pilihan makanan yang sedia ada di pasaran biasanya mengandungi komponen buatan
seperti pewarna dan perisa makanan yang parisa dasarnya boleh menimbulkan penyakit.
komponen tambahan yang tanpa disedari boleh menjadi racun pada tubuh ini
mampu mengganggu kesihatan secara pelahan-lahan.
oleh itu bagi mengelakkan kita mengambil bahan yang memudaratkan ini
marilah kita amalkan tip di bawah:
Kurangi Lemah Haiwan
produk haiwan berkemungkinan mengandungi hormon2 sintetis, antibiotik. DDT
dan pestisida yang lain. bahan ini berbahaya jika bersebati di dalam lemak haiwan.
ketika dimakan, komponen ini akan masuk ke dalam tubuh dan ia kekal di dalam tubuh
selama bertahun2 dan menimbulkan kerosakan. sebab itu, pilih daging,
atau produk susu yang rendah lemak. selain itu cuba dapatkan lemak tidak tepu
dari tumbuhan seperti avokado dan biji rami. buang semua lemak dan kulit dari daging.
selainnya andaboleh memanggang daging atau ikan untuk mengeringkan lemak.
jika boleh hindari menggoreng makanan dan cuba kurangkan pengambilan daging.
terapkan pola makan vegetarian sekali seminggu untuk dapatkan kebaikannya.
Bersihkan Sayur Dan Buah
pastikan anda mencuci setiap sayur-sayuran dan buah-buahan untuk membuang
bahan kimia yang terdapat di permukaannya. cara efektif adalah dengan mencuci
sayur dan buah-buahan sebaik sahaja dibawa pulang ke rumah..
Hindari Makan Dalam Tin
makanan dan minuman di dalam tin biasanya dilapisi dengan bahan yang mengandungi
bisphenol-A iaitu bahan kimia perosak hormon yang terkumpul di dalam tin
menggunakan alternatif yang lebih selamat. tetapi buat sementara waktu, lebih baik
memilih makanan yang segar dan makanan kering atau beku dalam kemasan botol kaca.
Amalkan Penyediaan Makanan Secara Sihat
daging panggang atau daging siap saji berisiko lebih besar menyebabkan kencer.
proses memanggang mencipta asap yang mengandungi Carcinohenic Polycyclic
Aromatic Hydrocarbons atau PAHs. komponen ini akan terkumpul di permukaan makanan.
ketika daging, ayan dan ikan dimasak dalam suhu yang tinggi untuk jangka
waktu yang lama, ia akan menghasilkan Carcinogenic Heteroccylic Amines
atau HCAs. kedua-dua PAHs dan HCAs berpotensi menyebabkan kenser.
makanan mentah yang belum diproses,kekal mengandungi nutrisi semula jadi.
selain itu, makanan yang dihasilkan dari bijirin penuh seperti oat, roti mil penuh
dan beras merah juga antara yang baik.
Makanan Di Rumah
anda tidak boleh mengawal nutrisi makanan ketika memesan makan di luar.
jadi, apa kata anda mula melindungi kesihatan anda sambil berjimat dengan
memaksa hidangan makanan sendiri di rumah. sekiranya terpaksa makan di luar,
pilihlah makanan2 yang sihat.
( pic di atas sesaja je fiza letak...hehehehe.. )
No comments:
Post a Comment