Klik Jangan Tak Klik

Wednesday, May 25, 2011

Mentor 5: Iqa-Shiha-Salma Ke Final Mentor 5


Jika ada yang menjangkakan kemenangan mudah Salma ke pusingan terakhir Mentor 5, keputusan malam ini cukup mengejutkan peminat tegar protege Erra Fazira ini.

Jika bukan keputusan pihak TV3 untuk menjadikan persaingan akhir 'a three-way fight', Salma memang tidak berpeluang langsung untuk beraksi di pentas akhir pada 29 Mei ini.

Di mana kesilapan Salma dan mentornya, Erra Fazira? Adakah disebabkan Salma 'peak' terlalu awal? Sejujurnya, GUA memang kagum dengan vokal Salma yang lantang tetapi saban minggu, Salma nampaknya hanya bersandarkan kekuatannya yang itu saja.

Berlainan pula ceritanya dengan Iqa. Iqa cukup menyerlah malam ini. Begitu juga Shiha. Pada mata kasar GUA, mereka telah menunjukkan peningkatan yang ketara sepanjang tempoh pertandingan. Dan usaha mereka itu tidak dilepas pandang oleh para juri profesional dan awam.

Buat Iqa dan Shiha, teruskan usaha kamu itu. Dan Salma, percaturan yang lebih baik perlu dilakukan untuk finale nanti jika Salma ingin membawa pulang gelaran juara Mentor 5.

Salma: 49; 64; 113

Ratnah: 42; 46; 88

Shiha: 58; 61; 119
Iqa: 57; 69; 126


Nasihat Datuk Ramli MS Buat Finalis Mentor 5


"Kita memang di landasan yang betul walaupun saya agak terkejut dengan Salma. Dia sebenarnya tidak patut membuat kesilapan, lebih-lebih lagi untuk lagu pertama.

"Adat pertandingan jika lagu pertama ada kesilapan, memang tidak boleh diampunkan. Terutamanya pada tahap dia," luah juri tetap Mentor 5, Datuk Hj Ramli MS yang ditemui selepas konsert terakhir separuh akhir tadi.

Menurut beliau, dipersetujui juri jemputan minggu ini, Mas Idayu, Salma salah masuk 'key' untuk lagu "Nirmala".

"Nasihat saya untuk Salma, kekuatan anda adalah pada lagu 'pop adult rock', jadi lebih baik jika anda kekal pada lagu bergenre itu. Bila anda mencuba genre lain, nampak kelemahan anda."

Tidak sempat memberikan komennya ketika siaran langsung tadi kerana kesuntukan masa, beliau mengucapkan tahniah pada tiga finalis yang akan mara ke malam kemuncak Mentor 5. Namun pada masa yang sama, beliau mengingatkan mereka bertiga untuk memberikan segalanya pada malam itu.

"Jangan lagi nak 'try try'. Itu adalah konsert terakhir. Buatlah yang paling maksimum."

Penerbit Mentor 5: Bukan Misi Selamatkan Salma



Keputusan untuk memasukkan Salma, yang kebetulan finalis ketiga berdasarkan markah keseluruhan pusingan separuh akhir, ke finale Mentor 5 dibuat bukan untuk 'menyelamatkan' Salma.

Jelas penerbit eksekutif dan pengarah musim kelima Mentor, Muhamad Sufian Isa, keputusan itu dibuat awal hari ini selepas perbincangan dengan penasihat rancangan dan juri.

"Memang sejak dari awal, kita ada memaklumkan para mentor dan protege bahawa hanya akan ada dua finalis di finale nanti. Tetapi kita mengambil kira banyak faktor sebelum membuat keputusan ini. Ia bukan satu misi menyelamatkan Salma ataupun sekadar mencukupkan kuota.

"Kami melihat kemasukkan Salma sebagai memberi persaingan yang lebih hebat kepada Iqa dan Shiha. Ada lebih banyak kebaikan daripada keburukannya. Kami sedar keputusan ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peminat dan mentor tetapi kami minta semua melihat perkara ini sebagai satu persaingan sihat.

"Buat masa ini, semua mempunyai peluang sama rata untuk bergelar juara. Rebutlah peluang yang diberikan ini untuk melakukan yang terbaik."

Erra terkejut
Memberi komennya tentang kemasukkan Salma di saat-saat akhir, mentornya Erra Fazira mengakui terkejut dengan keputusan tersebut.

"Ia peluang terakhir untuk Salma menonjolkan dirinya. Saya percaya dia boleh membuat lebih baik lagi.

"Tadi dia pun terkilan kerana melakukan kesilapan. Apa yang berlaku malam ini akan membuat dia bangun balik sebab keputusan minggu depan akan tentukan hala tujunya selepas ini."

Shiha lebih bersemangat
Bila ditanya pada Shiha jika dia ambil kisah dengan kemasukkan Salma di finale, katanya tidak kira ia persaingan dua penjuru atau tiga penjuru, dia selesa.

Tambahnya, Salma seorang pesaing yang hebat. "Jadi saya perlu mencari sesuatu lebih supaya penonton dapat melihat kelebihan saya."

sumber dari: Gua.com

No comments:

Post a Comment