Klik Jangan Tak Klik

Monday, April 25, 2011

29 April 2011...Perkahwinan Kerabat Di Raja British PRINCE WILLIAM DAN KATE MIDDELTON




fiza tak sabar nak tengok majlis perkahwinan diraja British antara Putera William dan Catherine Middleton akan berlangsung pada 29 April 2011 iaitu pada pukul 5 petang waktu Malaysia tau...kita leh tengok secara LIVE tau kat Astro di Saluran 514. untuk pelanggan Astro Byond yang menggunakan HD Services boleh menonton secara HD di Saluran 700.

BAKAL CATAT 5 REKOD DUNIA
Media mempunyai pelbagai tanggapan mengenai maklumat terperinci majlis perkahwinan berkenaan. Malah, Guinness World Records menjangka pasangan diraja itu akan memecahkan beberapa rekod dunia dalam kategori perkahwinan. Berikut adalah jangkaan diperoleh daripada buku Guinness World Records : 


1. PENONTON TELEVISION PALING RAMAI.
Dianggarkan seramai 750 juta orang dari 74 negara menonton perkahwinan serba mewah Putera Charles dan Puteri Diana pada 1981. Dengan perkembangan media dan perhatian masyarakat tentang perkahwinan selebriti, perkahwinan William dan Kate Middleton bakal ditonton lebih ramai orang, mungkin mencecah satu bilion. 

2. PASANGAN PALING DIRUJUK DI INTERNET.
Pada era teknologi maju ini setiap maklumat terkini dapat diperoleh melalui Internet. Peminat pasangan diraja pasti melayari laman web apa saja untuk mengetahui berita mengenai mereka. Waktu ini, pasangan Khloe Kardashian dan Lamar Odom menduduki tempat pertama perkahwinan selebriti yang dirujuk pengguna Internet. 

3. KEK PERKAHWINAN TERBESAR.
Dengan jumlah tetamu yang ramai, William dan Kate memerlukan kek perkahwinan yang besar dan mahal. Menurut Guinness World Records, kek perkahwinan terbesar adalah seberat 6.8 tan yang dihasilkan tukang masak di Mohegan sun, Connecticut, Amerika Syarikat untuk acara pameran perkahwinan pada 2004. 

4. POTONGAN KEK PERKAHWINAN PALING MAHAL.
Berdasarkan rekod, potongan kek kahwin Duke dan Duchess of Windsor pada 1937 dijual pada harga AS$29,900 (RM) pada 1998 di pusat lelongan Sotheby’s. Dan kek buah William dan Kate dijangka tahan lebih lama dan pasti dijual dengan harga lebih mahal. 

5. GAUN TERMAHAL DAN PALING PANJANG? 
Tidak ada siapa yang tahu bagaimana rupa gaun perkahwinan yang akan dipakai Kate kerana masih dirahsiakan. Rekod, gaun pengantin paling bergemerlapan dibuat daripada 43,000 kristal di Romania tahun lalu. Tudung pengantin Lubnan, Sandra Mechleb terhampar sepanjang 3.3 kilometer pada 2009.

sumber dari 

No comments:

Post a Comment