kesalahan yang satu ini memang dilakukan oleh sebahagian isteri, tatkala suami
berkehendakkan seks ada kalangan mereka yang bertindak membelakangkan
suami ataupun enggan memenuhi permintaan tersebut. sama ada disedari atau tidak
oleh para isteri ini bahawa sesungguhnya Allah S.W.T murka kepada pada wanita
yang bersikap demikian, seperti sabda Rasulullah S.A.w yang bermaksud
" demi zat yang jiwaku berada berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil
isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan )
melainkan Allah S.W.T murka terhadapnya hingga si suami redha padanya. "
( riwayat muslim )
isteri tidak wajar menolak permintaan seks suami tanpa sebab munasabah sebaliknya
tanggungjawab tersebut wajib dilaksanakan dengan segera. antara alasan yang paling
kerap diberikan oleh pihak isteri untuk menolak ajakan seks suami adalah
tiada mood untuk seks. sekiranya benar, masalah tiada mood untuk seks ini kerap
berlaku maka seharusnya isteri mencari jalan penyelesaiannya.
ketiadaan mood ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana lama-kelamaan
diri akan terbiasa tidak melakukan hubungan seks. akibatnya hubungan dengan suami
menjadi hambar dan lebih serius lagi pihak suami mencari jalan lain untuk melampiaskan
tuntutan batin yang terpendam dengan cara yang salah di sisi agama.
sebaliknya selidiklah mengapa mood untuk seks tidak kunjung datang.
adakah ia berpunca dari keletihan akibat tugas di rumah dan di tempat kerja
ataupun anda berhadapan dengan stres. bincangkan penyelesaiannya dengan suami.
dalam pada itu anda juga boleh mengambil beberapa pendekatan berikut untuk
mengatasi mesalah ketiadaan mood yang menjejaskan kehidupan seks anda....
1. Luangkan Masa Bersama Suami
ambil waktu untuk duduk bersantai dengannya. ketika bersama dengannya ajak
berbicara tentang perkara yang menyenangkan atau kongsi cerita lawak bersama
dengannya. canda tawa sememangnya mampu merapatkan keintiman suami isteri
sekali gus menerbitkan semangat untuk bercinta dengan suami.
2. Luahkan Penyebab Stres
seperti yang dikatakan di atas, kenalilah perkara yang menyebabkan anda berasa stres
sehingga mematikan mood untuk seks. boleh jadi ia sebenarnya berkaitan dengan
sikap suami di ranjang yang mungkin tidak menjaga kebersihan, terburu-buru dan
sebagainya.oleh itu bicarakan perkara ini dengan sebaik cara dengan suami.
3. Atur Mood
caranya mungkin dengan mendengar muzik, mencari susana yang boleh
memberi ketenangan pada diri anda ataupun membeli belah yang
sememangnya cukup disukai oleh wanita.
4. Acara Romantis Bersama Suami
ia memang berkesan membangkitkan mood. caranya mungkin dengan mengajak
pasangan menonton filem romantis yang anda berdua sukai. boleh jadi filem Titanic,
tentu suami tidak akan keberatan menemani anda menontonnya.
perasaan cinta dan aksi romantik dalam filem ini tentu akan terbawa-bawa
biarpun filem sudah selesai.
5.Ambil Cuti
tidak perlu bercuti jauh hingga ke keluar negara, cukuplah ke Melaka, Pahang
atau pulau-pulau menarik lagi indah yang banyak terdapat di dalam negara kita sendiri.
tempah hotel untuk anda dan pasangan menginap. Selain melawat tempat menarik,
isi masa cuti ini dengan aktiviti seperti makan malam, tidur sepuasnya
atau berbual dengan pasangan anda sampai ke pagi, sesuatu yang mungkin
jarang dapat anda lakukan bersama.
6. Urutan
urutan yang dilakukan oleh suami selalunya petua berkesan untuk
menimbulkan hasrat seks. urutan ini berfungsi untuk melancarkan peredaran
darah dan membuat diri berasa relaks. tunjukkan bahagian tubuh yang
berasa tegang dan biarkan jemari suami melepaskan stres dari diri kamu.
7. Tinggalkan Telefon Bimbit
sekiranya anda berhasrat untuk berehat, sebaliknya singkirkan dahulu segala
peralatan komunikasi daripada pandangan. jangan biarkan deringan telefon
bertalu-talu mematikan hasrat anda untuk bersama suami.
No comments:
Post a Comment