Klik Jangan Tak Klik

Friday, April 22, 2011

Elak Jadi Mangsa Jenayah Cemburu Buta


p/s: gambar di atas sekadar rujukan

sejak akhir2 ini ramai isteri menjadi mangsa penderaan suami. gara2 cemburu buta, si suami sanggup mengasari dan membunuh isteri yang disyaki menjalin hubungan sulit dan terlarang dengan lelaki lain tanpa usul periksa. akibatnya, rumah tangga menjadi berantakan dan anak2 kehilangan kasih sayang ibu bapa. fenomena seumpama ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana mampu memusnahkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan di negara kita. lalu apakah cara terbaik yang boleh bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan jenayah yang berpunca daripada perasaan cemburu buta.

APAKAH CEMBURU BUTA?
cemburu buta adalah perasaan tidak percaya, syak , wasangka keterlaluan, sakit hati, marah dan tidak yakin terhadap pasangan yang dicintai. lazimnya, perasaan cemburu itu wujud lantaran sikap suami isteri yang membayangkan pasangannya memiliki hubungan istimewa dengan individu lain di luar pengetahuan mereka. perasaan cemburu yang keterlaluan membuat individu hilang kewarasan dan pertimbangan diri sehingga sanggup melakukan jenayah dan bertindak di luar batas kemanusiaan.

PUNCA
antara punca jenayah cemburu buta ialah perasaan cinta yang mendalam terhadap pasangan. rasa cinta itu membuat suami atau isteri berasa tidak selamat dan takut kehilangan insan yang mereka sayangi. justeru, mereka mudah bertindak ganas terhadap pasangan apabila mengesyaki pasangan menjalinkan hubungan dengan orang lain meskipun hubungan itu tidak terbukti kesahihannya. 
pengalaman masa lampau yang buruk seperti pernah ditinggal kan atau dikhianati turut mempengaruhi individu untuk bersikap cemburu buta. dek kerana risau peristiwa silam kembali berulang mereka bertindak mengongkong dan sentiasa curiga terhadap insan2 kesayangan. oleh itu, sebaik melihat atau mendengar pasangan bersama lelaki lain mereka cenderung untuk bersikap ganas.

KESAN
sikap cemburu yang tidak terkawal boleh menyebabkan seseorang mengalami tekanan perasaan yang membuat mereka bertindak di luar kawalan. tekanan perasaan yang dialami akan mengganggu kestabilan hidup dan ekonomi individu. mereka sentiasa dihantui perasaan bimbang dan takut seandainya ditinggal kan oleh pasangan. secara tidak langsung, ia mengganggu aktiviti harian dan prestasi kerja.
keganasan rumah tangga yang berlaku gara2 cemburu buta pastinya menimbulkan kesan kepada institusi keluarga. bukan sahaja memberi kesan negatif kepada pasangan suami isteri tetapi juga mendatang efek buruk kepada pembentukan jiwa anak2 sehingga mereka membesar sebagai individu bermasalah.

LANGKAH MENGATASI
1. Bijak Kawal Perasaan
rasa cemburu adalah naluri semula jadi manusia. namun begitu, individu perlu bijak mengawal perasaan agar tidak mengambil tindakan terburu2 yang boleh membahayakan diri serta keluarga. apabila berhadapan dengan peristiwa yang mencurigakan pasangan perlu berfikir dengan waras dan tidak mengikut perasaan marah yang dialami.

2. Setia Dan Saling Mempercayai
pasangan suami isteri perlu memiliki sikap saling mempercayai di antara satu sama lain agar tidak agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir2 tidak baik yang boleh merosakkan hubungan. selain itu, pasangan juga perlu setia dan mencurahkan kasih sayang terhadap pasangan kerana curahan kasih sayang dan perhatian yang diberikan secara dan tidak langsung akan mengurang kan perasaan cemburu di hati pasangan.

3. Jaga Adab Pergaulan
baik suami mahupun isteri perlu menjaga batas pergaulan. adab pergaulan antara bukan mahram perlu dijaga dan diawasi agar tidak menimbulkan syak wasangka di hati pasangan.

FAKTA KES
17 Mac 2011- seorang wanita berusia lingkungan 40-an, ditumbuk di bahagian bahu dan paha kiri serta diacukan parang pada leher oleh suaminya selepas disyaki bermain kayu tiga dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

22 Februari 2011- seorang juruteknik bukan saja parah ditetak dengan pisau pemotong sayur oleh isterinya akibat cemburu buta tetapi turut dikurung di dalam rumah supaya mangsa tidak boleh mendapat rawatan dan meminta bantuan polis.

1 November 2010- seorang isteri maut setelah dipukul, dipijak dan ditendang oleh suaminya di hadapan anak tunggal mereka hanya kerana minum bersama empat rakan suaminya yang bertandang di rumah mereka.

3 Mei 2010- gara2 cemburu seorang jururawat, Hashimah Nang, 40, cereda parah apabila kemaluannya dirodok oleh suaminya seorang tentera, Md Khairidin @ Ab Ka-Shah Panirin, 40. Khairudin bertindak sedemikian selepas mendengar bisikan suara jin yang memberitahu isterinya telah berzina dengan lelaki lain.


No comments:

Post a Comment