Klik Jangan Tak Klik

Tuesday, December 20, 2011

Ariff Alfian Rosli, Dilaporkan Hilang Di Dublin Dan Kini Didapati Berkahwin Dengan Teman Lelakinya, Jonathan


Terkejut fiza mendengar berita kehilangan seorang pelajar Malaysia di Dublin.  Pelajar yang bernama Ariff Alfian Rosli ini merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas dan tidak dapat dihubungi oleh keluarga mereka selama 3 tahun. Menurut ayah Ariff Alfian Roslin, Rosli Haron, dia dan isteri telah 8 kali pergi ke Dublin untuk mencari anaknya. Dan hari ini misteri kehilangan Ariff telah terbongkar apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Dublin.

Nampaknya apa yang ditakuti oleh ayah Ariff iaitu anaknya terlibat dengan pergaulan bebas menjadi kenyataan. Ini sangat mengecewakan dan pastinya memberikan impak kuat kepada ibu dan ayah Ariff. Untuk makluman, pihak Petronas telah pun menyaman ayah Ariff selaku penjamin pertama dengan menuntut kembali wang pengajian RM890,000 yang telah dilaburkan kepada Ariff.
Sama-sama kita doakan agar Ariff Alfian Rosli menyedari yang ramai rakyat Malaysia mengetahui berita perkahwinan sejenisnya dan mahukan dia kembali ke pangkal jalan. Kepada keluarga Ariff, fiza harapkan anda bersabar dengan dugaan hebat ini. Harap-harap semuanya akan kembali seperti biasa. Amin.


Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat – Ariff Alfian

KUALA LUMPUR – Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.
Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.
“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.
Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.
“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.
Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.
Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.
Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.
Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.
“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.
Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.
sumber dari: Abang Nara dan mynewshub

No comments:

Post a Comment