Klik Jangan Tak Klik

Tuesday, December 13, 2011

Skim Rumah Pertamaku


Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Ciri-ciri dan Faedah Utama
Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
* Pembiayaan sehingga 100% 
* Harta kediaman sahaja

Kriteria Kelayakan
Peminjam/Pelanggan Yang Layak
* Warganegara Malaysia
* Pembeli rumah pertama
* Individu berumur sehingga 35 tahun
* Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan
* Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan
* Secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan.         Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yang dibenarkan dibawah polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

Harta Yang Layak
* Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
* Nilai minimum hartanah RM100,000
* Nilai maksimum hartanah RM220,000
* Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Keperluan Pembiayaan
* Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 30 tahun
* Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
* Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
* Rekod simpanan (rizab kecairan untuk 3 bulan ansuran)
* Insurans/takaful kebakaran diwajibkan

Permohonan
Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank-bank yang terlibat.

Soalan Lazim
A. Skim Rumah Pertamaku

1. Apakah Skim Rumah Pertamaku (Skim)?
Skim ini adalah satu dari langkah yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda yang berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah sendiri. Skim ini membolehkan para pembeli rumah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% daripada institusi-institusi kewangan bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah.

Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank yang terlibat atas pembiayaan yang lebih dari 90%.  Jika sekiranya seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.



2. Dengan jaminan Cagamas SRP Berhad, adakah ini bermakna yang peminjam/pelanggan dibawah skim ini hanya menanggung pembiayaan sebanyak 90% sahaja?
Tidak. Peminjam/pelanggan terpaksa menanggung sepenuhnya jumlah pembiayaan daripada bank yang terlibat (sehingga 100%). Jaminan tersebut hanya melindungi bank yang terlibat daripada sebarang kerugian yang dialami akibat dari pembiayaan yang melebihi aras 90%.

Adakah saya perlu membayar kadar faedah/keuntungan yang lebih tinggi atau sebarang bayaran untuk menikmati pembiayaan sehingga 100% dibawah skim ini?
Tidak. Kadar faedah/keuntungan biasa bank-bank yang terlibat digunapakai dan para peminjam/pelanggan tidak perlu membayar untuk mendapatkan jaminan daripada Cagamas SRP Berhad.

B. Pembiayaan

1. Siapakah yang layak untuk Skim ini?
Skim ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 35 tahun ke bawah (umur tidak lebih daripada 36 tahun pada hari lahir berikutnya) dengan pendapatan bulanan tidak lebih daripada RM3,000 bagi setiap pemohon.

2. Saya bekerja sendiri dan purata pendapatan saya sebulan ialah RM2,000. Adakah saya layak untuk Skim ini?
Tidak. Skim ini hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja. Pemohon mesti telah disahkan dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan.

3. Saya berkerja sendiri dan pasangan saya yang bekerja di sebuah syarikat perdagangan dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan. Adakah kami layak untuk menjadi pemohon bersama dibawah Skim ini?
Tidak. Semua pemohon (termasuk pemohon bersama) mestilah bekerja di dalam sektor swasta dan memenuhi semua kriteria kelayakan yang lain.

4. Saya dan pasangan saya masing-masing mendapat RM1,500 sebulan dan ingin mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% untuk membeli rumah pertama kami yang berharga RM220,000. Adakah kami layak dibawah Skim ini?

Ya. Anda layak untuk mendapat pembiayaan 100% dibawah Skim ini sekiranya jumlah pembayaran balik bulanan pembiayaan berkenaan tidak lebih dari 1/3 gabungan pendapatan kasar bulanan peminjam/pelanggan dan dalam kes ini, ianya adalah RM1,000 sebulan.  Walaubagaimanapun, pembiayaan adalah bergantung kepada kemampuan. 
Contoh kiraan :
  • Gabungan pendapatan kasar: RM1,500 + RM1,500 = RM3,000 
  • 1/3 daripada RM3,000 = RM1,000    
Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan adalah 30 tahun, jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM200,000. Untuk mendapat pembiayaan sebanyak RM220,000, gabungan pendapatan bulanan anda hendaklah lebih kurang RM3,300.


5. Saya dan rakan saya memenuhi semua kriteria kelayakan yang dinyatakan. Bolehkah kami menjadi pemohon bersama untuk pembiayaan dibawah Skim ini?
Tidak. Pemohon-pemohon bersama mestilah ahli keluarga, seperti suami dan isteri atau adik beradik sahaja, dan mestilah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

C. Harta


1. Adakah Skim ini merangkumi harta-harta yang sudah siap dan yang dalam pembinaan?
Ya. Skim ini merangkumi kedua-dua harta yang sudah siap dan yang dalam pembinaan.  Jaminan tersebut akan berkuatkuasa apabila pembayaran penuh pembiayaan tersebut dibuat.

2. Saya dan pasangan saya ingin membeli sebuah harta yang berharga RM220,000. Adakah kami layak untuk mendapat pembiayaan sebanyak RM220,000 jika kami memenuhi kriteria pendapatan yang ditetapkan?
Secara amnya, bank-bank yang terlibat akan memberi pembiayaan berdasarkan harga belian atau penilaian (nilai pasaran terbuka) daripada panel jurunilai mereka, yang mana lebih rendah.Penilaian harta tersebut adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan  bank yang berkenaan.




3. Pembiayaan sedia ada saya diambil semasa saya membeli rumah pertama. Adakah saya layak untuk  mendapat pembiayaan semula bagi pembiayaan tersebut dibawah Skim ini?
Tidak. Skim ini tidak merangkumi pembiayaan semula bagi pembiayaan sedia ada.



4. Adakah sebarang had ditetapkan bagi jenis harta kediaman atau lokasi dibawah Skim ini?
Jenis harta kediaman dan lokasi adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan  bank-bank yang terlibat.


D. Soalan Lain


1. Bagaimanakah cara untuk saya memohon pembiayaan dibawah Skim ini?
Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat.




2. Bolehkah saya memohon untuk pembiayaan Islam dibawah Skim ini?
Ya. Skim ini merangkumi kedua-dua pembiayaan konvensional dan Islam.



3. Apakah tempoh maksimum pembiayaan?
Tempoh maksimum pembiayaan ialah 30 tahun, tertakluk kepada polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

4 Perlukah saya membeli insurans/takaful kebakaran dan Insurans Bertempoh Gadai janji Berkurangan (MRTA)/Takaful Bertempoh Gadai janji Berkurangan (MRTT)?
Peminjam/pelanggan mesti membeli insurans/takaful kebakaran. Walaubagaimanapun, keperluan bagi MRTA/MRTT bergantung kepada keperluan bank-bank yang terlibat.




sumber dari: http://www.srp.com.my

4 Konflik Rumah Tangga Dan Cara Menanganinya


setiap manusia tak lepas lari dari masalah. sama ada kecil mahupun besar, ia harus ditangani dengan bailk agar tidak menghantui fikiran sekali gus mengganggu perjalanan aktiviti seharian.
dalam rumah tangga, ujian anak2, kewangan, keluarga mertua dan kepercayaan pada pasangan adalah sesuatu yang normal. bagaimanapun, sekiranya tidak diselesaikan dengan cara yang berhemah mungkin akibat yang diterima lebih buruk hingga mendorong individu2 terlibat melakukan perkara di luar jangkaan seperti membunuh diri dan mnyakitki orang lain.
tapi sebenarnya dugaan dalam rumah tangga ini ada juga kebaikannya. ic rencah yang memberi rasa serta 'penyedap' keharmonian sesebuah rumah tangga. lagi pun pepatah ada menyatakan sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. 
namun disarankan, sebelum mengeluh dan bersedih dengan pengtengkaran maka selidiklak punca-puncanya. nescaya ada jalan penyelesaiannya. dalam pada itu selalunya konlik rumah tangga yang berkaitan dengan perihal yang sama. pusing2 di sit juga puncanya jadi sebagai panduan desediakan pendekatan yang boleh digunakan untuk menganainya.

1. Pendapatan isteri lebih tinggi
ketika bercinta, pendapatan teman wanita lebih tinggi dari pasangan bukan masalah yang besar. selagi ada kasih dan cinta, semuanya diharungi selagi terdaya. tetapi setelah berumah tangga, masuk tahun kedua perkahwinan timbul sedikit konflik berkenaan peroleh pendapatan.
bermulalah episode ungkit mengungkit selain rasa tidak puas hati kerana tidak berkesempatan membeli barang yang diingini disebabkan kehabisan wang gaji. rentetan dari itu, suami mula berasa rendah diri dan tercabar kerana pendapatannya seakan tidak dihargi. ditambah pula dengan sikap isteri yang sudah berlagak seperti ketua keluarga dan menyembong diri. maklum sahajalah, duitnya lebih banyak dikeluarkan berbanding suami jadi secara tidak langsung 'kuasa' mengatur keluarga jatuh ke tangannya.
Penyelesaian:
dalam apa saja situasi, hormatilah pada suami sekalipun dia bekerja sebagai pemotong rumput. hargai setiap kerja yang dilakukan biarpun wang yang diberi tidak seberapa. setidak-tidaknya dia berusaha untuk berikan yang terbaik pada keluarga.
sekiranya anda brterusan mempersoalkan tentang wang dan pendapatan bulanan, percayalah masalah akan terus berlanjutan sekali gus menimbullan kebosanan di hatinya untuk bersama anda.

2. Masih belum dikurniakan cahaya mata
berkahwin sudah bertahun-tahun tetapi zuriat masih tiada. sedangkan pasangan lain yang baru dua tahun mendirikan rumah tangga sudah 'berisi' perutnya. dalam situasi ini, ada sesetengah suami gemar menyalahkan isteri hingga tergamak menyeluarkan perkataan mandul tanpa usul periksa. mestipun tidak disakiti secara fizikal tetapi isteri lebih merasakan kesakitan kerana hatinya lebih diusik.
Penyelesaian:
dalam hal ini perbincangan adalah jalan yang paling baik. lakukan pemeriksaan bersma-sama dan sekiranya doktor mengesahkan anda berdua sihat maka ikhtiarkan untuk mendapat cahaya mata melalui perubatan yang telah dilakukan tetapi isteri masih belum menunjukkan tanda2 hamil jadi bersabarlah kerana tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik buat anda dan pasangan.
untuk mengubat kesunyian apa kata ambil anak angkat dan layanlah seperti anak sendiri, selain memperoleh kepuasan peribadi, anda sebenarnya telah melakukan satu lagi kebaikan kerana membantu individu yang kurang berkemampuan.

3. 'Orang ketiga' masuk campur
campur tangan orang ketga dalam rumah tangga seperti mertua, adik ipar atau saudara mara dalam urusan keluarga anda tentu menyakitkan hati. apatahlagi sekiranya hal kecil antara anda dan pasangan dibesar-besarkan. tidak cukup dengan itu, persepsi negatif turut dilemparkan hingga mencutuskan konlik dalam rumah tangga yang dahulunya harmoni dan aman.
Penyelesaian:
apabila situasi sebegini terjadi maka cubalah bersikap terbuka. seboleh-bolehnya selesikan masalah rumah tangga tanpa membabitkan orang lain. bagaimanapun, sekiranya ia benar2 menyusahkan maka berbincanglah dengan pasangan untuk mencari individu yang benar2 boleh dipercayai dan berupaya menghulur bantuan.

4. Kurang masa untuk berkomunikasi
suami isteri bekeja bukanlah sesuatu yang janggal namun kerana kekangan waktu serta kesibukan menguruskan tugas2 di pejabat membuatkan komunikasi agak terhad. hanya telefon atau laman sosial menjadi   penghubung itu pun boleh dikira dengan jari beberapa kali anda berhubungan.
akhirnya, bila pulang ke rumah, salah seorang dari anda sudah lena dibuai mimpi dek keletihan seharian di tempat kerja. sedar atau tidak keadaan ini boleh menimbulkan perbalahan kerana masing2 tidak jelas dengan aktiviti luar rumah yang dilakukan. setakat berbual di telefon atau 'berchatting' di laman sosial, aspek sentuhan, hubungan mata dan sebagainya tidak kesampaian.
Penyelesaian:
tetapkan dalan diri waktu sesibuk manapun, keluarga harus diutamakan. berikan komitmen sepenuhnya untuk mereka meskipun tututan kerja sentiasa bertambah. cuba luangkan masa setidak-tidaknya setiap hujung minggu untuk lakuan aktiviti bersama.
mungkin riadah atau menonton wayang kerana ia lebih menyeronokkan dari teperap di rumah tanpa berbuat apa2. percayalah karier dan keluarga yang seimbang menjadikan hari2 yang dilalui lebih bermakna untuk dinikmati.

Monday, December 12, 2011

Sultan Kedah Menjadi Yang Di-Pertuan Agong Ke-14


tahniah kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-14.ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong selepas dipilih kali pertama pada 21 September 1970untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada 20 September 1975.
Sementara itu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.
Sultan Kedah Harap Malaysia Terus Aman Damai
KUALA LUMPUR: Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 14, berharap Malaysia akan terus aman damai dan semua kaum hidup dengan persefahaman dan bertoleransi.
Baginda melahirkan rasa gembira kerana secara keseluruhannya perpaduan rakyat adalah baik tetapi boleh ditingkatkan jika semua pihak meletakkan kepentingan negara lebih daripada kepentingan kaum atau politik.
Sultan Abdul Halim, yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima bagi tempoh 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975, mengimbau kembali peristiwa pahit pada 13 Mei 1969 dan berharap ianya tidak harus dibiarkan berlaku lagi.
"Kadangkala orang politik mengambil jalan mudah untuk mengekalkan populariti dengan memainkan isu-isu agama dan perkauman.
"Inilah yang membuatkan keresahan dan kucar-kacir di dalam masyarakat yang mungkin hanya menjadi pengikut yang tidak langsung faham isu yang diapi-apikan itu," titah baginda kepada Bernama.
Sultan Abdul Halim, 84, yang berkelulusan dalam bidang sains sosial dan pentadbiaran awam dari Wadham College, Oxford, United Kingdom, amat bersyukur kerana pertama kali baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein merupakan perdana menteri pada masa itu, dan kali ini apabila dilantik bagi kedua kalinya sebagai Yang di-Pertuan Agong, anak Abdul Razak, Datuk Seri Najib, pula menjadi Perdana Menteri.
Menyentuh mengenai kemajuan dan pencapaian negara sejak 54 tahun mencapai kemerdekaan, baginda bertitah Malaysia telah mencapai usia yang matang.
"Jadi pemimpin dan rakyat haruslah juga matang membuat sesuatu tindakan.
"Kekuatan negara kita terletak kepada kestabilan politik dan ketenteraman awam, dan untuk kemajuan masa hadapan dua perkara ini haruslah dipertahankan," titah baginda yang pernah menyertai perkhidmatan awam negeri Kedah pada tahun 1950an sebelum dilantik sebagai pemangku Sultan Kedah pada Mac 1957 apabila ayahandanya, Almarhum Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid, berangkat ke luar negara.
Baginda menaiki takhta pada 15 Julai 1958 selepas kemangkatan Sultan Badlishah, dan ditabal sebagai Sultan Kedah ke-28 pada 20 Feb 1959. Pada Julai 2008 sambutan Jubli Emas pemerintahan baginda telah diadakan secara besar-besaran di Kedah.
Mengenai peranan institusi beraja, Sultan Abdul Halim bertitah bahawa raja dan rakyat tidak boleh dipisahkan.
"Raja adalah payung kepada rakyat dan rakyat adalah tunjang kepada raja. Jadi peranan terbesar raja adalah untuk memastikan tidak berlakunya kezaliman dan kemusnahan kepada negara dan rakyat.
"Dalam sistem Raja Berperlembagaan peranan yang dimainkan oleh raja adalah sebagai penimbang tara supaya keamanan, kestabilan dan ketenteraman awam dikekalkan sentiasa," titah baginda.
Pada setiap majlis yang dihadiri, baginda sentiasa menekankan supaya rakyat hidup bersatu padu selain meminta umat Islam supaya sentiasa patuh kepada ajaran agama.
Sultan Abdul Halim yang diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran ke Kolej Sultan Abdul Hamid, mengisi masa lapang baginda dengan membaca buku, bermain golf serta meluang masa bersama keluarga.
Hasil perkahwinan baginda dengan Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman pada 9 Mac 1956, baginda dikurniakan tiga puteri iaitu pasangan kembar Tunku Soraya dan Datuk Seri Diraja Tunku Sarina, 51, dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz, 45.
Puteri sulung baginda Tunku Sarina kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos 1991 pada usia 31 tahun di Istana Anak Bukit, Kedah. Sultanah Bahiyah pula mangkat pada 26 Ogos 2003 pada usia 73 tahun.
Sultan Abdul Halim berkahwin dengan Sultanah Haminah Hamidun pada 25 Dis 1975 yang ditabalkan sebagai Sultanah pada 9 Jan 2004.
Sultan Abdul Halim merupakan penyokong kuat pasukan bola sepak Kedah, dan semangat ini dibuktikan pada perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Perlis pada 30 Jun 2007 di Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang apabila baginda sanggup berjalan hampir dua kilometer kerana kenderaan rasmi baginda terperangkap dalam kesesakan menuju ke stadium itu. - BERNAMA

Gambar Perkahwinan Ana Dahlia Dan Chef Riz


ha....sebelum ni korang dah tengok gambar Majlis Pertunangan dan Kad Kahwin Ana Dahlia dan Chef Riz kan... hari nie fiza sediakan gambar kahwin diaorang lak k...layan gambar di bawah....

sumber dari: FB Ahmad Anuar Hamdan

Dating Tengok Ombak Rindu Dengan My Lovely


Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia sume...
mesti korang sume dah tengok movie Ombak Rindu yang tengah populer sekarang nie...sana sini ada ja orang citer pasal movie nie...kat FaceBook la...kat Twitter la...yang paling heboh kat Blog-Blog Gosip la...hahaha... fiza sabar je sebab husband fiza tak leh cuti lagi....ada pekerja dia cuti seminggu...kena tunggu pekerja dia masuk keja baru dia leh cuti... fiza tunggu dari 1hb 12 sampai 10hb 12 baru husband fiza leh cuti... kata orang sabar tu separuh daripada iman... hehehe...ternyata kesabaran fiza berbaloi sebab fiza leh dating dengan husband kesayangan fiza ni...lama rasanya tak kuar dating berdua-duaan...hahaha...macam pengantin baru lak... rasa rindu lak masa2 berpacaran dulu... gatai la fiza nie....tapi kali nie pun berpacaran gak..halal lagi...hehehe...
ni gambar kat Plaza Angsana, Johor Baharu
kami tengok wayang kat Gaint Today's Mall kat Ulu Tiram, Johor... husband fiza kata senang tengok kat sini leh terus balik..sebab dah dekat nak balik rumah...lagi pun Today's Mall nie tepi jalan je...
kami sampai Today's Mall kul 8.40pm... terus beli tiket...tengok2 movie Ombak Rindu kul 9.25pm...ermmm... terpaksa la tunggu...hehehe...tapi sambil tunggu kami karaoke dulu...8 lagu..hahaha... habis hujan lebat malam tu.... hahaha...
ok kalau korang nak tahu sinopsis movie nie korang klik di sini fiza dah kuarkan awal2 lagi...hahaha...
ok la sampai sini yer...oopppssss!!!! lupa nak bagitau fiza suka gilerrrr lagu Ombak Rindu nyanyi Adira AF8 & Hafiz AF7....tersentuh hati fiza...sampai nangis2 la... cuba hayati betul2 lirik lagu di bawah...


Lirik Lagu Ombak Rindu – Hafiz/Adira (OST Ombak Rindu)
Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Adira :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Adira:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Hafiz :
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku