Klik Jangan Tak Klik

Friday, May 6, 2011

Hot FM bersama YAB PM Dato Seri Najib Tun Razak



Memang terbaik! Sebentar tadi PM telah pon menunaikan hasrat Fara Fauzana yang menjemput beliau untuk ke studio Hot FM, Kalau yang terlepas mungkin akan ada ulangan siaran radio bersama PM.
Antara yang dapat dikongsikan daripada interview bersama PM ini ialah skim Affordable Quality Housing, dimana dengan skim ini mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah mampu untuk membeli dan memeliki rumah sendiri. Aktiviti lain sempena kunjungan PM ke konti Hot FM ialah pertarungan hebat permainan dam aji antara PM dan Faizal Ismail. Nampaknya Dato Seri Najib kalah, Faizal menang.



YAB PM Dato Seri Najib Tun Razak mengatakan “Hot FM betul-betul Hot!”. Mana tak hot apabila Fara Fauzana mampu menarik perhatian PM untuk datang ke konti radio. Walaupun YAB PM Dato Seri Najib Tun Razak sibuk dengan tugas, beliau tetap meluangkan masa untuk datang dan mendekatkan diri dengan rakyat. Tahniah untuk YAB PM Dato Seri Najib Tun Razak.

sumber dari:  http://limauais.com

No comments:

Post a Comment