Klik Jangan Tak Klik

Thursday, July 14, 2011

6 Aturan Seks Perlu Dipatuhi Isteri


rutin hidup kita seharian punya aturan yang harus dipatuhi agar semuanya berjalan lancar dan semua pihak berpuas hati. ini termasuklah dalam hubungan intim antara suami isteri. sebenarnya biar sudah lama berumah tangga ada juga isteri yang tidak tahu peraturan paling asas ketika bersama suami di ranjang. berikut adalah enam aturan tersebut dan perlu dipatuhi para isteri.
1. Memberus gigi
melihat mereka yang tidak bersih giginya anda boleh kegelian begitulah juga perasaan jika anda melakukan perkara yang sama. mana mungkin memberikan kucupan mesra kalau terbayang gigi yang kotor dan terlekat pula sisa makanan di celahnya. jadi sebelum berhubungan intim perhatikan aspek kebersihan ini. pastikan mulut dan gigi anda bersih. 
bagi suami pula terutama yang kaki merokok, berkumurlah dulu sebelum bersama dengan isteri. sebabnya ramai wanita yang tidak tahan dengan bau asap nikotin yang terlekat pada badan dan mulut anda.

2. Jangan tunda buang air kecil
sering kali berlaku, ketika pasangan berminat untuk berhubungan intim, ada yang terasa seperti hendak membuang air kecil. meskipun sedang dirayu hebat oleh pasangan tapi sebaiknya janganlah menunda keinginan yang satu ini. sebabnya ia pasti mengganggu tumpuan anda ketika bersama dengan pasangan.
kalau tidur pun boleh terganggu jika terasa hendak membuang air kecil apatah lagi tatkala anda sedang melakukan hubungan seks. kecuali jika keinginan itu datang setelah selesai bersama dengan pasangan. 
3. Jangan menolak posisi baru
biarpun pasangan mengajak anda mencuba posisi yang pada anda kelihatan aneh tapi jangan lah ditolak mentah2. tak salah anda mencuba selagi ia tidak bertentangan dengan hukum agama. mana tahu ia bakal memberikan sensasi yang lebih . setelah dicuba dan nyata anda tidak selesa, luahkan pada pasangan. sekurang-kurangnya pada masa hadapan aksi tersebut tidak lagi diulang.

4. Jangan tuduh suami tidak 'perform'
perkara ini memang akan membuatkan suami atau isteri tersinggung. lelaki dikatakan sentiasa dahagakan seks api ada masanya mereka tidak bersedia untuk melakukan hubungan intim ini.
tidak bersedia ini tidak bermakna mereka hilang kekuatan atau punya masalah dengan seks. sama seperti wanita, lelaki juga akan sukar terangsang jika punya masalah, kepenatan dan banyak lagi. sekiranya suami mengalami situasi ini maka sebaiknya tunda dulu hubungan seks.

5. Elak pura-pura puas
demi menjaga hati suami, ramai isteri berpura-pura puas menikmati seks walaupun hakikatnya sebenarnya tidak. tahukah anda kenapa perkara ini wajar dielak? sebabnya kalau anda berpura2 puas atau orgasma, suami tidak akan belajar cara memuaskan diri isterinya. 
dia akan berfikir dengan usaha yang dilakukan itu, anda sudah pun puas walhal sebenarnya ia masih jauh dari apa yang anda inginkan. akhirnya anda sebagai isteri juga yang rugi. sebaiknya jujur saja dengan pasangan kalau anda tidak puas, begitu juga kalau anda puas menikmatinya. 

6. Jangan lakukan seks ketika haid
ini memang tidak boleh!!! agama sendiri melarangnya. ada sebab mengapa tidak dibolehkan. selain tidak selesa ia juga tidak sihat. sebabnya ketika haid, cairan pencegah jangkitan yang dihasilkan semula jadi oleh vagina diganti oleh darah.
sebarang kemasukan pada alat sulit wanita itu juga akan menyebabkan aliran darah haid berpusing balik dan menimbulkan infeksi pada rongga pinggul. walaupun pasangan begitu menginginkan seks ketika ini, mintanya dirinya bertahan.

Wednesday, July 13, 2011

Gambar Kad Kahwin Farah AF2 Dan Johan Berbentuk Kipas...



 Kini tiba pula giliran penyanyi Farah Diana,26, atau lebih dikenali sebagai Farah AF2 menamatkan zaman single’nya bersama bakal suami, Johan Bin Johari.Majlis perkahwinan Farah AF2 akan berlangsung di Pusat Maritim Putrajaya pada 16 Julai 2011. Kami difahamkan, perkahwinan Farah AF2 bertemakan persandingan taman ini menelan kos perbelanjaan sekitar RM200 000.

sumber dari: ohbulan

Gambar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Shah Indrawan Dan Siti Rohayu



Ekin Mengandung Tujuh Minggu, Mawi Sangkal Jual Banglo



KUALA LUMPUR: Penyanyi Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi mengakui isterinya Nora’Asikin Rahmat atau Ekin kini hamil 7 minggu selepas berkahwin hampir tiga tahun lalu.
Mawi berkata, dia dan Ekin mengetahui berita gembira itu selepas mengadakan pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Bangi, Selangor kira-kira dua minggu lalu.
"Kami berjumpa doktor dua minggu lalu, selepas mendapati kitaran haid Ekin tidak stabil dan doktor mengesahkan Ekin hamil 7 minggu.
"Namun saya tidak berani untuk bercakap banyak kerana ia masih lagi terlalu awal untuk diperkatakan sebab dalam tempoh seawal itu macam-macam boleh terjadi," ujarnya ketika ditemui semasa rakaman Konsert Raya 1 Malaysia Muzik FM di sini, Selasa.
Jelas Mawi, buat masa ini doktor menasihatkan agar Ekin mendapat rehat secukupnya dan tidak banyak bergerak.
"Dia dinasihatkan agar banyak berehat bagi menjaga kandungannya. Lagi pula dia pernah mempunyai sejarah keguguran dua kali," tambahnya.
Ketika ditanya tentang perasaannya yang bakal bergelar bapa, Mawi berkata dia bersyukur dan gembira dengan berita tersebut.
"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira. Ini mungkin rezeki selepas menunaikan umrah pada bulan April lalu,
"Saya berharap peminat dan masyarakat mendoakan agar semuanya selamat," katanya yang tidak berharap kepada jantina bayi tersebut.
Sementara itu, ketika ditanya tentang khabar angin bahawa dia ingin menjual rumah banglonya yang terletak kawasan kelab golf di Bangi, Mawi berkata ia adalah tidak benar sama sekali.
"Saya tidak pernah terfikir untuk jual rumah saya itu. Gosip tersebut tidak benar sama sekali," katanya menjawan desas desus berkenaan berikutan prestasi kerjayanya yang dilihat semakin merudum.
sumber dari: mstar.com.my

2 Minggu Tak Buka Laptop...Rasa Rindu Sesangat Kat Dunia Blogger Ni..


Assalamualaikum..
hai sume sihat ker??? dah lama fiza tak online...bukan saja kat blog ni tapi dah 2 minggu fiza tak online facebook....memang boring giler. sapa2 yang selalu masuk blog fiza tahu la apa masalah lappy fiza nie... tapi buat sementara ni lappy fiza dah kembali ok.. tapi bila balik Alor Setar nanti baru nak perbaik bagi elok betul2.sebab lappy fiza nie ada waranty lagi tak sampai setahun...buat sementara ni fiza guna keybord guna USB kaler pink lagi...hahaha...
 haaaaa.....cantik tak.... silau mata fiza bila tengok keybord ni...tapi nak buat macamana kat kedai tu aa kaler ni je... kaler biru baru je orang beli sebelum fiza datang.. huhuhu dah tak ada rezeki...sob..sob..sob.. tak per la dah tak ada rezeki.. ok habis pasal citer keybord...
sebenarnya fiza nak citer pasal kumpulan Sepah...hahaha dengar nama je pun dah lawak... hari ahad 2 minggu lepas fiza dengan husband fiza tengok persembahan Sepah kat Kulai...hahaha memang best giler...putus urat kentot gelakkan diorang...lebih2 lagi Dafi la...eh silap...Shuib...semua orang panggil dia Dafi...lawak2 merah muka dia...
ni kumpulan sepah
ha tengok husband fiza tu sengeh sampai telinga...penangan dari sepah la tu hahaha Sarah isteri Shuib pun ada datang sekali...kecik je orangnya...yang paling fiza sedih, fiza tak leh amik gambar dengan kumpulan sepah... sedey...sedey...sedey...ok la sampai sini je dulu k...tata....