Klik Jangan Tak Klik

Thursday, June 16, 2011

Gambar Gerhana Bulan Penuh 16 June 2011


Fenomena Alam Gerhana Bulan Total 16 Juni 2011 – Sebuah fenomena alam yang jarang kita lihat akan terjadi, yaitu terjadinya Gerhana Bulan Total, kapan itu terjadi? Menurut sumber yang saya baca, Fenomena Alam Gerhana Bulan Total akan terjadi dalam 2 kali di tahun 2011 ini, yaitu yang dalam waktu dekat ini pada tanggal 16 Juni 2011, dan selanjutnya pada tanggal 10 Desember 2011, dan yang menjadikan menarik yaitu kedua Gerhana Bulan Total tersebut dapat dilihat dari Indonesia.
Gerhana Bulan Total yang terjadi pada tanggal 16 Juni 2011, akan dimulai pada pukul 01.23 WITA yang ditandai dengan masuknya Bulan ke bayangan penumbra Bumi. Perubahan yang terjadi adalah berkurangnya kecerlangan Bulan, namun kita tidak akan dapat membedakannya secara kasat mata. Lalu pada pukul 02.22 WITA, bulan akan masuk ke umbra Bumi. Inilah saat terbaik mengamati gerhana, yaitu ketika Bulan purnama mulai berubah bentuk. Perlahan-lahan tepian Bulan menjadi gelap, seperti kue bakpao yang digigit bagian tepinya.
Fenomena Alam Gerhana Bulan Total 16 Juni 2011 – Ketika cahaya Bulan yang terlihat semakin sedikit, akan tampak warna kemerahan di bagian gelapnya. Puncaknya adalah ketika Bulan sudah masuk sepenuhnya ke dalam umbra, yaitu pada pukul 03.22 WITA. Puncak gerhana ini akan terjadi pada pukul 04.12 WITA. Bulan berada di dalam bayangan umbra selama hampir 2 jam hingga pukul 05.03 WITA. Saat itu seluruh Bulan tampak merah. Warna merah ini berasal dari sebagian cahaya Matahari yang masih diteruskan atmosfer Bumi. Dan proses gerhana akan benar-benar berakhir pada pukul 07.02 WITA, saat Bulan keluar sepenuhnya dari bayangan penumbra Bumi.
Dilihat dari waktunya, hanya Indonesia bagian tengah dan barat saja yang bisa melihat gerhana ini dari awal hingga akhir. Sementara bagian timur Indonesia tidak dapat mengamatinya hingga selesai karena Bulan akan terbenam dahulu. Tetapi untungnya bagian paling menarik dari gerhana ini, yaitu ketika Bulan berada di dalam bayangan umbra Bumi, dapat dilihat utuh dari awal hingga akhir dari seluruh Indonesia.
Fenomena Alam Gerhana Bulan Total 16 Juni 2011 – Bagaimana cara mengamati Gerhana Bulan Total 16 Juni 2011? Ada banyak cara untuk mengamati Gerhana Bulan, yaitu dengan mata telanjang bisa, binokular, teleskop, kamera, ataupun pengamatan melalui internet (streaming) juga bisa karena rencananya akan ada penayangannya di situs web Observatorium Bosscha danKemenkominfo. Beberapa lokasi yang akan menayangkan pengamatan gerhana Bulan nanti adalah Observatorium BosschaObservatorium Lhoknga, dan Planetarium Tenggarong. Untuk yang di Semarang, akan ada acara pengamatan yang diselenggarakan di Kampus IAIN Walisongo Jrakah.


Wednesday, June 15, 2011

Aktiviti Hujung Minggu ( Puan Isteri dan Encik Suami )


Assalamulaikum
hai semua sihat ker..... fiza sihat je lama kan fiza dah tulis pasal fiza dengan husband fiza..... fiza tak ada mood nak taip banyak2 sekarang nie sebab lappy fiza masih rosak..... tak pergi klinik lagi tak sempat nak pergi huhuhu..... sapa2 yang selalu masuk blog fiza nie mesti dah tahu lappy fiza rosak apa kan..... oklah fiza bagitau sekali lagi lappy fiza nie rosak button dari huruf m sampai kat button shift sabar je la kalau fiza nak guna sume tu fiza copy dari page mana2 lepas tu fiza paste huhuhu penat..... 
ok lah sebenarnya bukan ni citer fiza nak taip kat sini fiza nak citer pasal Batu Layar kat Desaru..... memang best tak menyesal la fiza pergi..... mula2 fiza dengan husband rancang nak pergi Desaru je..... tapi husband fiza belok masuk Batu Layar lak..... sebab Desaru kami dah pernah pergi dulu ( sebelum kahwin ) hehehe tapi tak menghampakan Batu Layar memang cantik giler.....
cantik kan fuhhh!!! hilang sume tekanan bila tengok laut terbentang luas..... indahkan ciptaan Allah ini..... dalam perjalanan ke sini kat lebuh raya ada kemalangan kereta teruk sangat habis remuk kereta tu..... sampai fiza tak cam langsung kereta tu jenis apa.....
ha teruk kan..... berdebar je dada fiza masa dah dekat dengan kereta malang nie..... nasib tak ada darah kalau tak fiza tak leh amik pic nie la..... sebab fiza takut dengan darah huhuhu..... jalan baru tapi dah ada kemalangan seteruk nie..... ok la lupa kan pasal kemlangan nie ha fiza nak tunjuk lak pic jambatan ala2 jambatan Pulau Pinang.....
ni keadaan atas jambatan cantik kan huhuhu.....
ni plak pemandangan kat bawah jambatan cantik kan!!!!!!!!!!!!!!!!
bila dah dalam kereta nie la aktiviti fiza amik gambar hehehe.....
Encik Suami
Puan Isteri
cantik kan pemandangan kat sini rasa macam nak p lagi je minggu depan hahaha..... dari rumah mak mertua fiza nak ke sini amik masa 1 jam 15 minit gak la..... leh tahan gak la jauhnya sampai je terus husband fiza mandi fuhhh!!! jeleszz nye fiza tak leh mandi sebab korang pikir la sendiri hahaha.....
tengok tu dia mandi sorang2 sob.....sob.....sob.....
cian budak nie tak leh mandi..... ok la sampai sini je kalau nak tengok gambar fiza banyak lagi kat facebook fiza sila la add k Nur Kasih Fiezaimi tata sume..... sayang korang.....

Monday, June 13, 2011

Gambar Kad Kahwin Noh Hujan Dan Mizz Nina Cute Miut Sangat!!!!!!


Kad jemputan Noh dan Nina berbentuk baju Kimono

PETALING JAYA: Ikatan pertunangan antara vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 27, dan penyanyi Shazrina Azman (Mizz Nina), 31, yang berlangsung pada 6 November 2010 akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan pada 1 Julai depan.
Tarikh pernikahan itu dipilih bersempena dengan tarikh lahir Nina dimana ia akan berlangsung di rumah keluarganya di Ampang Jaya dengan kehadiran hanya keluarga terdekat sahaja.
Dijangka kira-kira 500 orang tetamu daripada pihak media dan rakan-rakan diundang untuk menghadiri majlis resepsi pada 6 Julai yang akan berlangsung di Double Tree Hotel, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam.
Jumaat lalu, mStar Online telah menerima kad jemputan perkahwinan berbentuk pakaian Jepun, Kimono bewarna merah jambu, dan warnanya tampak menyerlah.
Di dalam kad tersebut, tertera nama Nina dan Noh dengan tulisan ala Jepun menunjukkan lambang minat mereka dalam seni Jepun.
Menerusi kad itu juga ia menunjukkan tentang kasih sayang dan keserasian mereka untuk terus menjadi teman sehidup semati.
Sementara itu, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan pada 3 Julai di Hotel Shangri-La, manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarak, pada 15 Julai depan.
Pasangan itu akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Lady Jane, Saiful Baharim dan Micheal Ong.
Pihak lelaki telah bersetuju untuk memberi wang hantaran kepada Nina sebanyak RM11,000 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88.


sumber dari: mStar




Saturday, June 11, 2011

Lisa Panggil Yusri Dengan Panggilan 'B'


Kemesraan yang terjalin antara aktres Lisa Surihani, 25, bersama Yusry Abdul Halim, 38, bukan satu rahsia lagi. Ini kerana sejak akhir-akhir ini pasangan ini sering dilihat bersama dalam beberapa majlis. 

Terbaru, Lisa turut hadir dalam majlis sambutan ulang tahun ke-19 KRU yang diadakan di KRU Studios, Cyberjaya kelmarin. Malah kedengaran Lisa memanggil Yusry dengan panggilan ‘B’ ketika sesi fotografi diadakan.

Lebih bermakna apabila Edry turut membuat pengakuan secara eksklusif ketika Yusry dan Lisa sedang ditemu bual bahawa mereka sekeluarga merestui hubungan itu.

Menurut Yusry tiada apa yang mahu dirahsiakan mengenai hubungannya dengan Lisa kerana mereka bukan ­menjalinkan hubungan cinta monyet atau cinta zaman remaja.

“Sejak awal lagi kami memang tidak menyembunyikan hubungan yang terjalin. Saya tidak mahu bersikap hipokrit atau cuba cover line. 

“Tapi saya tidak suka menggunakan istilah pasangan kekasih, atau pasangan yang sedang hangat bercinta kerana bagi saya ia menampakkan hubungan kami tidak serius dan terlalu kebudak-budakan.

“Saya lebih suka katakan kami sedang menjalankan hubunga matang. Hubungan kami memang lebih dari seorang kawan dan kami sedang melalui fasa mengenali hati budi antara satu sama lain,” katanya.

Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak tiga bulan lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lalu.

Yusry berkata, buat masa ini masih terlalu awal untuk berbicara tentang perancangan pertunangan mahupun perkahwinan.

Bagaimanapun, mereka tidak gemar untuk terlalu menggembar-gemburkan perhubungan yang baru terjalin kerana bimbang akan menimbulkan rasa jelak sesetengah pihak.

“Saya tidak mahu publisiti yang berlebih-lebihan nanti akan menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak. Kalau boleh saya tidak mahu ada orang cakap kami cuba heboh-hebohkan hubungan ini.

“Lagipun masih awal untuk berbicara hubungan kami ini. Biarlah masa yang menentukan hubungan ini. Jika sudah tiba masa yang lebih sesuai, kami tidak kisah untuk berbicara dengan lebih lanjut,” kata bekas suami Erra Fazira ini. 

Bukan rapat kerana projek

Sementara itu Lisa mengakui begitu selesa berada di samping Yusry kerana lelaki itu mempunyai pemikiran yang sama walaupun perbezaan umur mereka yang agak jauh.

Walau bagaimanapun Lisa bakal berlakon dalam filem terbitan KRU berjudul ular, menafikan hubungan yang terjalin adalah untuk mendapatkan projek bersama KRU.

“Bagi saya itu adalah kenyataan yang kelakar. Selama ini bila saya berlakon di bawah MIG, adakah saya perlu rapat dengan David Teo untuk dapatkan projek.

“Saya juga akan berlakon di bawah Skop Production, jadi adakah saya kena rapat dengan Syamsul. ­Sebenarnya tawaran ini datang terlebih dahulu sebelum kami rapat, jadi tak ada kena mengena antara ­hubungan kami dan projek,” tegas Lisa.

Menurut Lisa dia gembira apabila ibunya serta keluarga Yusry merestui perhubungan yang sedang terjalin namun tidak mahu berbicara berlebih-lebihan mengenai hubungan mereka.

“Alhamdulillah, saya dan Yusry sependapat dalam setiap perkara yang dibualkan. Bahkan saya tidak perlu jadikan diri saya tua atau Yusry pula tidak perlu menampakkan dirinya muda untuk mencapai keserasian di antara kami.

“Selain itu, saya juga tidak mahu mengulas lanjut kerana sebagai seorang wanita, saya punya prinsip yang pihak lelaki harus umumkan dahulu sebelum pihak wanita,” katanya.
Jangan beri tekanan- Ibu

Pada masa sama, ibu Lisa, Siti Amirah Ahmad mengingatkan agar semua pihak tidak memberi tekanan kepada Yusry dan Lisa.

“Biar hubungan itu berjalan secara semula jadi. Jangan beri apa-apa tekanan pada mereka. Sebagai ibu, jika Lisa gembira, saya juga gembira,” katanya.

Gambar Kad Undangan Perkahwinan Shah Indrawan (Tomok) Dan Siti Rohayu Abas (Ayu)


Tinggal 3 minggu lagi majlis perkahwinan Tomok dan Ayu akan dilangsungkan. Macam-macam persiapan yang telah dibuat oleh Tomok dan bakal isteri-nya, Ayu untuk memastikan majlis perkahwinan mereka pada 1 Julai depan berjalan lancar.


Juara One in a Million itu, Tomok dan bakal isterinya, Siti Rahayu Abas telah pon mula mengedarkan kad undangan perkahwinan mereka. Tomok dan Ayu memilih tema warna putih-purple dan putih-merah untuk kad undangan perkahwinan mereka, siap dengan ribbon lagi.


Sumber: (GAMBAR) Kad Jemputan Perkahwinan Tomok & Ayu — LimauAis