Klik Jangan Tak Klik

Thursday, March 10, 2011

Sikap Buruk Lelaki!!!!!


setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri dalam hidup. antaranya panas
baran, kepala angin, pendiam, pemalu, terlalu marah, penipu dan sebagainya.
tidak kira lelaki mahu pun wanita, semuanya mempunyai kelemahan yang 
andainya tidak dikawal, akan membuat seseorang itu kelihatan lemah di mata
 orang lain.tidak dinafikan, memang ada manusia memiliki sifat2 kesombongan
 dan di dalam diri dan sifat buruk itu menjadi kelemahan yang sukar mereka atasi. 
cuba semak, apa kelemahan lelaki.

Mudah Mengeluarkan Kata2 Cacian
tidak dinafikan, lelaki mudah mengeluarkan kata2 berbentuk cacian tatkala marah.
mereka bebas bercakap tanpa memikirkan adakah hati pasangannya
terluka atau tidak??? selalunya jiwa yang rosak akan bertambah parah.
di mana kata2 makian ini, akan berdendam di dalam hati. kedangkala lelaki marah 
kerana isu2 remeh-temeh seperti penampilan pasangan, masakan tidak sedap,
tidak melayan nafsunya diranjang, tiada duit dan sebagainya. awas, jika anda 
menyayangi pasangan, jangan sesekali melontar kata2 nista terhadapnya. 
ingat, kata2 lebih tajam dari mata pedang.

Tidak Matang
sesetengah lelaki kelihatan tidak matang berbanding usianya. malah perkara humor
 yangdibuat oleh mereka juga kadangkala tidak kena pada tempatnya. 
bayangkan, anda cuba berbuat perkara lucu di sebuah majlis yang sangat formal
sedangkan semua orang sedang serius ketika itu. sesetengah lelaki cuba membuat
 lawak kerana mereka berfikir, wanita mudah tertarik kepada lelaki yang lucu. 
tetapi kalau lucu anda itu menunjukan ketidakmatangan, anda pasti 
gagal memikatnya juga. jadi sebelum menunjukkan sifat tidak matang itu,
berfikir dahulu sebelum melakukannya.

Anda Lelaki Yang Membosankan
bosan!!! menyebutnya saja sudah dapat kita bayangkan bagaimana suasana ketika itu.
awas, jangan tidak tahu, ada lelaki yang sangat membosankan di mata wanita.
ambil contoh lelaki yang langsung tidak mempedulikan tarikh2 penting pasangannya, 
gagal membuat lawak, serius pada satu2 perkara, tidak prihatin dan sebagainya dan
 kalaulah sikap anda begitu, andalah lelaki yang sangat membosankan.
biasanya, wanita tidak akan teragak-agak meninggalkan anda.

Perlakuan Tanpa Sedar
pernah anda berhadapan dengan satu situasi. anda ditengking di hadapan semua orang
dengan kata2 kurang menyenangkan. anda malu dan terus menangis bila semua orang
memandang. tahukah anda, satu lagi sikap buruk lelaki adalah melakukan sesuatu 
perkara tanpa menyedari perbuatan mereka tu salah dan tidak kena pada tempatnya.
namun kalau inilah yang terjadi, anda tidak mempunyai ruang dan masa untuk 
memohon maaf kepada si dia yang telah anda sakiti hatinya.

Tidak Suka Berterus-terang
" abang balik lambat hari ni, bos suruh buat kerja2 yang menimbun di pejabat ".
atau
" saya ada urusan penting minggu ini, tak boleh nak jumpa awak minggu ini ".
ayat2 di atas mungkin antara ayat biasa anda dengar diucapkan oleh lelaki.
kadangkala mereka menggunakan pelbagai alasan untuk mengelak dari menjawab
pertanyaan diajukan oleh teman wanita/isteri. ramai lelaki yang hanya suka memberi 
jawapan sangat ringkas, sedangkan wanita ingin tahu dengan lebih teliti.
sebenarnya, inilah satu sikap lelaki yang sangat ketara, yang mana ramai wanita
beranggapan, lelaki sangat membosankan. jawapan tidak pernah jujur.
walaupun kajian mendapati lelaki suka menjawab pertanyaan dengan ringkas
kerana itu sikap mereka tetapi sikap itu boleh diubah. ia bukan seperti wajah ciptaan 
Allah SWT, yang manusia diharamkan mengubahnya kecuali atas sebab2 perubatan.
kalau anda berfikir, wanita banyak bercakap, anda usahakanlah juga menjawab
pertanyaan wanita dengan panjang lebar agar hati mereka puas mendengarnya.

Tidak Menepati Masa
sesetengah orang sangat menepati masa dan pantang jika tetamu yang ditunggu hadir 
lewat. namun sesetengahnya pula bersikap ambil lewa tentang kepentingan masa.
bagi mereka, lama menunggu bukan masalah asalkan sampai. tapi kalau anda 
gagal dalam pengurusan hidup. jadi kalau anda gagal dalam pengurusan hidup
yang memerlukan perancangan lebih teliti.

Berlanja Lebih Dari Pendapatan
bukan sahaja wanita, tetapi ada juga lelaki yang tidak mampu mengurus kewangan
dengan teliti. mereka sering berbelanja lebih dari pendapatan. malah adakalanya
mereka membuat wang kepada soal2 sosial iaitu untuk berseronok di pusat
snuker, selalu minum di luar dan sebagainya. jadi inilah sebahagian dari sikap
buruk yang perlu anda akui dan perlu memperbaikinya jika anda memilikinya,
kerana selagi anda tidak mengubah sikap buruk ini,
 anda tidak sukar berjaya dalam kehidupan!!!!

No comments:

Post a Comment