Klik Jangan Tak Klik

Saturday, April 9, 2011

Atur Kewangan, 4 Langkah Wajib Diketahui



sebenarnya untuk menguruskan kewangan dan merancang perbelanjaan khususnya untuk diri sendiri mahupun keluarga bukanlah sesuatu yang sukar untuk diadaptasi kan di dalam kehidupan seharian. memang ada di antara kita 'tahu' iaitu mempunyai pengetahuan dalam menguruskan kewangan dan mengawal perbelanjaan seharian mereka, tapi ada juga yang 'malas' untuk melaksanakannya dalam kehidupan seharian. tapi bagi anda yang belum mengetahuinya ini dia langkah yang wajib anda ketahui.:

1. Fikirkan Masa Depan
jika anda merasakan ilmu pengurusan  kewangan dan perancangan perbelanjaan itu tidaklah penting maka anda silap!! pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan merupakan perkara yang harus dipraktikkan oleh setiap orang. sekiranya bukan untuk hari ini ia pastinya mendatang kan manfaat untuk kita di masa hadapan. bayangkan, tahun hadapan anda ingin melangsungkan perkahwinan. kemudian barulah anda 'tersedar' bahawa anda langsung tidak pernah menyimpan atau menyediakan sebarang bajet ( matlamat kewangan ) untuk tujuan tersebut. akhirnya, anda terpaksa melakukan pinjaman peribadi melalui bank untuk tujuan tersebut. mungkin anda merasakan ini ada jalan singkat untuk mencapai matlamat tersebut . tapi ingat, sekiranya anda telah berumah tangga maka semakin banyaklah tanggungjawab yang bakal dipikul. mahukah anda menambah bebanan tanggungjawab yang bakal dihadapi dengan bebanan hutang-hutang yang sedia ada??? oleh itu rancangan perbelanjaan anda dengan bijak agar anda dapat menabung setiap bulan.

2. Menentukan Matlamat Kewangan
'matlamat' atau dalam istilah lainnya 'sasaran' kalian. dalam konteks mengurus kewangan kita harus tahu akan matlamat kewangan kita itu. contohnya, mungkin ada di antara anda yang bermatlamat
* Menyambung pelajaran
*Membeli sebuah rumah
*Berkahwin
*Berbulan madu
*Perbelanjaan rumah tangga
*Pendidikan anak-anak
*Mengerjakan ibadah haji
*Perbelanjaan sewaktu persaraan
*Membeli kereta idaman dan banyak lagi
jelasnya di sini ialah apakah matlamat kewangan anda. apabila sudah nampak akan matlamat kewangan, sudah pasti aliran kewangan akan menjadi lebih teratur dan terancang. seterusnya anda juga perlu tahu jangka masa untuk mencapai matlamat tadi. sama ada matlamat tersebut akan dicapai dalam jangka masa pendek, sederhana atau pun panjang. contohnya, anda merancang untuk mengerjakan ibadah haji tiga tahun akan datang. jadi anda perlu melakukan simpanan yang lebih ke dalam akaun tabung Haji demi untuk mencapai matlamat tersebut.

3. Menulis Rancangan Atau Pelan Perbelanjaan
ramai yang telah tahu akan konsep ini tetapi masih ramai yang malas untuk mengamalkannya. cuba tanya diri sendiri selama ini, pernahkah anda melakukan pelan perbalanjaan sebelum berbelanja?? ramai di antara kita apabila menerima duit gaji, perkara pertama yang difikirkan adalah untuk membayar hutang atau liabiliti yang ada. kemudiannya, bila nampak saja duit lebih terus digunakan untuk berbelanja sepuas-puasnya hingga lupa untuk melakukan simpanan. bagi mengelak perkara ini terus terjadi. sepatutnya anda perlu menulis dan merancang perjalanan perbelanjaan tersebut. apabila terima saja duit gaji atau pendapatan bulanan, tulis ke manakah ia hendak dibelanjakan. jadi apabila anda tahu akan perjalanan perbelanjaan sudah tentu anda akan tahu arah tuju wang yang dibelanjakan/digunakan.

4. Menyimpan Sebelum Berbelanja
konsep perbalanjaan yang betul dan sepatutnya adalah :
*Pendapatan - Simpanan = Hutang + Perbelanjaan
BUKAN
*Pendapatan - (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan
maksudnya di sini adalah ialah setiap kali memperoleh gaji bulanan sepatutnya yang diutamakan terlebih dahulu adalah melakukan simpanan, kemudian barulah digunakan untuk tujuan pembayaran hutang dan perbelanjaan. tetapi malangnya kebanyakkan daripada kita, apabila terima saja duit ia terus digunakan untuk membayar hutang dan berbelanja. tetapi di dalam melakukan simpanan pula, ia dikecualikan. itu pun kalau ada duit yang lebih, barulah disimpan. ini konsep yang salah sebenarnya. segalanya memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti. jika tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan tahu akan tujuan kewangan kita sebenarnya.

No comments:

Post a Comment