Klik Jangan Tak Klik

Sunday, April 10, 2011

Tahukah Anda Part 2!!!!!


ketinggian seorang angkasawan yang pulang ke bumi biasanya akan mengalami pertambahan sebanyak 2 inci. ini kerana, semasa berada di ruang angkasa, tulang rawan yang terdapat pada tulang belakang mereka berkembang kerana ketiadaan graviti.

jika kita boleh memandu dari bumi ke matahari dengan kelajuan sekitar 90 kilometer sejam, kita akan mengambil masa selama 193 TAHUN untuk sampai ke matahari.

telinga cengkerik terletak di hujung kaki depannya. kedudukannya, tepat di bawah mulut cengkerik.

ketika kaca pecah, kaca-kaca bergerak dengan kelajuan 3,000 kilometer sejam.

kalau nak merebus telur burung unta sehingga masak mengambil masa 40 minit.

hampir semua lipstik mengandungi sisik ikan.

jenis katak terbesar ialah katak Goliath ( Conraua Goliath ) yang boleh ditemui di Cameroon, Afrika Barat. tubuhnya boleh membesar sehingga 30cm panjang dan seberat sekitar 3.3 kilogram. semua jenis katak juga tidak meminum, sebaliknya menyerap air melalui kulit.

unta memiliki 3 kelopak mata.

nama negara Filipina berasal dari nama Raja Phillip manakala Arab Saudi berasal dari nama Raja Saud.

darah sama kental dengan air laut.

haiwan yang memiliki suara paling kuat ialah ikan paus biru. suaranya lebih kuat daripada bunyi motor Harley Dawidson dan bunyi ledakan bom. kuat suara ikan tersebut ialah 188 desibel! angka ini sama dengan sejuta kali lebih kuat bunyi jet ( yang mencapai tingkat kekuatan 120-130 desibel ).


No comments:

Post a Comment