Klik Jangan Tak Klik

Thursday, April 21, 2011

Gincu Dan personaliti Wanita


tahukah anda gincu mampu mengungkapkan personaliti pemakainya?? dikatakan bahawa menerusi warna gincu dan bentuk hujung gincu yang digayakan, perilaku seseorang wanita diketahui oleh individu2 di sekelilingnya. benarkah?? baca informasi berikut dan nilaikan sendiri sama ada gincu yang anda kenakan bertepatan dengan personaliti anda.

MERAH
wanita penggemar gincu rona merah menyala adalah wanita berani dan berkeyakinan tinggi. mereka suka menarik perhatian dan suka menjadi tumpuan masyarakat namun tidak suka dipandang rendah atau dipertikai kemampuannya oleh orang lain. jadi, jangan cuba main2 dengan mereka kerana buruk akibatnya nanti. biarpun begitu, mereka sebenarnya baik hati.

OREN
penggemar gincu oren, merupakan seorang wanita yang berdedikasi terhadap kerjaya atau perlajaran mereka. walaupun kelihatan lembut, mereka bersifat keras hati hingga ada kalanya sanggup bertengkar demi mempertahan kan pendapat.

UNGU
wanita yang menyukai gincu berona ungu memiliki stail tersendiri. mereka berpendirian teguh, berpegang kuat pada prinsip dan tidak gentar dengan orang lain. pendek kata, mereka seorang yang berani, tegas dan berkeyakinan tinggi. mereka tidak memperdulikan tanggapan orang lain jika yakin diri berada di pihak yang benar.

COKLAT
gincu berona coklat menjadi pilihan wanita yang tidak suka menonjolkan diri dari segi imej dan penampilan. bagi wanita ini, bukan penampilan menjadi keutamaan sebaliknya bakat dan diri adalah perkara yang lebih penting. selain mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi, mereka juga individu yang setia boleh dipercayai.

MERAH JAMBU
sesuai untuk semua jenis kulit, gincu berona merah jambu berupaya menaikkan pesona dan memberi kesan seksi kepada wanita yang mengenakannya. wanita penggemar gincu merah jambu dipercayai bersifat romantis dan penyayang. selain itu, mereka juga tidak suka menimbulkan masalah atau mencari masalah dengan orang lain. walaupun bersifat agak tenang dan bersahaja dari segi luaran, mereka sebenarnya agak sensitif orangnya.

PELEMBAP BIBIR TANPA WARNA
pelembap bibir tanpa warna sering menjadi pilihan wanita yang ingin tampil secara semula jadi. mereka seorang yang ringkas serta sukakan kehidupan yang selesa dan aman damai.

Hujung Gincu Ungkap Personaliti
tidak hanya warna gincu yang menggambarkan personaliti pemakainya, namun bentuk hujung gincu juga dikatakan mampu mengungkap personaliti wanati yang menggunakannya.

1. Tirus Tajam
hujung gincu yang berbentuk tirus dan tajam menggambarkan penggunanya adalah seorang wanita yang berani, lincah, agresif, cintakan kebebasan dan tidak suka dikongkong. mereka juga berani menyahut cabaran dan suka mencuba dan suka mencuba sesuatu yang baru. namun, sikap yang terlalu berani ada kalanya membuatkan individu di sekeliling mereka berasa meluat. justeru, berpada-padalah dengan setiap kelakuan anda.

2. Rata
jika bentuk hujung gincu kelihatan rata dan mendatar, ia menunjukkan pengguannya merupakan seorang wanita yang tenang dan low profile. namun begitu, mereka sering dilabelkan sebagai individu yang kaku, terhegeh-hegeh dan lenbap oleh masyarakat sekeliling.

3. Bujur
wanita ideal yang menjadi buruan ramai lelaki, itu gambaran bagi wanita yang mempunyai hujung gincu berbentuk bujur. tidak kurang juga yang menyatakan mereka wanita seksi yang sentiasa ceria, positif dan memiliki ramai sahabat.

4. Condong & Tajam
bentuk hujung gincu yang tajam dan condong menunjukkan pemiliknya seorang yang terlalu berhati-hati dan cerewet. mereka lebih gemar melakukan hal sendiri dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling, malah mereka tidak gemar bergosip apatah lagi mengumpat teman-teman.

5. Melengkung Ke Dalam
wanita yang memiliki gincu yang melengkung ke dalam dikatakan seorang yang tidak sabar, rakus dan gelojoh. selain bersikap terburu-buru, mereka juga becok, suka bergosip dan memiliki sikap iri hati serta tidak senang melihat individu lain melebihi dari mereka. mereka sanggup melakukan apa sahaja hatta menggunakan cara kotor sekalipun asalkan mereka berjaya memperoleh apa yang dihajati.

No comments:

Post a Comment