Klik Jangan Tak Klik

Sunday, July 17, 2011

Gambar Majlis Akad Nikah Dan Resepsi Nurul Shuhada (Majalah 3) Dan Amir



Hos Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain bt Mohd Zin (27 tahun) dan Raja Amir Shah bt. Raja Azwa (29 tahun) telah mengikatkan tali pernikahan mereka pada 16 Julai 2011 bertempat di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur.
Dengan sekali lafaz, Nurul Syuhada telah bergelar isteri kepada Raja Amir Shah dengan mas kahwin sebanyak RM777 & hantaran RM20,111. Upacara akad nikah telah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sambil disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC. Majlis malam tadi turut diiringi oleh Saiful Nizam News TV3 sebagai pengacara majlis.

sumber dari: OhBuan


“Perkenalan kami bermula pada tahun 2009 lalu. Ketika itu saya dan Amir menghadiri majlis pertunangan rakan kami di Subang. Bermula dari detik itu kami saling berhubung dan setelah masing-masing berasa serasi bersama, kami terus rasa bersedia untuk melangkah ke fasa perhubungan yang baru. Saya selesa bersama Amir kerana dia seorang yang sederhana, bijak dan memahami diri saya,” ulas Nurul Syuhada Nurul Ain ketika ditemui selepas majlis resepsi perkahwinannya bersama YM Raja Amir Shah.

Sementara itu, Raja Amir turut mengakui dia jatuh cinta kepada Nurul Syuhada kerana terpikat kepada kejelitaan yang dimiliki oleh wanita berusia 27 tahun itu.

“Selain kejelitaannya, saya juga mendapati dia seorang yang bijak, baik hati dan pandai menjaga hati. Dia juga memahami diri saya,” ujar Raja Amir ringkas.


Menjawab soalan tentang destinasi bulan madu, Raja Amir memberitahu beliau dan Nurul Syuhada bercadang untuk ke Kota Cinta, Paris pada bulan Oktober nanti.

“Memandangkan Ramadhan hanya tinggal beberapa hari lagi dan selepas itu kita akan sibuk dengan sambutan Aidilfitri pula, jadi kami merancang untuk berbulan madu pada bulan Oktober nanti. Kami memilih kota Paris kerana kota ini terkenal sebagai Kota Cinta,” ujar Raja Amir lagi.

Mengulas tentang perancangan membina keluarga, pasangan ini mengakui mereka menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah.

Selepas selamat diijabkabulkan pada 16 Julai lalu, pasangan ini diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby pada malam kelmarin. Pasangan sama cantik, sama padan ini tampil dengan persalinan putih rekaan Datuk Radzuan Radziwill. Manakala solekan menawan Nurul Syuhada mendapat sentuhan jurumekap TV3, Laila Rohani.

Berkonsepkan moden tradisional, majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana ini dihadiri oleh 1000 orang tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara terdekat, kenalan-kenalan rapat dan juga rakan-rakan sejawat Nurul Syuhada di stesen televisyen TV3.

Antara personaliti yang keihatan ialah Azizah Ariffin, Maria Tunku Sabri, Azliyanti Ibberahim, Azawate Zenol Abidin, Saiful Nizam Ismail, Teh Syuhada, dan Puteri Erin.

Sama seperti majlis pernikahan tempoh hari, pelamin direka oleh perancang perkahwinan Khalid Ahmad.

Pada majlis pernikahan tempoh hari, Nurul Syuhada menerima mas kahwin berjumlah RM777 dan wang hantaran berjumlah RM20,111 daripada pihak lelaki. Di majlis tersebut, Nurul Syuhada mengenakan busana kaftan Muslimah off-white berserta tudung yang juga direka khas oleh Datuk Radzuan Radziwil.

sumber dari: Gua

No comments:

Post a Comment