serius fiza kata, fiza baca novel nie 5 ke 6 kali rasanya...tak rasa jemu langsung...memang best giler...sampai fiza beli novel kesinambungan dia plak la... CINTA TIADA AKHIRNYA...
sampai nangis2 la fiza baca novel nie...lepas novel nie...ada lagi kesinambungan dia...
RINDU CINTAKU...lepas tu tak tau la fiza ada lagi ke tak sambungan novel nie...
lepas je fiza dapat tahu novel kesukaan fiza nie di filemkan...huh!!!rasanya fiza tak sabar nak tengok...lebih2 lagi heronya...Aaron Aziz...yang handsome tu...heroin Maya Karin...baca di bawah..
Filem Ombak Rindu terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures merupakan hasil adaptasi daripada novel popular nukilan Fauziah Ashari.
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Dalam temubual bersama Gua, Maya Karin berkongsikan pengalamannya membawa watak Izzah yang bertudung.
“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.
“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu’ di Bukit Kiara baru-baru ini.
sumber dari OhBulan
No comments:
Post a Comment