Klik Jangan Tak Klik

Wednesday, March 23, 2011

Segmen "Selongkar" Dari Rancangan FUHHH!!! TV3


hai semua kita berjumpa lagi dalam rancangan F.U.H.H.H!!!!
mesti korang semua pelik kan kenapa Awal Ashaari tak ada...ya dari minggu ini dan 
seterusnya anda di temani dengan pengacara baru iaitu saya sendiri...
Puan Norhafizah a.k.a Fiza...hehehe..
pertama sekali kita ke segmen kegemaran semua dan termasuk fiza...
apa lagi kalau bukan segmen "selongkar"...
kali ni kita ada kelainan sedikit dari musim yang dulu...
kali ini diorang akan "selongkar" barang2 make-up pengacaranya dahulu...
sapa lagi kalau bukan fiza..hehehe...

hahaha ada bakat tak fiza jadi pengacara FUHHH!!!!...
berangan sekali sekala apa salahnya...bukan kena duit pun......
fiza nak tunjuk barang2 make-up fiza setelah fiza bergelar seorang isteri.
sebelum kahwin fiza tak tau sangat bab2 make-up nie...
fiza cuma pakai krim muka, bedak dengan gincu (lipstick)...
ni je yang fiza tahu pakai...lawak kan kalau orang perempuan tak tau make-up ni.
tapi sekarang fiza dah tau serba sedikit. kita make-up pun nak cantik kan..
untuk suami kita gak bukan untuk orang lain..hehehe..

ni semua barang make-up fiza...

skit je kan...ok la tu fiza bukan artis nak ada make-up banyak2..
ni pun tak terpakai..hehehe..ni semua husband fiza yang belikan..

eyeshadow dan blusher... Elianto, IN2IT dan SilkyGirl

barang2 make-up fiza murah2 je..tak la berjenama sangat..
abaikan corak bunga merah tu ek...sebab fiza amik gambar nie atas katil..
hehehe...( cantik tak cadar katil fiza??? ahaks!!! )

bedak muka Miyami 01, Loose Powder SilkyGirl,
Magic Face Powder SilkyWhite
Foundation SilkyGirl dan Krim muka Safi Balqis

korang mesti pelik kan banyak bedak fiza pakai...ok fiza terangkan..
krim muka safi tu fiza pakai tiap2 hari lepas mandi pagi...lepas tu fiza pakai bedak
 magic face powder silky girl lak sebab nanti berminyak muka kalau tak pakai bedak.
kalau fiza nak keluar dating atau keluar jalan2 fiza pakai foundation silky girl,
lepas tu pakai loose powder silky girl...dan baru pakai bedak miyami..
lepas tu baru make-up macam biasa..hehehe...

berus blusher, eyeshadow, lipstick, bulu mata dan kening

benda nie pun banyak kegunaan gak..mesti la korang pun tahu kan...

liquid eyeliner, eyeliner pencil dan Maskara SilkyGirl

ha nie yang paling penting liquid eyeliner...kalau fiza tak pakai rasa lain je..
kalau kuar p kedai ke pasar malam ke fiza tak make-up 
cuma pakai bedak dan liquid eyeliner nie je...nampak mata segar skit..hehehe..

Lipstick SilkyGirl,  Lipstick IN2IT dan Lips Gloss IN2IT

fiza suka 2 lipstick nie cantik nampak natureal je bila fiza pakai...
lebih2 lagi lipstick silky girl ni...warna dia nak coklat2 skit..
lepas tu sapukan skit lips gloss nampak kilat2 skit...
ok la sampai sini fiza nak kongsi. kalau ada yang baru fiza updated lagi nanti..
tata Assalammualaikum......


No comments:

Post a Comment