Klik Jangan Tak Klik

Friday, April 8, 2011

Tips Ubah Sikap Suami


melihat suami rakan bersikap romantis, anda juga kepingin pasangan melayan anda sedemikian. hakikatnya suami seorang pemalu, pendiam dan lebih senang memendam rasa. justeru anda meminta dia berubah. tentunya payah untuk pasangan melakukannya bukan. tambah membuat suami tidak puas hati bila anda mendesak-desak dirinya.
biarpun untuk sesuatu yang baik namun untuk mengubah diri pasangan memang cukup sukar. perlu diketahui juga ada pasangan yang boleh berubah selaras dengan kehendak atau keinginan namun ada juga yang tidak. tapi satu yang diingati dalam pada cuba mengubah pasangan janganlah memaksa kerana ia biasanya hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati. sebenarnya bila anda dihadapkan dengan sikap pasangan yang tidak selaras dengan kehendak anda tidak perlulah menggesa suami atau isteri supaya berubah mengikut acuan anda. adalah lebih baik jika anda menyempurnakan sikap pasangan yang kurang anda sukai. pun begitu walau sukar untuk diubah, anda masih berpeluang untuk membuat pasangan bersikap seperti yang anda kehendaki. tapi sebelum itu anda perlu mengetahui terlebih dahulu mana sikap yang boleh dan tidak boleh diubah.

Takkan Mampu Diubah
Rasa Hati
rasa hati pasangan anda aspek yang tidak mungkin dapat anda ubah atau diganggu. anda tidak mungkin mengubah hatinya untuk mengasihi orang yang ada disekelilingnya. sebabnya nilai2 seperti ini sudah ada dalam dirinya sejak kecil dan telah ditanamkan oleh ibu bapanya. nilai2 dalam diri pasangan juga mampu terbentuk daripada pengalaman peribadinya. paling penting adalah anda mendorong dan membantunya memilih mana tindakan yang mempunyai nilai positif dan negatif.

Kerjaya 
pilihan kerjaya juga adalah perkara yang tidak harus digugat oleh orang lain meskipun pasangan hidupnya. karier adalah antara pilihan hidup memang tidak boleh dipaksa. biarpun anda sudah berusaha keras menyarankan kepadanya untuk memilih karier yang jauh lebih tinggi gajinya menurut anda tapi jika dia tidak menginginkannya maka usaha anda tetap tidak akan mendapat hasil.

Emosi
setiap manusia dikurniakan tahap emosi yang berbeza antara satu sama lain. anda mungkin boleh bersikap tenang walaupun dalam keadaan yang cukup stres tapi pasangan pula mungkin cepat meledak atau marah bila dalam keadaan yang tertekan. sekiranya pasangan anda memiliki emosi yang mudah marah ataupun sebaliknya maka anda harus menyeimbangkannya. maksudnya bila pasangan anda marah2 waktu stres maka anda perlulah lebih tenang dan tidak menambahkan lagi kemarahannya. anda juga boleh melatih reaksi emosi dan kemarahannya agar tidak mengganggu diri anda ataupun orang sekitarnya.
Hobi
jika anda suka melancong bukan bermakna pasangan anda juga harus mempunyai minat yang sama.jangan memaksanya untuk menyukai apa yang anda suka. meskipun anda merayunya untuk selalu menemani anda melancong tapi jika itu bukan hobinya maka kemungkinan usaha anda tidak berhasil. tapi tidak ada salahnya jika anda mengajak pasangan anda pergi bercuti di hujung minggu ke tempat yang tidak jauh sebagai permulaan. paling utama adalah anda berdua mampu menikmati kegembiraan secara bersama.

Ada Peluang Untuk Diperbaiki
Penampilan
jika anda tidak suka dengan penampilan fesyen suami, anda sebenarnya masih berpeluang untuk mengubahnya. tapi itu semua bergantung kepada cara anda mengutarakan perkara tersebut kepada dirinya. berikan pujian terdorong untuk mengubah penampilannya. sebagai contoh dia gemar mengenakan baju lusuh ketika keluar bersantai katakan kepadanya " abang ni hensem tapi kalau abang pakai baju yang elok skit mesti lagi segak tau. " ungkapan sebegini pasti akan membuatkan dirinya terfikir seketika dan anda kemudian boleh cuba memilihkan baju untuk dirinya.

Tabiat Buruk
setelah lama hidup bersama dengannya pasti ada satu sikap suami yang paling anda tidak sukai. boleh jadi suka menonton tv dengan voluem yang kuat atau gemar menyepahkan surat khabar yang dibacanya. jangan risau tabiat ini boleh diubah, caranya dengan menyatakannya terus-terang. kadang2 pasangan anda tidak menyedari bahawa perilakunya itu tidak disenangi oleh orang sekeliling. jika dia belum memahamimya, berilah gambaran bagaimana perasaan orang lain tentang apa yang dilakukannya itu.

Tidak Prihatin
wanita mungkin akan berasa sedih bila suami kurang romantis, tidak pandai merayu atau sering melupakan hari ulang tahun perkahwinan. tapi ini adalah perkara yang sering kali dilakukan oleh suami. bagi lelaki ini semua adalah perkara yang remeh temeh dan tidak perlulah di perbesar-besarkan. sedangkan bagi anda ia sesuatu yang penting. jangan terus makan hati, anda boleh terus mengingatkan suami jika dia melupakan tarikh atau perkara penting buat diri anda. set dalam telefon bimbitnya tentang hari lahir atau ulang tahun perkahwinan anda ataupun tandakan besar2 dalam kelender di rumah anda.

No comments:

Post a Comment