Klik Jangan Tak Klik

Tuesday, May 17, 2011

Produk Kecantikan Yang Merbahaya


6 Produk Kosmetik yang Merbahaya. 

 Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna enam produk kosmetik jenama terkenal berikutan pengesanan Racun Berjadual seperti dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan. Datuk Eisah A Rahman, berkata enam produk tersebut ialah BML HB Lotion, Krim Malam Shana, Natasya Gold Krim Herba, Biotox Whitening Hydro Cream, Yoko Whitening Cream dan Sue Beauty Night Treatment Cream.

"Penggunaan dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif di samping menghalang proses pigmentasi (depigmentasi).

"Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.

"Depigmentasi berlebihan berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika," katanya.

Eisah berkata, dexamethasone pula adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara topikal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman.
Sehubungan itu, katanya, sesiapa yang mempunyai stok produk terbabit dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta. - BERNAMA



47 Produk Mengandungi Bahan Beracun Disenarai Hitam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.



“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine. 
“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.

Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.



INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
-Kintop
-Body Beaus
-BMI-9 Xylimming Capsule
-Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
-Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
-Obexlim
-Slimax Coffee
-Beaute Fit Body Contour
-Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
-357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
-Makjun Taufiq Dua Istimewa
-Majun Dua Istimewa
-Ginseng Jin Fui Wan
-Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
-Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
-Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
-Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
-Makjun Syafiq 3 Istimewa
-Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid: 
-Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
-Eriesya Spa Beauty Cream
-Atika Beauty Renewal Cream
-Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
-Ratna Sari Whitening Night Cream
-Tia Amelia Krim Jeragat
-Chantique Whitening Night Cream
-RZAC White Pearl Cream
-Nuriz Day and Night Cream
-Elite Rias Er Cream
-R&Z Whitening Night Cream
-Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
-Pigmentation Recovery Complex
-Zara Rejuvenation Cream
-Natasya Krim Herba Gold
-De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
-Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
-Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
-Qian Tong Dan
-Raja Ubat Resdung
-Coral Plus UA 350MG


Monday, May 16, 2011

Tanda Lelaki Sayang kita... :)



Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Gambar Spyshot : Rozita Che Wan & Shahir Di LCCT Ke Alor Star


Sweet’nya, balik Kedah sama-sama ke? Gambar spyshot Rozita Che Wan & Shahir daripada seorangforumer Cari (kredit) mungkin boleh menguatkan gosip cinta mereka berdua. Menurut Idril, tahap kemesraan mereka memang jelas walaupun cuba di-cover cemerlang oleh Shahir.
Rozita Che Wan & Shahir berpakaian serba hitam lengkap bertopi, tetap dikantoikan oleh lensa kamera peminat. Layankan lebih spyshot selepas ini yang diambil pada 5 May 2011, bisa membakar jiwa peminat-peminat Rozita Che Wan & Shahir. Enjoice!

Akhirnya setelah hampir setahun merahsiakan perhubungan mereka, Rozita Che Wan mengakui yang dia sedang bercinta dengan Shahir. Tapi yang peliknya Shahir menafikan berita ini. Adakah RCW yang tergila-gilakan Shahir sampai sanggup mengaku? Atau Shahir takut hilang populariti? Berikut adalah pengakuan RCW:-

Bukan niat nak berselindung. Malah ada rakan media yang sudah mengetahui mengenai hubungan kami, tetapi mereka menghormati permintaan saya untuk tidak dihebahkan. Cuma saya tahu dia (Shahir) perlu menjaga hati ramai orang, termasuk peminatnya. Dia lelaki baik. Saya tertawan dengan sikap dan budi pekertinya. Saya senang bersamanya. Tambah pula kami berasal dari kampung dan mungkin itu juga antara sebab kami serasi. Cuma setakat ini, keluarga masing-masing tidak tahu dengan jelas hubungan kami. Soal merencana masa depan, sebaiknya soalan itu ditanya kepada Shahir. Saya hanya mampu berserah, pada masa sama berharap hubungan kami akan berakhir ke jenjang pelamin. Saya mengharapkan pengakhiran yang indah
Pergh. Nampaknya RCW dah tak sabar-sabar nak berkahwin dengan Shahir. Mungkin nak merasa pucuk muda? Almaklumlah RCW pun dah lama kesepian. Shahir pun buat apa tunggu lama-lama lagi? Orang dah bagi line clear habis dah tue.
Sayangnya Shahir berkata begini semasa diminta komennya:-
Sampai masa yang sesuai, saya akan berterus-terang dan cakap perkara sebenar. Saya bimbang kenyataan atau komen ini akan disalah erti pihak tertentu. Pihak tertentu ini juga bukan merujuk kepada peminat. Cukup saya katakan, saya ada sebab tertentu untuk berdiam diri lagi sehingga ke saat ini. Saya yakin Cik Ta (panggilan kepada Rozita) juga memahami apa yang saya lalui. Saya tidak mahu tergesa-gesa membuat kenyataan. Biar reda kehangatan ini, saya dengan sendirinya akan bersuara. Saya yakin setiap persoalan ini pasti ada jawapannya
Rasanya memang Shahir takut popularitinya merudum kot. Apa pendapat korang? Adakah korang bengang RCW jatuh cinta dengan Shahir? Atau korang Shahir pujaan korang menjadi milik RCW? Heheh

sumber dari: OhBulan dan Beautifulnara

Filem Fast & Furious 5 VS Filem Kongsi


hai sume sihat ker??? fiza dengan husband fiza sihat jer...fiza nak cer citer hal semalam...sebab husband fiza cuti semalam... memang kami plan nak p tengaok Kongsi...tapi husband fiza nak tengok Fast & Furious 5... ermm...macamana nie...??? fiza nak tengok Kongsi dia lak nak tengok Fast & Furious 5??
last2 husband fiza kata kita tengok dua2 filem nie la...alang dah cuti nie...kita tengok wayang bagi puas2...hahaha...ye la kan husband fiza nie susah nak cuti...lepas cuti semalam tak tau lak bila nak cuti lagi... mungkin bulan depan baru cuti...hahaha...apa lagi fiza terus beli tiket dua2 filem nie...hihihi...
mula2 kami tengok filem Fast & Furious 5 kul 6.45 petang...habis citer nie kul 9.15 malam... lapas tu kami p makan jap kat KFC... kul 10.15 malam...kami masuk lagi panggung wayang...kali nie kami tengok filem Kongsi...hahaha...haaaa...puas giler tengok wayang semalam...dua2 filem memang best... lebih2 lagi filem Fast & Furious 5...FUHHHHH!!!!! memang best...tak tau nak cakap pa lagi selain best giler!!! banyak AKSI yang mendebarkan...huh!!! macam nak gugur jantung fiza masa kereta jatuh dalam sungai... tinggi tu... TERBAEKKKKK......LAH...hehehe.....

filem Kongsi lak lawak sangat...memang best...hilang sume tension2 bila tengok lakonan Sam dalam citer nie...dengan lawak nya bersahaja...gengster cakap longat Kelantan..hahaha...bila teringat balik nak tergelak. hehehe...
 
ha ni la buktinya...tiket wayang semalam...
ermm...rasanya filem yang fiza nanti2 kan Nur Kasih The Movie tak dapat nak tengok la....huhuhu sedih... sebab cuti dah tak ada...ok la sampai sini je ye...tata....

Saturday, May 14, 2011

Siapa Yang Muat Naik Maharaja Lawak Di Youtube?




Teks Oleh: zyzamani

KUALA LUMPUR, 13 MEI 2011: Populariti program realiti Maharaja Lawak (ML) sememangnya tidak dapat disangka lagi. Atas sebab itu, ramai penonton yang tidak dapat menerima hakikat apabila mereka terpaksa melanggan saluran Warna semata-mata untuk menyaksikan pertandingan yang menghimpunkan beberapa juara serta peserta Raja Lawak yang sedia ada ini.

Sebelum itu, Maharaja Lawak telah ditayangkan di Astro Prima untuk 2 episod yang pertama. Selebihnya, ianya telah ditayangkan di saluran Warna. Sebaik saja perubahan ini dilakukan, rata-rata penggemar Maharaja Lawak telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan membuat petisyen di lama sosial facebook supaya Maharajalawak diubah ke saluran Prima semula.
Namun, pihak Astro memberitahu bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Malah, mereka juga tidak dapat mengubah keputusan tersebut kerana Maharaja Lawak sememangnya adalah program yang dibayar untuk Astro Warna dan bukannya untuk Astro Prima.
Apapun, disebabkan perkara ini, ada segelintir individu yang telah melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab apabila memuat naik program popular itu di laman web Youtube. Muat naik itu pula tidak dilakukan pada keesokkan harinya. Sebaliknya, ianya dapat disaksikan pada malam siaran langsung itu sendiri.
Ini bermakna jika Maharaja Lawak bersiaran pada pukul 10 malam setiap Jumaat dan ditayangkan di Astro Warna, slot pertama program tersebut dimuat naik sekitar jam 10.30 malam atau 10.45 malam.
Menyedari perbuatan yang tidak bertanggung jawab itu, Pengurus Saluran Warna, Nizam Sani menjelaskan, pihaknya telah pun mengambil tindakan dengan menghantar surat kepada pihak pentadbiran Youtube di Amerika Syarikat.
"Kami menyedari perbuatan tersebut dan telah pun mengambil tindakan. Kami telah menghantar surat kepada pentadbiran Youtube di AS. Dapat dilihat ada tindakan yang diambil iaitu oleh mereka.
"Bermakna jika ada yang memuat naik program Maharaja Lawak pada hari siaran langsung dengan tak sampai sejam sewaktu siaran, mereka akan menahannya daripada disiarkan.
"Tetapi saya lihat, beberapa jam selepas itu, program Maharaja Lawak tetap ada di Youtube pada hari tersebut juga. Maknanya, walaupun tindakan sudah diambil, namun tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Senarionya tetap sama. Ada saja orang lain pula yang akan memuat naik program itu. Kita pun susah nak sekat perkara sebegini dalam internet.," katanya kepada murai.com.my sewaktu menjawab tentang isu tersebut.
Tidak mahu menyalahkan sesiapa, Nizam Sani berkata, apa yang berlaku dianggap sebagai satu promosi buat program tersebut yang semakin hari popularitinya meningkat.
"Saya lihat perkara itu sebagai satu promosi buat program ini. Malah, ratingnya pada setiap minggu meningkat dan kami lihat ini sebagai satu perkara yang positif. Ini menunjukkan program ini sememangnya memberi impak kepada ramai orang," katanya.

sumber dari: murai .com.my