Klik Jangan Tak Klik

Thursday, October 27, 2011

15 Petua Untuk Elak Lemah Tenaga Batin (Bagi Lelaki)




Sebagai masyarkat Melayu yang mengamalkan adat dan mendukung teguh tradisi turun-temurun nenek-moyang kita, memang kita tidak dapat lari daripada pelbagai amalan dan petua dalam kehidupan seharian kita.
Untuk blog post kali ini, saya ingin berkongsi bersama anda 15 petua dan tips bagaimana anda sebagai Sang Pria mampu mengelakkan diri daripada masalah lemah tenaga batin.
Berikut adalah petua-petua tersebut. Owh ya, petua-petua ini lebih sesuai diamalkan oleh kaum lelaki yang ingin kekalkan dan tingkatkan tenaga batin mereka. Selamat Beramal:

  • Jangan terus minum air selepas makan nasi. Dinasihatkan tunggu hanya selepas 2 minit setelah selesai makan suapan nasi terakhir.
  • Elakkan minum air ketika badan sedang panas seperti sejurus selepas melakukan aktiviti seperti bersukan, berlari, aktiviti berat dan sebagainya. Rehat terlebih dahulu dan sejukkan badan. Kemudian bolehlah minum air.
  • Kurangkan memakan pisang embun.
  • Jangan bersetubuh bersama isteri ketika di dalam air. Contohnya seperti ketika berada di dalam kolam renang atau tab mandi (ketika air penuh).
  • Elakkan terus minum air selepas bersetubuh. Rehat dan tunggu selepas 15 minit, baru boleh minum.
  • Kurangkan amalan melancap (onani). Ianya suatu perlakuan yang memaksa air mani keluar. Kesannya boleh melemahkan zakar anda.
  • Jangan sesekali bersetubuh dengan isteri ketka dia sedang haid. Ianya akan mendatangkan penyakit. Malah hukumnya haram di sisi agama.
  • Jangan makan nasi dan minum air dalam masa yang sama. Melainkan anda tercekik.
  • Elakkan buang air kecil di atas tanah secara terus dan ketika sedang berendam dalam air.
  • Jangan makan nasi sejuk. Panaskan ia terlebih dahulu.
  • Jangan anda kerap minum air ais kerana ia mendatangkan kesan melemahkan zakar. Zakar akan menjadi sejuk dan lembik lalu akan menyebabkan batang zakar berasa ngilu ketika persetubuhan dengan isteri.
  • Elakkan zakar anda terlalu lama terendam dalam faraj isteri anda ketika setelah anda klimaks.
  • Elakkan menghembus keluar nafas ketika minum, tahan nafas anda ketika minum. Ini boleh membantu mengelakkan anda berasa letih dan lemah tenaga ketika persetubuhan.
  • Jangan amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk. Ianya boleh mengakibatkan air mani anda cair dan masalah pancut awal.
  • Jangan biarkan isteri menindih zakar anda ketika tidur. Aliran darah anda di zakar akan terganggu. Aliran yang sempurna amat penting ketika tidur supaya darah boleh terus dibekalkan kepada zakar dan mengelakkan zakar menjadi lemah.


sumber dari: Kursus Perkahwinan

No comments:

Post a Comment