PERINGATAN: Tips Ini Untuk Pasangan Suami Isteri
Yang Sah Je. Yang Belum Kahwin Jangan Gedik
Nak Buat Kat Pasangan Anda. Sekian Terima Kasih.
Biasanya, suamilah yang akan memulakan langkah awal dengan memberikan ciuman di bibir anda. Namun, bagi menyemarakkan lagi hubungan intim anda dan suami, apa kata anda mempelajari tips-tips bercium yang lebih erotik agar dapat menghairahkan suami anda. Jika dilakukan dengan betul, sudah pastinya suami akan terkejut melihat ‘kehebatan’ anda diatas ranjang. Jom ikuti tips di bawah ini:
1. Hiasi kamar tidur dahulu
Sebelum melakukan mana-mana adegan bercium, langkah pertama ialah hiasi bilik tidur anda dengan wangi-wangian yang segar dan harum. Atau taburkan beberapa kelopak bunga ros di atas katil bagi membangkitkan rasa romantik …….
2. Menghias diri
Berhiaslah cantik-cantik di depan suami anda. Pakailah lingerie yang seksi dan perfume yang harum seperti vanilla dan jasmine yang akan menaikkan nafsu suami anda
3. Sentuh tubuh suami
Jangan malu-malu untuk menyentuh tubuh suami anda. Gunakan jari-jemari anda yang lembut dan gebu itu untuk membelai daerah-daerah di sekitar wajah suami, membelai rambutnya dengan lembut sambil melirikkan pandangan yang manja, mencakar atau meraba-raba bahagian belakang dan depan tubuh suami, paha, pinggang dan seterusnya.
4. Gunakan lidah anda untuk bermain-main di sekitar bibir suami
Sambil membelai rambutnya, beranikan diri anda untuk bermain-main atau rangsang suami anda di sekitar daerah bibirnya dengan menggunakan lidah anda.
5. Buka bibir suami dengan lidah anda
Apabila anda merasakan keghairahan suami makin memuncak, gunakan lidah anda untuk membuka bibirnya dengan lembut. Satu lagi cara untuk mengghairahkan si dia ialah dengan menggigit bibir atas dan bibir bawahnya dengan lembut.
6.Hisap lidah suami dengan lembut
Teruskan langkah dengan menghisap lidah suami dengan lembut, pasti akan ada tindak balas dengan hisapan semula oleh suami.
7. Jangan malu-malu untuk tunjukkan keghairahan anda
Tunjukkan keghairahan anda sendiri dengan melakukan ciuman dengan lebih berahi dan lebih agresif. Pasti suami akan terangsang dengan keagresifan sikap seksual anda. Jangan lupa juga untuk mengerang dalam keghairahan kerana lelaki sememangnya suka mendengar pasangannya menjerit dalam keseronokan.
8. Gunakan jari-jemari anda untuk mencakar dan membelai
Semasa bercium, pastikan jari-jemari anda yang lembut itu sentiasa membelai suami. Misalnya, menarik rambut suami dengan lembut, mencakar bahagian bahu dan belakangnya dengan menggunakan kuku anda (jangan cakar dengan kuat sudahlah yer) dan meraba-raba dada suami anda…
9. Pelbagaikan cara bercium
Jika dikaji, sebenarnya terdapat pelbagai jenis ciuman yang boleh anda praktikkan bagi menaikkan lagi nafsu suami. Misalnya teknik ciuman ‘French Kiss’ (ciuman menggunakan lidah), ‘Freeze Kiss’ (memasukkan ais ke dalam mulut kemudian gunakan lidah untuk transfer ais tue ke dalam mulut pasangan anda), ‘Angel Kiss’ (ciuman lembut di sekitar bahagian mata pasangan anda) dan banyak lagi teknik-teknik lain.
10. Explore daerah lain
Contohnya, jangan tertumpu ciuman anda di bibir dan daerah muka suami sahaja… sebaliknya cuba explore bahagian lain seperti bahagian dagu, leher, daerah telingga,bahu dan dada. Anda juga boleh membuat ‘love bite’ atau gigitan cinta pada leher suami. Dari situ anda bolehlah pulak explore ke bawah dan ke bawah lagi dan seterusnya.
sumber dari SESALJU BAYU
No comments:
Post a Comment