Klik Jangan Tak Klik

Wednesday, March 30, 2011

Gambar-Gambar Rekabentuk Senibina Bangunan Yang Kreatif Tapi Pelik


Di dunia ini terdapat banyak arkitek yang kreatif merekabentuk bangunan samada untuk kediaman, pejabat atau dijadikan museum dan sebagainya. Di sini beberapa rekabentuk bangunan yang boleh dikatakan pelik tapi kreatif.

Device to Root Out Evil (Vancouver, Canada)

Museum of Contemporary Art (Niteroi, Brazil)


ING Headquarters (Amsterdam, Netherlands)

Experience Music Project (Seattle, Washington, USA)

The Torre Galatea Figueras (Spain)

Upside Down House (Szymbark, Poland)

The Basket Building (Ohio, USA)

Stone House (FAFE, Portugal)

Kansas City Public Library (Missouri, USA)

Ryugyong Hotel (Pyongyang, North Korea)

Container City (London, UK)

Solar Furnace (Odeillo, France)

Erwin Wurm: House Attack (Viena, Austria)

Ripley's Believe It or Not! (Niagara Falls, Ontario, Canada)


Wonderworks (Pigeon Forge, TN, USA)


Manchester Civil Justice Centre (Manchester, UK)


Edificio Mirador (Madrid, Spain)


Luxor Hotel & Casino (Las Vegas, USA)


Gherkin Building (London, UK)


Cubic Houses (Rotterdam, Netherlands)


Hebat bukan? Imaginasi manusia memang bermacam ragam.
Tag: arkitek kreatif, bangunan pelik, gambar bangunan hebat, gambar pelik, gambar pelik tapi benar, imaginasi hebat, senibina kreatif


p/s: ada banyak lagi gambar fiza pilih yang berkenan je...
tapi sebenarnya malas nak upload...ahaks!!!!


sumber dari GambarPics

Intim Dengan Suami, Elak 8 Perkara Ini!!!!!



sebagai isteri anda tentunya mahu memberi yang terbaik buat suami tercinta. pastinya ia bukan setakat menguruskan dirinya, menyediakan makan minum, atau tampil menarik di hadapan suami.
menjadi keutamaan buat seorang isteri juga memberi ketika bersama persembahan yang terbaik ketika bersama suami di ranjang. dalam memberi yang terbaik ini anda juga seharusnya mengetahui perkara-perkara yang tidak disukai oleh lelaki anda ketika berhubungan intim. semak 8 perkara berikut yang perlu anda hindar iselama bersama dengannya.

1. Menyebut Tentang Lelaki Lain
jangan sesekali menyebut tentang lelaki lain ketika anda sedang beraksi dengan suami, sebagai contoh bekas suami. perkara ini seolah2 anda membandingkannya sehingga mampu membuatkan suami hilang mood.

2. Tergesa-gesa Mengenakan Pakaian
ini perkara yang paling membuatkan suami hilang perasaan. isteri terburu2 menarik selimut menutupi tubuh atau memaling badan selepas acara bercinta sedangkan suami terlantar kepenatan. perkara ini hanya akan membuatkan suami berkecil hati. seharusnya, jika anda memang menikmati hubungan seksual tersebut, anda juga tidak kisah memperlihatkan tubuh anda yang sebenar pada suami.

3. Malu Dengan Tubuh Sendiri
ketika suami mengusap atau membelai bahagian tubuh tertantu anda cuba menolaknya. malah anda juga lebih senang melakukan hubungan intim di dalam kegelapan agar suami tidak dapat melihat kekurangan tubuh seperti perut yang menggeleber, selulit ataupun payu dara anda yang melendut. hakikatnya sebenarnya suami tidak pernah ambil pusing tentang perkara tersebut sekiranya sudah terangsang. oleh itu tidak perlulah berusaha melindunginya ataupun berkeluh kesah tentang kekurangan diri.

4. Tidak Memberitahu Apa Yang Disukai
walaupun sudah lama melayari hidup bersama anda namun belum tentu suami tahu apa yang anda sukai ketika di ranjang. contohnya bahagian tubuh mana yang anda suka untuk disentuh, posisi kesukaan malah aksi pemanasan yang anda sukai tidak akan diketahui suami kecuali anda memberitahunya. usah perlu malu untuk meluahkan kerana yang penting adalah kepuasan. tiada gunanya suami bekerja keras tapi anda tidak terangsang dan puas.

5. Posisi Yang Sama
perihal posisi ketika hubungan seks bukan tertakluk pada suami saja, sebaliknya isteri juga perlu menentukannya. oleh itu tidak salah anda bertanya kepada suami posisi apa yang disukai. selain itu jangan sesekali hanya mempraktikkan aksi yang sama setiap kali hubungan intim, cubalah posisi baru yang tentuntunya akan memberi lebih kepuasan pada suaminya.

6. Berasa Jijik
anda mungkin tidak sedar mengucapkan kata2 atau menunjukkan ekspresi yang menandakan anda merasa jijik. tapi dalam hal ini lelaki sangat sensitif. misalnya, anda tak mahu melakukan oral seks lantas menolaknya dengan kata2 yang agak kasar. sepatutnya anda mengakui tidak selesa dengan cara tersebut tanpa mengeluarkan kata yang menyakitkan hatinya.

7. Anda Pemalas Atau Pasif
hubungan seks akan terjadi kerana anda dan suami menginginkannya. oleh itu anda berdua harus sama2 berusaha. tidak adil jika hanya suami yang melayani anda. sedangkan anda kaku di atas katil tanpa memberi respons. sikap ini akan membuat suami rasa kecewa. seharusnya anda menunjukkan bahawa anda menginginkan dirinya dan mempamerkan ekspresi anda begitu menikmati hubungan intim yang sedang dilakukan.

8. Memaksa Ereksi
ada masanya lelaki tidak akan langsung mengalami ereksi meskipun anda sudah berusaha melakukan pemanasan. oleh itu jika ini berlaku jangan sesekali anda memaksa dirinya. anda sendiri sudah tentu tidak mahu suami memaksa anda melakukan seks ketika ketiadaan mood bukan?? oleh itu jika suami belum bersedia, bersabarlah. teruskan pemanasan dengan aksi yang lebih hebat, mungkin cara itu akan membuatkan dirinya terangsang.

Tak Sabar Nak Tunggu MAHARAJA LAWAK Lusa Nie!!!!!!!


Finalis Raja Lawak Semua Musim Berentap Dalam
 Maharaja Lawak

Bertitik tolak daripada kejayaan dan penerimaan positif terhadap program Raja Lawak;  sebuah program realiti pencarian bakat untuk menjadi pelapis dalam bidang lawak jenaka dan komedi di kalangan rakyat Malaysia, Astro buat julung kalinya mempersembahkan Maharaja Lawak; sebuah lagi program pencarian pelawak terunggul di kalangan yang terhebat yang bakal bersiaran secara langsung pada 
setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 1 April 2011 menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam Pakej Mustika.
Program Maharaja Lawak ini juga akan dikemudikan oleh AC Mizal yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama 10 minggu bersiaran. 

Menggunakan konsep dan format yang seakan-akan sama seperti lima musim Raja Lawak Astro sebelum ini, program ini akan menghimpunkan hampir kesemua bekas juara dan finalis dari musim pertama hingga musim kelima yang bakal berentap sekali lagi di atas pentas untuk dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak. 

Bezanya, nasib para peserta bukan lagi ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) tetapi akan diadili dengan sistem pemarkahan 50% oleh juri tetap dan 50% daripada undian penonton. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Warna.

Peserta-peserta Maharaja Lawak adalah terdiri daripada YUS, Kumpulan JOZAN dan TAUKE daripada Raja Lawak Astro (RLA) Musim Pertama; NABIL dan Kumpulan XN3 (RLA Musim Kedua); Kumpulan SEPAH, JIHAN dan AMIR (RLA Musim Ketiga); Kumpulan KECIK, IDLAN dan ALEX (RLA Musim Keempat) serta juara dan finalis RLA Musim Kelima yang masih belum dikenal pasti setakat ini.

Peserta paling menyerlah yang berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, 000. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan memenangi wang tunai sebanyak RM200, 00 dan RM100, 000 setiap seorang.

Tiga orang juri tetap akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka bakal menilai para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti serta bakat dan kemahiran lakonan yang paling menyerlah.

Jozan adalah peserta paling ramai peminat...adakah diorang nie yang akan menang????

tapi fiza minat kumpulan Sepah...hehehe..
lagi gambar2 peserta Maharaja Lawak


p/s: 1 jer fiza pelik kenapa kumpulan cham along dengan azrul tak ada??


sumber dari Astro.com

Tuesday, March 29, 2011

Pelajar- Pelajar Akedemi Fantasia Musim Ke-9.. Musim Last La...


 

Akhirnya semalam bertempat di AEON2 Setiawangsa, 12 pelajar Akademi Fantasia 9 dan tenaga-tenaga pengajar telah pun diumumkan. Sekali pandang, kesemua pelajar nampak ada pakejnya yang tersendiri. Kita tunggu konsert Tirai AF9 yang bakal berlangsung 2 April ini jam 9 malam di Astro Ria 104 untuk tengok suara mereka pulak.

Untuk makluman, pengetua AF9 hanya akan diumumkan semasa konsert tirai AF9. Dengar-dengar ceritanya Amy Search bakal dinobatkan sebagai pengetua AF9. Benar atau tidak, korang kena tercongok depan TV hari Sabtu ini. Untuk tenaga pengajar pulak, Syafizawati dan Ning Baizura dilantik sebagai guru vokal, Adlin Aman Ramlie sebagai guru seni persembahan, Fatimah Abu Bakar sebagai guru motivasi dan Aris sebagai guru tari.
Menariknya AF9 kali ini ialah sesi pembelajaran akan diadakan di dalam akuarium besar bertempat di AEON Setiawangsa. Jadi kalau sesiapa yang kebosanan tak tahu nak buat apa, boleh pergi ushar apa pelajar-pelajar AF9 nie buat kat sana.  Lagi gambar 12 pelajar Akademi Fantasia 9 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Lawatilaman web rasmi Akademi Fantasia atau follow Twitter Akademi Fantasia untuk update terkini.
p/s: kenapa Aris jadi guru tari??? mana Linda Jasmine??? dengar cerita Linda Jasmine mengandung lagi anak ke-2. rasanya dah 3 bulan. nak tahu lebih lanjut masuk OhBulan....
sumber dari Beautifulnara

Rossa Tidak Tahu Lagunya Pernah Dinyanyikan Ella &Shah



sape2 tgk Konsert Mentor kumpulan A yang lepas mesti korang ada perasan
yang penyanyi jemputan dan juga juri untuk malam tu ada nyanyi lagu KU MENUNGGU.
mesti korang pernah dengar kan lagu nie. sebelum nie Ella dengan Shah dari Singapura
nyanyi lagu nie gak tapi tajuk dia KU MERINDU. memang ada persamaan 
antara 2 lahu nie...baca di bawah fiza copy dari www.gua.com.my



Jika anda peminat tegar Rossa , pasti anda sudah tahu dengan kisah terbaru penyanyi berusia 32 tahun ini. Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani telah pun muncul dengan album terbaru berjudul Harmoni Jalinan Nada & Ceria.

Album yang memuatkan 14 buah lagu hits ini menimbulkan tanda tanya apabila salah satu lagu baru yang dimuatkan dalam album ini mempunyai persamaan dengan lagu yang pernah dipopularkan oleh Ella dan Shah. Rossa menggunakan tajuk Ku Menunggu, manakala lagu dendangan Ella dan Shah bertajuk Ku Merindu.

Mengulas tentang perkara ini, Rossa yang ditemui dalam satu sesi fotografi pada petang tadi memberitahu yang dia sebenarnya sama sekali tidak tahu yang lagu itu pernah dinyanyikan oleh Ratu Rock itu.

“Saya mendapat tahu perkara ini hanya selepas lagu ini dirakamkan dan dimuatkan di dalam album. Itupun selepas ada beberapa peminat dari Malaysia memberi komen di laman Youtube yang memuatkan lagu ini. Selepas itu barulah saya berkesempatan mendengar versi nyanyian Ella.

Memang ada persamaan, tetapi melodi dan lirik kedua-dua lagu ini ternyata berbeza. Saya membawakan lagu ini secara akustik, sedangkan Ella dan Shah muziknya lebih kepada Pop Rock.

Sejujurnya saya tidak melihat persamaan ini sebagai isu yang besar kerana muzik itu boleh didengari oleh sesiapa sahaja. Jika ada yang berpendapat lagu ini diplagiat, rasanya saya bukan individu yang sesuai untuk memberi komen. Mungkin pencipta lagu ini, Mery LC lebih layak,” ujar Rossa berterus-terang.

Ditanya sama ada dia kesal atau tidak memilih lagu ini, penyanyi bertubuh genit ini memberitahu dia tidak menyesal kerana dia sangat menyukai lagu yang berkisar tentang cinta itu.

“Pertama kali mendengar demo lagu ciptaan Mery ini, saya sudah suka dengan melodi dan liriknya. Lantas, saya minta Mery untuk buat susunan muziknya. Ketika itu saya sibuk dengan persiapan Konsert Melodi Cinta Rossa yang diadakan di sini tahun lalu.

Saya masih ingat, ketika itu Mery kerap menghubungi saya di sini menggunakan telefon untuk berbincang tentang melodi lagu ini. Selepas tiga kali ditukar barulah saya puas hati,” ujar Rossa lagi.

Album Harmoni Jalinan Nada & Cerita sudah berada di pasaran Malaysia bermula 18 Disember tahun lalu. Antara lagu yang dimuatkan ialah Atas Nama Cinta, Ayat-ayat Cinta, Hey Ladies, Terlanjur Cinta dan Pudar. Tiga lagu baru yang dimuatkan pula ialah Ku Menunggu, Jagat Khayalku dan Memeluk Bulan.

Jika diteliti lirik lagu Ku Menunggu dengan Ku Merindu sememangnya tiada persamaan, namun pendengar muzik harus mendengar kedua-dua lagu tersebut dan membuat penilaian sendiri.
NIE LIRIK LAGU ROSSA " KU MENUNGGU "
Ku menunggu
Ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
Tak akan ku ganggu engkau dengan kekasihmu
Ku kan selalu di sini untuk menunggumu
Cintaiku
Ku berharap kau kelak kan cintai aku
Saat kau telah tak bersama kekasihmu
Ku lakukan semua agar kau cintaiku
Chorus:
Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
(Ada cemburu juga rindu ku tetap menunggu)
Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu
Datang padaku
Ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
Saat kau sadar betapa ku cintaimu
Ku akan selalu setia tuk menunggumu
Na na na na na na na na na…..

NIE LIRIK LAGU ELLA DAN SHAH " KU MERINDU "
Shah:
Ku merindu
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu

Ella:
Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku

Ku selalu, merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku

(Korus)
Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu

Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu

Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu
Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu…
Na na Na… Na na Na..

yang penting na na na tu tetap sama...dah tak ada idea lain kot

p/s: hehehe gambar Rossa banyak kan...sebab fiza memang minat penyanyi nie.

sumber dari Gua.com