Klik Jangan Tak Klik
Friday, March 11, 2011
Video Tsunami Melanda Jepun 11/03/2011 Part 3
Tsunami Merlanda Jepun Part 2...Doakan Keselamatan semua...
Berikut adalah-adalah video-video Tsunami yang melanda Jepun selepas gempa bumi 8.9
skala ritcher berlaku. Untuk makluman, sila jauhi mana-mana pesisiran pantai
di Malaysia (Sabah, Terengganu) kerana kemungkinan tsunami boleh sampai ke Malaysia.
Update:
1. 18 orang dilaporkan telah terbunuh akibat tsunami di Jepun.
2. Boleh tengok live coverage Tsunami di channel YouTube Al-Jazeera.
3. Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others.
Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan
Kalau anda mempunyai internet yang laju, boleh tengok video streaming live Tsunami
Jepun di link website Al Jazeera ini.
Kalau anda menggunakan Twitter, sila guna hastag #prayforjapan untuk tweet mengenai tsunami ini.
Video Tsunami Melanda Jepun 11/03/2011
Thursday, March 10, 2011
Model CatWalk.....
MODEL????!!!! sape yang tak nak jadi model..
kebanyakkan wanita seperti fiza mungkin pernah berangan nak jadi model catwalk..
tapi fiza jadi model dalam mimpi je la...korang mesti faham kan..
hehehe...
tak dinafikan menjadi seorang model catwalk memang popular..
boleh peraga baju yang cantik2, baju tu plak mesti ribu2 tak main la 2 3 ratus je...
dah tu boleh berkunjung di nagara orang memang best kan.
tapi korang pernah terfikir risiko untuk menjadi seorang model.
antaranya kita kena pakai apa saja pakaian yang diorang bagi.
dengan saksinya terbelah sana sani..atau pun cuma pakai " baju kecik " jer...
kasut pulak 4-5 inci...cuba la bayangkan kalau anda pakai kasut tinggi2
macam tu, sambil jalan tak ke terpelacok kaki tu...sakit lak tu. hadoi..
fiza dapat bayangkan..... cuba tengok video nie..
malu kan kalau jadi macam nie..
nak tergelak pun ada bila tengok video nie...
tapi tak semua model tu akan berpakaian seksi..sekarang ramai pereka fesyen
dah banyak buat baju untuk orang muslimah..kalau jadi model catwalk
pakaian muslimah apa salahnya. lagi nampak cantik kan. ayu je..
betul tak fiza bagitau tadi...cantik kan. sejuk je mata memandang.
cantik sangat, comel dan sewaktu dengannya la...
sapa2 nak jadi model catwalk tu, fiza sarankan jadi model baju muslimah.
hehehe...saje je..sebab fiza tak leh jadi model..
ok la sampai sini je..renung2kan dan selamat beramal..
Sikap Buruk Lelaki!!!!!
setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri dalam hidup. antaranya panas
baran, kepala angin, pendiam, pemalu, terlalu marah, penipu dan sebagainya.
tidak kira lelaki mahu pun wanita, semuanya mempunyai kelemahan yang
andainya tidak dikawal, akan membuat seseorang itu kelihatan lemah di mata
orang lain.tidak dinafikan, memang ada manusia memiliki sifat2 kesombongan
dan di dalam diri dan sifat buruk itu menjadi kelemahan yang sukar mereka atasi.
cuba semak, apa kelemahan lelaki.
Mudah Mengeluarkan Kata2 Cacian
tidak dinafikan, lelaki mudah mengeluarkan kata2 berbentuk cacian tatkala marah.
mereka bebas bercakap tanpa memikirkan adakah hati pasangannya
terluka atau tidak??? selalunya jiwa yang rosak akan bertambah parah.
di mana kata2 makian ini, akan berdendam di dalam hati. kedangkala lelaki marah
kerana isu2 remeh-temeh seperti penampilan pasangan, masakan tidak sedap,
tidak melayan nafsunya diranjang, tiada duit dan sebagainya. awas, jika anda
menyayangi pasangan, jangan sesekali melontar kata2 nista terhadapnya.
ingat, kata2 lebih tajam dari mata pedang.
Tidak Matang
sesetengah lelaki kelihatan tidak matang berbanding usianya. malah perkara humor
yangdibuat oleh mereka juga kadangkala tidak kena pada tempatnya.
bayangkan, anda cuba berbuat perkara lucu di sebuah majlis yang sangat formal
sedangkan semua orang sedang serius ketika itu. sesetengah lelaki cuba membuat
lawak kerana mereka berfikir, wanita mudah tertarik kepada lelaki yang lucu.
tetapi kalau lucu anda itu menunjukan ketidakmatangan, anda pasti
gagal memikatnya juga. jadi sebelum menunjukkan sifat tidak matang itu,
berfikir dahulu sebelum melakukannya.
Anda Lelaki Yang Membosankan
bosan!!! menyebutnya saja sudah dapat kita bayangkan bagaimana suasana ketika itu.
awas, jangan tidak tahu, ada lelaki yang sangat membosankan di mata wanita.
ambil contoh lelaki yang langsung tidak mempedulikan tarikh2 penting pasangannya,
gagal membuat lawak, serius pada satu2 perkara, tidak prihatin dan sebagainya dan
kalaulah sikap anda begitu, andalah lelaki yang sangat membosankan.
biasanya, wanita tidak akan teragak-agak meninggalkan anda.
Perlakuan Tanpa Sedar
pernah anda berhadapan dengan satu situasi. anda ditengking di hadapan semua orang
dengan kata2 kurang menyenangkan. anda malu dan terus menangis bila semua orang
memandang. tahukah anda, satu lagi sikap buruk lelaki adalah melakukan sesuatu
perkara tanpa menyedari perbuatan mereka tu salah dan tidak kena pada tempatnya.
namun kalau inilah yang terjadi, anda tidak mempunyai ruang dan masa untuk
memohon maaf kepada si dia yang telah anda sakiti hatinya.
Tidak Suka Berterus-terang
" abang balik lambat hari ni, bos suruh buat kerja2 yang menimbun di pejabat ".
atau
" saya ada urusan penting minggu ini, tak boleh nak jumpa awak minggu ini ".
ayat2 di atas mungkin antara ayat biasa anda dengar diucapkan oleh lelaki.
kadangkala mereka menggunakan pelbagai alasan untuk mengelak dari menjawab
pertanyaan diajukan oleh teman wanita/isteri. ramai lelaki yang hanya suka memberi
jawapan sangat ringkas, sedangkan wanita ingin tahu dengan lebih teliti.
sebenarnya, inilah satu sikap lelaki yang sangat ketara, yang mana ramai wanita
beranggapan, lelaki sangat membosankan. jawapan tidak pernah jujur.
walaupun kajian mendapati lelaki suka menjawab pertanyaan dengan ringkas
kerana itu sikap mereka tetapi sikap itu boleh diubah. ia bukan seperti wajah ciptaan
Allah SWT, yang manusia diharamkan mengubahnya kecuali atas sebab2 perubatan.
kalau anda berfikir, wanita banyak bercakap, anda usahakanlah juga menjawab
pertanyaan wanita dengan panjang lebar agar hati mereka puas mendengarnya.
Tidak Menepati Masa
sesetengah orang sangat menepati masa dan pantang jika tetamu yang ditunggu hadir
lewat. namun sesetengahnya pula bersikap ambil lewa tentang kepentingan masa.
bagi mereka, lama menunggu bukan masalah asalkan sampai. tapi kalau anda
gagal dalam pengurusan hidup. jadi kalau anda gagal dalam pengurusan hidup
yang memerlukan perancangan lebih teliti.
Berlanja Lebih Dari Pendapatan
bukan sahaja wanita, tetapi ada juga lelaki yang tidak mampu mengurus kewangan
dengan teliti. mereka sering berbelanja lebih dari pendapatan. malah adakalanya
mereka membuat wang kepada soal2 sosial iaitu untuk berseronok di pusat
snuker, selalu minum di luar dan sebagainya. jadi inilah sebahagian dari sikap
buruk yang perlu anda akui dan perlu memperbaikinya jika anda memilikinya,
kerana selagi anda tidak mengubah sikap buruk ini,
anda tidak sukar berjaya dalam kehidupan!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)





