Klik Jangan Tak Klik

Tuesday, April 12, 2011

Salma Terus Ungguli Kumpulan B




Bagai telah dijangka, progete Erra Fazira terus mengungguli Kumpulan B. Walaupun undiannya merosot tiga markah berbanding minggu sebelum ini, tetapi kedudukan Salma cukup selesa. Dia mendapat 77 markah meninggalkan Iqa dengan 56 markah dan Aiman dengan 43 markah.

Salma berjaya memikat penonton dan juri profesional dengan memberikan persembahan yang cukup hebat. Terutama ketika menyampaikan lagu 'Bukan Milikmu Lagi' yang dipopularkan oleh Agnes Monica.

Persembahan duetnya bersama Ratnah menyanyikan lagu Rama-Rama (Ella) juga tidak menghampakan.

Jadi tidak hairanlah mengapa Mas Idayu memberi pujian melangit kepada protege ini. Menurut Mas Idayu, Salma tidak bagus, tetapi dia hebat.

Mengulas tentang kedudukannya itu, Salma memberitahu dia gembira kerana ramai yang mengundi untuk dirinya. Tetapi, dia tidak mahu berasa cukup selesa kerana percaya segala kemungkinan boleh berlaku dalam sesebuah program realiti.

"Memang saya gembira apabila mendapat markah tertinggi dalam kumpulan ini. Tetapi saya tidak boleh berasa selesa kerana apa-apa pun boleh berlaku dalam pertandingan sebegini. Saya perlu fokus untuk pastikan persembahan saya selepas ini akan bertambah baik daripada hari ini. Masih banyak yang perlu saya perbaiki, '' ulas Salma ringkas.

sumber dari Gua.com

No comments:

Post a Comment