang bidang
kalau lelaki cukup tertarik memandang dada kaum wanita, isteri turut berperasaan sedemikian. daya tarik lelaki dan wanita untuk bahagian ini sama saja. biasanya dada lelaki yang bidang dan sasa merupakan impian bagi sebahagian besar kaum wanita.
hasil kajian mendapati bahawa ramai wanita cukup teruja ingin melihat dada lelaki yang terselindung di sebalik kemejanya. ada juga wanita yang berasa terangsang melihat dada lelaki yang sasa dan juga berbulu. lelaki yang memiliki dada sedemikian dilihat sangat gagah.

2. Perut yang rata
ramai wanita menginginkan perut pasangannya berketul-ketul dengan otot. sekali lagi, bahagian tubuh sebegini melambangkan keperkasaan yang memang dimahukan oleh wanita dari setiap lelaki. sebabnya sewaktu berhubungan intim,wanita akan sangat ghairah melihat perut lelakinya yang rata tanpa lebihan lemak. perut yang rata juga menandakan bahawa si lelaki suka bersenam dan menjaga kesihatan dan pemakanannya.

3. Lengan berotot
lengan yang suka dilihat oleh wanita bukanlah seperti lengan ahli bina badan yang berurat dan berketul. ada wanita yang takut malah geli melihatnya. sebaliknya bahagian lengan suami yang didambakan cukup sekadar berotot, tampak kuat dan tidak lembik.
wanita merasakan bahagian ini seksi kerana lengan ataupun bahagian bisep lelaki turut menandakan kekuatan. wanita suka berada bersama lelaki yang dilihat kuat kerana mereka berasa yakin bahawa sang lelaki mampu melindungi dirinya. selain itu bahagian lengan yang berotot juga menandakan bahawa seorang lelaki itu bekerja kuat dan menjaga tubuhnya.

4. Bahu tegap
berdasarkan satu penyelidikan pendidikan seks di Britain, ramai wanita mengatakan bahawa bahu lelaki yang lebar dan tegap merupakan salah satu kriteria keseksian kaum lelaki. bahagian bahu dapat melambangkan kekuatan, kejantanaan dan keperkasaan.

5. Bibir yang seksi
bentuk bibir yang indah mampu membuatkan wanita terasa ghairah. ia dilihat seksi oleh kaum wanita. keindahan bibir kaum lelaki juga akan dikaitkan dengan potensi keintiman yang mungkin diperoleh dari pemilik bibir tersebut.
 bentuk bibir yang indah mungkin berbeza mengikut pandangan wanita. ada yang merasakan bibir merah dan nipis sebagai seksi dan ada juga berasakan lelaki yang memiliki bibir tebal tampak cukup menarik.

6. Jari jemari bersih
bagi sebahagian wanita, tangan lelaki mampu memberikan ghairah  tersendiri. ada lelaki tidak mengedahkan anggota tubuh ini, seperti kuku dibiarkan panjang dan kotor. tangan seorang lelaki terawat dan bersih menggambarkan keprihatinan mereka terhadap kebersihan dan penjagaan tubuh. perkara inilah yang disukai oleh kaum wanita.

7. Ukuran alat sulit
alat sulit lelaki iaitu penis memang mendapat perhatian besar daripada kaum wanita. meskipun tidak dinyatakan secara spesifik ukuran besar atau kecilnya yang penting adalah warnanya yang sekata dan tidak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

8. Punggung mantap
keseksian lelaki juga dilihat daripada bahagian punggungnya. kaum wanita cukup senang melihat punggung lelaki yang mantap seperti para atlet.

Thursday, May 19, 2011

Tanpa Restu Orang Tua, Rumah Tangga Sukar Bahagia


mak dengan abah fiza restu tau...hehehe...

atas nama cinta yang membara maka ada pasangan yang sanggup mengetepikan perkara paling utama dalam sesebuah perhubungan iaitu restu orang tua. bila pilihan pasangan tidak disukai dan hubungan dibantah, mereka bertindak berkahwin lari kerana mahu tetap bersatu dengan cinta hati mereka.
namun meskipun dapat hidup bersama sering kali kedengaran hubungan yang sebegini tidak akan memperoleh bahagia. ada saja dugaan dan derita yang merintangi rumah tangga. semuanya berbalik kepada satu perkara iaitu restu orang tua.
cinta tanpa restu ibu bapa sememangnya akan membuat kehidupan pasangan jadi sukar. hanya mereka yang tabah dan sabar saja dapat melepasi halangan ini. namun buat mereka yang sedang berhadapan dengan cabaran ini jangan pula melakukan perkara yang sama. masih ada cara untuk anda meraih restu ibu bapa. berikut adalah perkara yang boleh anda usahakan:

1. Buktikan bahawa pilihan tetap
apabila ibu bapa menyatakan bantahan terhadap teman hidup atau bakal pasangan anda janganlah terus mempertikai kan bantahan mereka dengan cara yang kasar, marah2 atau merajuk.
cubalah untuk berbincang masalah ini dengan suasana yang tenang dan penuh kekeluargaan. berusaha lah untuk menjernihkan suasana yang keruh. mungkin selama ini mereka salah faham atau salah mengerti sikap pasangan hidup anda. berfikirlah dengan terbuka dan yakinlah bahawa perasaan anda pada pasangan anda tepat. tunjukkan juga bukti bahawa pilihan anda tepat dengan cara memberikan peluang ibu bapa mengenali menantu mereka. selain itu anda sendiri pandai2 lah menonjolkan kebaikan si dia pilihan hati anda.

2. Tunjukkan keteguhan cinta
ada ibu bapa yang enggan merestui niat suci si anak mendirikan rumah tangga kerana bimbang mereka akan mengabaikan orang tuanya kelak. selain itu ibu bapa juga mungkin menentang kerana cemburu terhadap pasangan hidup yang anda pilih. cemburu kerana kasih sayang anda bakal dilebihkan kepada dirinya berbanding mereka sebagai orang tua.
oleh itu cubalah untuk memberi pemahaman kepada ibu bapa anda sebaik mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. katakan kepada walaupun setelah berkahwin anda mempunyai keutamaan lain dalam hidup namun tanggungjawab dan juga kasih sayang pada ibu bapa tidak sesekali diabaikan. yakinkan mereka bahawa anda akan memperoleh kebahagiaan yang tidak ternilai sekiranya mereka menyayangi pasangan hidup anda seperti mereka menyayangi diri anda.

3. nyatakan pada masa yang sesuai
jangan sesekali menyatakan rancangan besar anda pada masa yang salah. antaranya  ketika keadaan keluarga sedang bergolak. begitu juga ketika keluarga dalam kemurungan. jawapan yang diterima mungkin sesuatu yang tidak menyenangkan anda. sebaliknya pilihan masa yang sesuai untuk mengumumkannya. sebagai contoh ketika hati kedua orang tua anda sedang gembira meraikan sesuatu. ingatlah keputusan yang tetap dan menyenangkan boleh anda peroleh bila anda berada di masa dan situasi yang tepat.

4. Usahakan untuk lebih mengenali
sebagai anak anda sudah tentu dapat membaca reaksi 'tidak suka' dari wajah ataupun perlakuan ibu bapa anda. oleh itu sebaik singnal seperti itu dapat anda tangkap dan baca buatlah sesuatu. paling baik adalah dengan cara mendekatkan mereka dan pasangan anda. ajak dirinya ketemu dengan orang tua lebih kerap agar mereka dapat saling mengelani lebih dekat. dekat kan mereka sebelum ibu bapa membentuk persepsi mereka terhadap pasangan anda. ini kerana apabila persepsi serong yang sudah terbentuk lebih sukar untuk anda mengubahnya.


5. Saling memberi sokongan
apa pun yang terjadi berpegang teguhlah pada komitmen anda berdua. anda berdua memang perlu mendengar  pendapat orang lain, tetapi pada akhirnya keputusan tetap di tangan anda kerana andalah yang akan menjalani kehidupan bersama.
komitmen anda, rasa saling menghormati, serta komunikasi akan membantu anda dalam mengatasi persoalan dalam keluarga. jangan terbelenggu dengan tekanan perasaan atau stres sehingga mampu menggoyahkan hubungan anda berdua.


PUNCA TIDAK DIRESTUI
terdapat pelbagai alasan mengapa ibu bapa tidak merestui penyatuan anak dan pasangan hidup pilihan mereka. ada kalanya alasan tersebut munasabah dan ada juga alasan yang langsung tak bleh diterima atau masuk akal. antaranya seperti bakal suami atau isteri berasal dari negeri yang jauh, latar belakang pendidikan tidak setaraf, usia yang lebih muda atau terlalu tua dan sebagainya.


TIP AMBIL HATI
jangan hanya berharap pada suami atau isteri saja untuk meraih restu orang tua, diri sendiri perlu turut beruhasa. antara yang boleh dilakukan adalah:-
Tonjolkan kelebihan

  • meskipun diri tidak disenangi mertua, namun jangan menyimpan dendam dan rasa benci terhadap mereka. terus bersabar dan berusaha mengambil hati mereka. hormati pendirian mereka tapi selain itu tonjolkan kelebihan yang anda miliki, mana tahu hati mertua cair dengan masakan anda yang enak atau penampilan anda yang cantik jelita.
Sentiasa sopan dan hormat

  • hormati orang tua dan bersikap sopan dengan mereka walau dalam apa jua keadaan. ringan mulut bertanya khabar, menyapa, bersalaman setiap kali bertemu dengan mereka. jangan sesekali meninggikan suara tatkala berbicara dengan mereka atau mempamerkan wajah yang masam di hadapan mereka.

Berikan hadiah

  • tiap kali berkunjung ke rumah orang tua jangan pula berlenggang kangkung, bawa hadiah atau buah tangan. boleh jadi makanan kegemaran ataupun pakaian untuk mereka. tak salah melabur wang untuk menambat hati mereka, berbaloi..... jika tidak berani berdepan dengan mereka, apa kata kirimkan saja hadiah tersebut sama ada melalui adik-beradik ataupun khidmat pos pada hari istemewa mereka, contoh ulang tahun perkahwinan mertua, hari malahan hari raya pun boleh.





Wednesday, May 18, 2011

Semua Produk Kecantikan Natasya Bahaya Ke????


hai sume...fiza nak mintak pendapat korang la sebab fiza dengar produk Natasya ni bahaya...dan tidak boleh digunakan...betul ker????  setahu fiza hanya 1 je produk Natasya yang dipercayai merbahaya dan mengandungi hydroquinone iaitu KRIM MALAM GOLD NATASYA.. kalau korang nak tahu fiza hampir 3 tahun menggunakan produk Natasya nie. tapi fiza guna SABUN HERBA dengan KRIM HERBA MALAM NATASYA. 
Sabun Herba Natasya
Krim Malam Herba Natasya
hanya 2 produk nie je fiza guna selama 3 tahun nie..memang kesan dia memuaskan hati fiza.. sebab tu fiza tak pernah cuba produk lain..dulu muka fiza teruk..tak macam sekarang nie.. dulu muka fiza ada masalah jerawat...bekas jerawat...muka berminyak..dan muka fiza juga gelap sangat2...dengan lebih tepat lagi HITAM!!! huh bila ingat2 balik masa dulu2 sedih sangat, ramai gak yang mengejek fiza "dah la gemuk muka lak hitam.." sakit hati bila ingat balik.. tapi tak boleh nak salahkan diorang juga..sebab waktu tu budak2 lagi diorang pun tak leh fikir lagi yang mana baik dan yang mana buruk..ok di bawah nie fiza upload gambar2 fiza sebelum fiza kenal husband fiza...nasib ada lagi gambar2 kat akaun MySpace fiza..


masa ni tahun 2007, umur 21 tahun...nampak tak kat muka fiza tu...BEKAS JERAWAT!!!

gambar nie lak awal tahun 2008... masa ni fiza keja kat kedai handphone kat Plaza Putra lebih dikenali sebagai Sentosa..

masa ni bulan 12 tahun 2008..nie la kali ke-2 fiza jumpa husband fiza..muka fiza still teruk lagi.. kali pertama kami dating bulan 8 tahun 2008 kat Langkawi. 

ni pulak gambar masa tunang bulan 6 2009 ...tak cantik kan make up fiza??? muka fiza berminyak make up pun tak leh tahan lama..bedak fiza bertampung2...Ya Allah macam nak buat balik je majlis tunang tu...

lepas tunang je...fiza terus pakai produk Natasya yang fiza bagitau tadi kat atas...fiza rasa produk Natasya sesuai sangat dengan muka fiza...dalam masa 3 bulan muka fiza nampak lain...bersih je...dan lebih putih...yang paling penting muka fiza dah kurang berminyak... dan dalam masa 6 bulan lak...nampak putih...
masa ni status tunang lagi...gambar ni kat Melaka bulan 12 tahun 2009. ada perubahan skit kan...masa ni tak pandai make up lagi macam sekarang nie...


ha li lak gambar nikah...lain kan muka fiza bila make up kali nie...tak sama masa tunang bedak bertampung2...muka hitam...fiza bersyukur sangat... masa nie fiza rasa fiza cantik sangat2...( hahaha perasan )...


ni muka fiza sekarang....


bohong la kan kalau fiza kata fiza tak ada jerawat lagi bila pakai produk Natasya nie...ada juga jerawat tapi tak banyak macam dulu...tapi parut jerawat tu cepat hilang dan tak nampak kesan langsung...tu yang fiza suka tu...kepada semua yang menggunakan produk Natasya macam fiza...fiza nasihat kan hati2 bila membeli produk nie sebab banyak tiruan...baca pengumuman yang fiza copy dari http://www.natasya2u.com


CARA MENGENAL PASTI KEASLIAN PRODUK-PRODUK NATASYA

May 11th, 2011
Kepada pengguna yang dikasihi,
Banyak lagi pengguna yang masih keliru tentang pembungkusan produk Natasya yang asli @ original. Cara untuk mengenal pasti amat senang. Produk asli Natasya dibungkus dengan kotak berhologram yang mempunyai tulisan “Natasya Asli” & “Natasya Original”. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membelek dengan betul semasa membuat pembelian produk. Anda juga boleh melayari bahagian “Stokis & Pengedar” untuk senarai lengkap pengedar rasmi kami. Terima Kasih atas sokongan & keyakinan anda terhadap produk Natasya.
Drpd,
PERWANZA ENTERPRISE (M) SDN BHD


Produk Natasya Berkualiti, Selamat Digunakan

June 19th, 2010
Para pengguna produk Natasya adalah dimaklumkan bahawa semua produk Natasya yang asli adalah selamat untuk digunakan, tanpa mengandungi sebarang bahan yang boleh memudaratkan.
Adalah menjadi polisi syarikat untuk menggunakan bahan yang selamat dan melalui prosedur yang telah ditetapkan pihak berwajib.
Namun begitu, kami mengenal pasti terdapat produk tiruan yang berada di pasaran yang menggunakan jenama Natasya tetapi tidak dikeluarkan oleh syarikat kami. Produk seumpama ini adalah tidak menepati piawaian kualiti produk Natasya yang dijamin selamat.
Untuk itu. kami menyeru semua pengguna agarberwaspada dengan produk tiruan dan dapatkanlah barangan Natasya daripada stokis yang sah sahaja.
Terima kasih atas sokongan anda semua!

**SILA TINGGALKAN PENDAPAT KORANG KAT RUANGAN KOMEN YER...

Tuesday, May 17, 2011

Cara-Cara Melayan Suami




Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

sumber dari: Tentangcinta.com

Produk Kecantikan Yang Merbahaya


6 Produk Kosmetik yang Merbahaya. 

 Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna enam produk kosmetik jenama terkenal berikutan pengesanan Racun Berjadual seperti dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan. Datuk Eisah A Rahman, berkata enam produk tersebut ialah BML HB Lotion, Krim Malam Shana, Natasya Gold Krim Herba, Biotox Whitening Hydro Cream, Yoko Whitening Cream dan Sue Beauty Night Treatment Cream.

"Penggunaan dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif di samping menghalang proses pigmentasi (depigmentasi).

"Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.

"Depigmentasi berlebihan berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika," katanya.

Eisah berkata, dexamethasone pula adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara topikal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman.
Sehubungan itu, katanya, sesiapa yang mempunyai stok produk terbabit dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta. - BERNAMA



47 Produk Mengandungi Bahan Beracun Disenarai Hitam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.



“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine. 
“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.

Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.



INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
-Kintop
-Body Beaus
-BMI-9 Xylimming Capsule
-Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
-Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
-Obexlim
-Slimax Coffee
-Beaute Fit Body Contour
-Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
-357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
-Makjun Taufiq Dua Istimewa
-Majun Dua Istimewa
-Ginseng Jin Fui Wan
-Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
-Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
-Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
-Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
-Makjun Syafiq 3 Istimewa
-Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid: 
-Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
-Eriesya Spa Beauty Cream
-Atika Beauty Renewal Cream
-Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
-Ratna Sari Whitening Night Cream
-Tia Amelia Krim Jeragat
-Chantique Whitening Night Cream
-RZAC White Pearl Cream
-Nuriz Day and Night Cream
-Elite Rias Er Cream
-R&Z Whitening Night Cream
-Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
-Pigmentation Recovery Complex
-Zara Rejuvenation Cream
-Natasya Krim Herba Gold
-De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
-Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
-Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
-Qian Tong Dan
-Raja Ubat Resdung
-Coral Plus UA 350MG