Klik Jangan Tak Klik

Thursday, April 21, 2011

7 Kesilapan Gaya Harus Dielak Lelaki


disebab kan terlampau seronok bertemu si dia, tanpa disedari anda telah tersilap manata gaya. mungkin pakaian atau warna yang dipilih kurang sesuai dengan persekitaran serta acara yang dihadiri.
pada pandangan mata sendiri memanglah sempurna tetapi jika si dia mula menunjukkan riak kurang selesa bermakna anda telah melakukan sesuatu yang mengjekelkan untuk diterima. berikut adalah kesilapan yang harus dielak agar anda digelakkan si dia atau rakan2.

1. mengenakan lebih dari satu wangian
mentang2 seronok berjumpa kekasih hati sampai tak sedar diri menggunakan lebih dari satu jenis minyak wangi. semuanya disebabkan ingin tampil hebat di hadapan gadis pujaan sampaikan kesilapan tak sedar dilakukan. anda perlu tahu bahawa wangian berperanan untuk memberi ilusi maskulin kepada penampilan. namun, jika diguna berlebihan anda sebenarnya mengalahkan perempuan sekali gus memeningkan lagi keadaan.

2. malas merawat wajah
merawat kulit wajah bukan tertumpu kepada wanita malah lelaki juga berkepentingan untuk menjaganya. takkan hendak dibiarkan wajah penuh berjerawat, berminyak atau kusam hanya kerana anda lelaki?? kononnya hilanglah macho bila melakukan kerja2 'kecantikan' seperti itu. hakikatnya, ia bukanlah perkara yang susah kerana perjagaan asas merangkumi tiga langkah mudah iaitu cuci, melembap dan segarkan wajah malah tempoh yang diambil juga singkat.

3. biarkan kuku panjang dan kotor
cuba letak kan sepuluh jari anda di atas meja dan tumpukan sepenuh perhatian di bahagian kuku. adakah ia panjang dan kotor?? atau mungkin juga berwarna?? sebagai pengetahuan, wanita amat pentingkan kebersihan, lebih2 lagi di bahagian yang mudah dilihat seperti kuku dan rambut.tak guna jika penampilan penuh berjaya tetapi kuku tidak dijaga.

4. bercukur sambil lewa
perhatikan wajah anda di cermin dan lihat cukuran yang telah dilakukan. adakah ia bersih serta kemas atau mungkin sebaliknya?? jangan kerana hendak cepat dan jimat maka anda menggunakan air sebagai 'bahan pelembap'. lebih teruk lagi bila mana ada segelintir yang terus bercukur tanpa mengapu sebangrang krim muka. ketahuilah bahawa anda sememangnya memerlukan krim bercukur khas ketika memerlukan rutin berkenan. bimbang jika diaplikasikan wajah anda mudah terluka di samping cukuran menjadi tidak sempurna.

5. bergaya dengan cermin mata hitam di waktu malam
malam itu gelap jadi apa tujuannya mengenakan cermin mata?? memanglah ia merupakan salah satu aksesori yang boleh dikenakan untuk bergaya tetapi biarlah sesuai pada tempatnya. memadai jika anda tampil up to date dengan fesyen yang sesuai dengan acara. lebih mudah bukan..

6. selera dengan bulu hidung yang panjang
waktu anda membuat cukuran jangan lupa membelek bulu hidung. kalau boleh periksalah 2 atau 3 kali sehari kerana bimbang ia menjalar keluar dan kawasan yang tidak sepatutnya. lebih baik anda menggunting atau mencabutnya bagi menyerlahkan penampilan yang lebih kemas dan bergaya.

7. salah memilih seluar jean
seluar jean menampakkan si pemakai lebih 'ragged' dan lasak malah tidak dinafikan golongan lelaki amat suka bergaya dengannya. sungguh pun begitu jangan main tangkap muat sehaja kerana seluar2 jean ini mempunyai gaya tersendiri. bayangkan sekiranya anda bertubuh gempal tetapi memakai demin berpotongan skinny, tidakkah ia kelakar?? ya anda perlu yakin pada diri sendiri tetapi kalau keterlaluan bimbang anda diketawakan.


p/s: gambar aaron aziz sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment