Klik Jangan Tak Klik

Wednesday, March 30, 2011

Intim Dengan Suami, Elak 8 Perkara Ini!!!!!



sebagai isteri anda tentunya mahu memberi yang terbaik buat suami tercinta. pastinya ia bukan setakat menguruskan dirinya, menyediakan makan minum, atau tampil menarik di hadapan suami.
menjadi keutamaan buat seorang isteri juga memberi ketika bersama persembahan yang terbaik ketika bersama suami di ranjang. dalam memberi yang terbaik ini anda juga seharusnya mengetahui perkara-perkara yang tidak disukai oleh lelaki anda ketika berhubungan intim. semak 8 perkara berikut yang perlu anda hindar iselama bersama dengannya.

1. Menyebut Tentang Lelaki Lain
jangan sesekali menyebut tentang lelaki lain ketika anda sedang beraksi dengan suami, sebagai contoh bekas suami. perkara ini seolah2 anda membandingkannya sehingga mampu membuatkan suami hilang mood.

2. Tergesa-gesa Mengenakan Pakaian
ini perkara yang paling membuatkan suami hilang perasaan. isteri terburu2 menarik selimut menutupi tubuh atau memaling badan selepas acara bercinta sedangkan suami terlantar kepenatan. perkara ini hanya akan membuatkan suami berkecil hati. seharusnya, jika anda memang menikmati hubungan seksual tersebut, anda juga tidak kisah memperlihatkan tubuh anda yang sebenar pada suami.

3. Malu Dengan Tubuh Sendiri
ketika suami mengusap atau membelai bahagian tubuh tertantu anda cuba menolaknya. malah anda juga lebih senang melakukan hubungan intim di dalam kegelapan agar suami tidak dapat melihat kekurangan tubuh seperti perut yang menggeleber, selulit ataupun payu dara anda yang melendut. hakikatnya sebenarnya suami tidak pernah ambil pusing tentang perkara tersebut sekiranya sudah terangsang. oleh itu tidak perlulah berusaha melindunginya ataupun berkeluh kesah tentang kekurangan diri.

4. Tidak Memberitahu Apa Yang Disukai
walaupun sudah lama melayari hidup bersama anda namun belum tentu suami tahu apa yang anda sukai ketika di ranjang. contohnya bahagian tubuh mana yang anda suka untuk disentuh, posisi kesukaan malah aksi pemanasan yang anda sukai tidak akan diketahui suami kecuali anda memberitahunya. usah perlu malu untuk meluahkan kerana yang penting adalah kepuasan. tiada gunanya suami bekerja keras tapi anda tidak terangsang dan puas.

5. Posisi Yang Sama
perihal posisi ketika hubungan seks bukan tertakluk pada suami saja, sebaliknya isteri juga perlu menentukannya. oleh itu tidak salah anda bertanya kepada suami posisi apa yang disukai. selain itu jangan sesekali hanya mempraktikkan aksi yang sama setiap kali hubungan intim, cubalah posisi baru yang tentuntunya akan memberi lebih kepuasan pada suaminya.

6. Berasa Jijik
anda mungkin tidak sedar mengucapkan kata2 atau menunjukkan ekspresi yang menandakan anda merasa jijik. tapi dalam hal ini lelaki sangat sensitif. misalnya, anda tak mahu melakukan oral seks lantas menolaknya dengan kata2 yang agak kasar. sepatutnya anda mengakui tidak selesa dengan cara tersebut tanpa mengeluarkan kata yang menyakitkan hatinya.

7. Anda Pemalas Atau Pasif
hubungan seks akan terjadi kerana anda dan suami menginginkannya. oleh itu anda berdua harus sama2 berusaha. tidak adil jika hanya suami yang melayani anda. sedangkan anda kaku di atas katil tanpa memberi respons. sikap ini akan membuat suami rasa kecewa. seharusnya anda menunjukkan bahawa anda menginginkan dirinya dan mempamerkan ekspresi anda begitu menikmati hubungan intim yang sedang dilakukan.

8. Memaksa Ereksi
ada masanya lelaki tidak akan langsung mengalami ereksi meskipun anda sudah berusaha melakukan pemanasan. oleh itu jika ini berlaku jangan sesekali anda memaksa dirinya. anda sendiri sudah tentu tidak mahu suami memaksa anda melakukan seks ketika ketiadaan mood bukan?? oleh itu jika suami belum bersedia, bersabarlah. teruskan pemanasan dengan aksi yang lebih hebat, mungkin cara itu akan membuatkan dirinya terangsang.

No comments:

Post a Comment