Klik Jangan Tak Klik

Tuesday, April 12, 2011

Khas Untuk Lelaki: 6 Cara Tampilkan Personaliti Diri


gambar husband fiza nie, sekadar hiasan..

hati mana tidak tertawan melihat pria segak bergaya setiap masa. semua kriteria ini membuat lelaki tampak hebat di mata wanita. bagaimana pun tidak semua lelaki merasakan mereka memikilinya, sedangkan ciri-ciri itu boleh menjadi lelaki idaman setiap wanita. sebagai permulaan, cuba praktik kan tips di bawah ini dan semoga ia menjadikan anda lelaki yang lebih baik.

PENAMPILAN WAJAH
lelaki harus berfikiran lebih terbuka dalam bab penjagaan wajah. bukan sahaja wanita memerlukan pencuci muka, sebaliknya ia juga perlu dijadikan rutin oleh lelaki. wajah segar dan berseri tidak akan terhasil begitu sahaja. lelaki harus memilih pencuci muka sesuai bagi menghindari masalah kulit berminyak dan kusam. lelaki sama sekali ditegah daripada menggunakan sabun mandi sebagai pengganti kerana ia tidak akan membantu bahkan merosakkan kulit.

WNGIAN
tidak perlu bergelar lelaki metroseksual untuk menjadi seorang yang menjaga penampilan diri. lelaki biasa juga harus prihatin dalam menjaga penampilan agar disenangi oleh orang sekeliling. penggunaan pewangi contohnya amat perlu kerana ia mampu menambah keyakinan diri dalam pergaulan. begitu juga dengan deoderant, penggunaannya seharusnya menjadi perkara asas ketika bersiap-siap untuk keluar rumah.


 KEBERSIHAN DIRI
segelintir wanita menilai kebersihan diri seseorang lelaki melalui kukunya. jika pendek dan bersih kukunya, maka tanggapannya ialah si lelaki merupakan seorang lelaki yang pandai menjaga diri. siapa yang suka melihat  lelaki berkuku panjang dan lebih teruk lagi jika ada kesan gigitan. namun ia tidaklah bermaksud perlu ke pusat kecantikan untuk mendapatkan rawatan merias kuku. memadai dengan memastikan kuku tidak panjang dan sentiasa bersih.

 PAKAIAN 
pakaian boleh menggabarkan personaliti seseorang jadi lelaki harus lebih prihatin dalam memilih gaya. bezakan pakaian ketika ke pejabat, ke majlis rasmi mahupun  keluar bersiar-siar. pilih gaya yang anda yakin untuk serlahkan dan jangan sesekali cuba menjadi orang lain. begitu juga dengan pemilihan warna. elakkan menggayakan lebih daripada 3 warna dalam satu-satu masa kerana anda akan kelihatan seperti badut sarkas.

DOMPET
mengapa lelaki gemar membiarkan dompet terlalu tebal dan dipenuhi dengan kertas-kertas yang tidak perlu?? ia menjadi semakin teruk apabila dompet itu dimasukkan ke poket belakang dan membonjol. secara automatik penampilan lelaki nampak kurang menyelesakan. sebenarnya dompet juga perlu sentiasa dijaga dan dikemas kini. susun bahagian dalamnya dengan teratur dan buang yang tidak perlu terutamanya resit-resit lama.

KASUT
lelaki harus berhati-hati dengan penjagaan kasut kerana ramai juga di kalangan wanita yang menilai lelaki melaluinya. sudah tentu kasut yang bersih dan berkilat memberikan gambaran positif tentang lelaki. warna stokin yang dipilih juga perlulah sepadan dengan warna kasut agar tidak kelihatan janggal. namun jika anda memilih untuk menyarung sandal, jangan sesekali terfikir untyuk memakai stokin kerana ia kelihatan tidak sesuai.

No comments:

Post a Comment