Klik Jangan Tak Klik

Sunday, April 10, 2011

Makanan Ringan Yang Sihat


anda sering menjamah jajan atau snek ringan seperti kerepek kentang, keropok, makanan bergoreng atau kesemuanya merupakan antara kegemaran anda, sebaliknya cuba hentikan tabiat buruk tersebut selain tidak sihat dan juga boleh membahayakan kesihatan. sebenarnya mengudap makanan bukanlah salah, namun anda perlu memilih kedapan menyihatkan seperti buah epal atau betik, kita lebih tertarik untuk menikmati kedapan yang menggoda selera, segera dan lazat. cuba anda perhatikan tabiat makanan anda setelah menikmati snek ringan anda, adakah kuantiti makan anda di waktu malam utama semakin berkurang, atau sebaliknya masih mengambil dalam kadar yang normal. jika anda masih mengambil dalam kuantiti normal, ini bermakna snek ringan anda tidak cukup sihat untuk membuat anda berasa kenyang. oleh itu, snek ringan membuatkan tubuh anda mengumpul kalori yang berlebihan. jadi, bagaimana jika anda telah bosan dengan snek ringan menyihatkan seperti buah epal, betik ataupun buah-buahan lain bagi mengalas perut?? janganlah ubah kebiasaan baik anda itu dengan makanan bergoreng ataupun makanan segera yang tidak menyihatkan. makanan berikut, boleh anda amalkan dan diselangi dengan snek buah-buahan yang biasa anda makan kerana makanan ini tidak akan menggemukkan anda:

1.Kacang
segenggam kacang tanah rebus atau badam sehari tidak akan menggemukkan anda. makanan sebegini kaya protein semula jadi dan serat ini boleh mengalas perut anda yang sedang berkeroncong kelaparan. pilih kacang yang diolah tanpa minyak dan bahan perasa tambahan buatan.

2. Yogurt
pasti tidak sukar bukan kerana anda juga sukan yogurt. dari segi rasa dan aroma, yogurt tentu lebih enak berbanding susu. kandungan kalsiumnya setara dengan susu, jadi ia bukan satu masalah bagi mengganti kan susu dengan yogurt. kalsium yang terdapat di dalamnya juga boleh menjauhkan lemak dari dalam tubuh anda. oleh itu, mulailah menikmati yogurt di sela-sela kesibukan anda di pejabat mahupun di rumah sambil menonton TV.

3. Telur
telur sering disalah ertikan boleh menggemukkan. sebenarnya, selagi anda bijak mengolah hidangan yang berasaskan telur, anda tidak perlu khuatir tentang isu tersebut. makanan ini kaya dengan protein, rendah kalori dan boleh membuat anda kenyang dengan lebih lama. oleh makanan anda yang berasaskan telur tanpa minyak mahupun mentega.

5. Roti Gandum
jika anda mahu menikmati makanan yang mudah berasaskan dari gandum, makanlah roti gandum. roti gandum lebih baik berbanding roti putih. ketepikan mi atau pasta segera yang terdapat di dalam stok makanan anda. selain itu, boleh juga gantikan dengan oat yang boleh anda makan selepas dibancuh dengan air panas selama 3 minit. ia kaya dengan serat yang boleh membuat perut kenyang, serta menyihatkan.

6. Avokado
selain telur buah ini juga antara buah0buahan yang sering di anggap boleh membuatkan anda kegemukkan. sememangnya, buah ini mengandungi lemak, tetapi ia merupakan lemak baik yang boleh membantu anda menjauhi kolesterol jahat serta ia baik untuk jantung anda. pilihlah avokado yang segar. anda boleh makan mentah atau tambahkan sedikit madu jika anda mahu menikmati jusnya.

7. Cendawan
daripada anda mengunyah sepotong piza, atau mi goreng segera, lebih baik anda pilih menikmati hidangan cendawan butang masak air yang dicampur dengan sedikit bawang bombay dan hirisan oregano. tentunya tanpa minyak dan merjerin. ini kerana, cendawan adalah makanan yang rendah kalori, mengandungi serat dan membuat anda kenyang sehingga tiba waktu makan utama anda.


No comments:

Post a Comment