tak seronok bercinta tanpa cemburu. tak kan lah kehidupan anda terasa aman-aman saja. pasti anda berdua bukan pasangan yang normal jika tiada cemburu singgah di hati.
anda harus dan wajib merasakan cemburu untuk memastikan cinta anda membara kepada si dia. jangan fikir cemburu itu hanya untuk hanya sedang berpacaran saja, kononnya bila sudah berkahwin tak perlulah takut suami cari lain. padahal pernikahan bukan akhir daripada percintaan, tetapi proses panjang untuk memproduksi cinta baru kepada pasangan. bukan itu saja semakin hari semakin banyak ujian yang akan mengikis rasa cinta itu. jadi semakin lama usia perkahwinan semakin anda dituntut untuk menyuntikkan ghairah cinta kepada pasangan. benarkah rasa cemburu boleh meningkatkan ghairah percintaan anda dan suami???
1. Cemburu Tanda Disayangi
cuba anda bayangkan bagaimana jika suami tidak melayan anda walaupun anda sengaja cuba membuatnya rasa cemburu?? pasti anda rasa tak berharga, tak diperlukan, tak disayangi!!!
padahal anda mahu mendengar suami marah saat anda berdua-duaan dengan lelaki lain dalam lif misalnya.tapi suami senyap tak memberi komen, seolah-olah anda tak penting baginya. nak berdua-dua atau bersembang mesra pun dia tak cemburu. seolah-olah anda perempuan yang tak penting lagi dalam hidupnya!! pasti kita berasa sangat sedih apabila pasangan kita tidak mengambil berat langsung tentang diri kita. apatah lagi jika dia berdiri seolah-olah patung yang tak bernyawa, tiada pernafasan, ada tiada diri kita sama saja, suka mendiamkan diri kita seakan-akan dunianya dan dunia kita berlainan. apa yang mahu dipakai suami tidak pernah komen, buatlah apa saja tidak dihiraukan, nak beli apa pun dia tak kisah, sehinggakan anda rasa tidak dipedulikan lagi. akhirnya anda dan pasangan hidup dalam dua sangkar jiwa walaupun tidur sebantal. bandingkan dengan pasangan yang sentiasa memiliki hubungan tarik menarik. aktif berinteraksi bukan setakat fizikal tetapi juga emosi, berghairah untuk lebih dicintai, membuka seluas-luasnya pintu hati untuk dikenali pasangan, mengizinkan komen-komen bernas menyempurnakan hidup mereka dan sesekali dengan sengaja melahirkan rasa cemburu untuk menguatkan rasa cinta. tentu saja pasangan yang memiliki ciri-ciri sebegini lebih bahagia daripada pasangan yang berciri " ada aku kisah?? "!! cemburulah kepada pasangan anda supaya dia berasa sangat disayangi, tetapi jangan pula berlebihan sampai mengongkong dam memenjarakan kebebasannya. hal itu akan menambah masalah baru dalam percintaan anda yang sudah pun bercelaru. cemburu itu ibarat pemanis dalam secangkir kopi, manis sangat jadi penyakit kalau pahit pun tak rasa nikmat. cemburulah dengan berpada-pada mengikut keperluan yang anda rasa cukup untuk membangkitkan ghairah cinta.
2. Cemburu Tingkatkan Prestasi
anda cemburu dengan seorang teman sepejabat suami yang cantik, menarik, pintar dan baik hati. apatah lagi jika kelebihan-kelebihan itu selalu diceritakan suami dengan bersemangat. anda pasti menyampah lalu pura-pura tak kisah tapi dalam hati anda benar-benar tercabar. semua itu normal bagi suami atau isteri, tiada siapa yang mahu dirinya dibanding-bandingkan dengan orang lain yang memang tak setanding dengan kita. mula-mula anda berasa sedih tapi cubalah jadikan musibah itu sebagai peluang untuk anda mencabar diri sendiri.
" bolehkah aku mengatasi wanita itu??? " inilah masanya untuk anda memanfaatkan wanita itu secara tidak langsung untuk menambat hati suami anda. bukankah dia telah memudahkan anda mengetahui rahsia-rahsia yang suami anda inginkan dari seorang isteri??? akhirnya anda boleh mempertingkatkan prestasi anda sebagai seorang isteri dengan memanfaatkan rasa cemburu itu sebagai semangat memperbaiki diri. kalau suami puji kecantikan artis wanita itu tentu anda terasa teruja mengikut cara artis tersebut menjaga badannya. kalau suami puji kesolehan teman wanitanya di pejabat tentu anda mahu ikut jejak kealimannya. begitulah seterusnya bukankah cemburu itu positif??
3. Cemburu Sihatkan Hubungan
disebabkan anda cemburu maka anda berasa harus membuktikan kepada pasangan bahawa anda terbaik untuknya. tapi kadang-kadang kita cemburu itu melampaui dan memusnahkan rasa kasih sayang. ini sungguh merbahaya bagi mereka yang terbabas daripada kadar sewajarnya. jika ada cemburu akan ada konflik, jika ada konflik akan ada pertembungan dua hati. ini amat bagus untuk menyihatkan hubungan anda dan suami. tapi bergantung bagaimana anda mempertembungkannya apakah dengan cara kasar sampai berkecai atau lembut hingga melekat dengan selamat lagi nikmat. akhir sekali tiada pasangan yang tidak pernah terusik hatinya kerana cemburu, tapi pastikan cemburu yang anda rasa itu memberi manfaat untuk lebih mencintai lelaki hebat di sisi anda sekarang. maka silalah cemburu jika ia mengghairahkan anda berdua!!!
No comments:
Post a Comment